Sambal Ikan Bilis Dengan Petai Prn 2023




Sambal ikan bilis ini saya hidangkan dengan nasi lemak yang kami nikmati sebelum keluar mengundi PRN Dewan Negeri Selangor antara 6 PRN yang diadakan pada 12 Ogos 2023. Selain lauk ini, saya sediakan juga sambal ikan bilis tanpa petai kerana Nana tak makan petai. Dihidangkan sekali dengan sayur kangkung dan ayam goreng kunyit. Alhamdulillah lengkap hidangan sarapan kami sebelum keluar mengundi.   
Kali ini kami semua berada di tempat mengundi yang sama. Kalau masa PRU15, Nelly masih mengundi di Subang Jaya. Alain akan membuang undi di Kg Kubu Gajah. Manakala Boy dan Mia tidak sempat mengundi kerana berada di Sydney dan Aween masih di Wales. 
Kali ini proses mengundi sangat cepat kerana kami keluar selepas sarapan tadi. Tak perlu menunggu. Sampai terus masuk ke dewan. Begitu juga anak anak semua, tak perlu beratur pun. 
Insya Allah petang nanti kita akan mula mendapat keputusan. Semoga kerajaan yang dipilih dan pemimpin yang dipilih akan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Hanya hanya pandai berjanji tapi kerja tidak dilaksanakan. Zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, orang yang agak lemah dan tiada daya kepimpinan yang cekap tidak diletakkan sebagai calon. Kita boleh mengambil iktibar daripada kisah sahabat Nabi SAW, iaitu Abdu Dzar RA. 
Dalam satu riwayat hadis, Abu Dzar meminta jawatan daripada Nabi SAW, namun Baginda tidak memberikan jawatan diminta. Sabda Nabi SAW terhadap Abu Dzar bermaksud: "Engkau adalah insan lemah. Sesungguhnya ia (kepemimpinan) adalah amanah. Sesungguhnya ia pada hari kiamat adalah penyesalan, melainkan jika insan mengambilnya dengan haknya dan menunaikannya dengan sebaiknya".
Riwayat hadis ini tidak bertujuan merendahkan kedudukan Abu Dzar. Riwayat hadis ini menunjukkan kejujuran Nabi SAW dan sikap integriti Baginda sangat tinggi sehingga sanggup tidak melantik insan tidak layak untuk mengisi jawatan, walaupun insan itu adalah sahabat baik Nabi sendiri. 
Riwayat hadis ini menunjukkan kepemimpinan perlu kepada dua sifat utama, iaitu kekuatan dan amanah serta berintegriti. Contohnya, kuat dalam sudut intelek, watak dan membuat keputusan. Kuat juga merujuk kepada tidak gopoh membuat keputusan.  Jadi pemimpin zaman sekarang jangan seronok sangat dengan kuasa sehingga sewenang menyalah gunakan kuasa dan mengumpulkan harta dunia untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri. Kita orang biasa, shopping berpuluh ribu pun, perlu kumpul berpuluh tahun perkhidmatan. 
Ini shopping berjuta juta sekali jalan. Waah hebat, tapi saya sedikit pun tak ada rasa iri hati. Kerana bukan itu, keutamaan hidup kita di dunia di mana ianya penuh dengan perhiasan yang menipu. Setiap satu sen duit yang diperolehi dan setiap satu sen yang dibelanjakan akan diperhitungkan Allah. 
Apalagi pemimpin yang pandai bercakap tapi kerja tidak dijalankan. Sakau sana sakau sini tanpa ada rasa malu pada Allah kalau pun tidak malu pada manusia. Pembohongan juga jangan sesekali kerana sekali berbohong, anda akan berbohong pada 30 juta orang. Bila masa nak minta maaf dengan pembohongan pada setiap orang tu. Setakat ini sahaja, sekadar mengulangi peringatan yang pernah dibuat oleh Rasulullah. 

Sambal ikan bilis ini adalah sambal kegemaran saya. Saya suka sambal yang ikan bilisnya tidak digoreng. Namun begitu saya juga ada menggoreng ikan bilis garing dan ada ketika saya hanya menggoreng sekadar layu. Pendek kata ada banyak versi demi kepelbagaian rasa.
Tapi dalam banyak banyak itu, saya suka versi yang ini. Saya juga menyediakan sambal ikan bilis kosong. Alhamdulillah nasi lemak kami kali ini lengkap hidangannya. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....

Sambal Ikan Bilis Dengan PetaiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 genggam ikan bilis1 genggam isi petaiGaram secukupnya1-2 keping asam keping1 ½ sudu besar gulaSedikit serbuk perasaMinyak masak
Bahan kisar:2 biji bawang besar4 ulas bawang putih3-4 sudu besar cili kering kisar
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan garam, asam keping dan gula secukupnya. Masak sehingga terbit minyak.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang dibasuh dan direndam dengan air panas seketika.
Masukkan isi petai dan kacau rata. Jika suka petai yang masih rangup, masak sekejap sahaja. Nota: Jika terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air ke dalam sambal dan masak sehingga pekat dan terbit minyak. Tutup api.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/08/sambal-ikan-bilis-dengan-petai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti 13 Ogos Di Terengganu Sempena Prn 2023

Cuti 13 Ogos Di Terengganu Sempena Prn 2023

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 264 hits
Cuti Hari Kelepasan Am 13 Ogos Di Terengganu Sempena PRN 2023 TERKINI Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Kelepasan Am pada 13 Ogos 2023 sempena Pilihan Raya Umum DUN Terengganu kali ke 15 Perkara itu diumu...
3 Resepi Kangkung Sedap Kangkung Belacan Kangkung Ikan Bilis Sotong Kangkung

3 Resepi Kangkung Sedap Kangkung Belacan Kangkung Ikan Bilis Sotong Kangkung

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 337 hits
Kangkung merupakan tumbuhan hijau yang biasanya ditanam sebagai sayur sayuran di kawasan tropika terutamanya di rantau Asia Tenggara Ia mempunyai daun hijau berbentuk bulat dan batang yang mudah dipecahkan Kangkung adalah salah satu jenis s...
Pilihanraya Negeri Prn 2023

Pilihanraya Negeri Prn 2023

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 278 hits
12 Ogos 2023 SabtuKronologi mengundi Ikut saluran betul beratur dan bila dipanggil masuk bagi salam hulur kad pengenalan sebut angka giliran turunkan sedikit face mask sebagai bukti wajah yang sama seperti di dalam kad pengenalan Ok yang in...
Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 208 hits
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP BN dan PKR Mengharapkan undi penyokongnya sendiri ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun Tun Abdul Hamid Mohamad Utusan Malaysia DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai ...
Keputusan Prn 2023

Keputusan Prn 2023

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 313 hits
Hari ini Sabtu 12 Ogos 2023 sebanyak 6 negeri memilih wakil rakyat bagi kawasan masing masing Dapatkan keputusan terkini melalui pautan di bawah Astro Awani ecentral keputusan prn2023sprgovmytiktokakademipilihanrayaspryoutubespr
Prn 2023 Kali Ke 4 Mengundi

Prn 2023 Kali Ke 4 Mengundi

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 255 hits
PRN 2023 kali ke 4 mengundi Walaupun kadar peratus keluar mengundi PRU yang lepas dan PRN yang baru ni rendah tapi langsung tak menjadi penghalang untuk nieyl sebagai rakyat malaysia untuk mengundi Mengundi adalah satu tanggungjawab untuk m...
Prn 2023 Penyanyi Rap Altimet Menang Kerusi Dun Lembah Jaya

Prn 2023 Penyanyi Rap Altimet Menang Kerusi Dun Lembah Jaya

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 167 hits
Siapa sangka penyanyi rap yang sangat digemari ramai iaitu Altimet dengan rasmi memenangi kerusi di DUN Lembah Jaya Calon Pakatan Harapan itu telah mengalahkan calon Perikatan Nasional Sharifah Haslizah Syed Ariffin var currentUrlTwo
Prn Selangor 2023 Keputusan Terkini Kerusi Tumpuan

Prn Selangor 2023 Keputusan Terkini Kerusi Tumpuan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 389 hits
PRN Selangor 2023 Keputusan Terkini Kerusi Tumpuan Menteri Besar Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat dan ini bermakna Pilihan Raya Negeri Sel...
Selamat Mengundi Untuk Prn 2023 Pilihan Raya Negeri

Selamat Mengundi Untuk Prn 2023 Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 386 hits
Bulan lepas bila keluar dalam berita tentang PRN Ramai yang confuse eh kenapa kena keluar mengundi lagi pada Pilihan pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023 Kalau korang perasan semasa PRU baru baru ini kita hanya keluar mengundi untuk undi D...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu