Sambal Hitam Belimbing Buluh


Sambal Hitam Belimbing Buluh.  Pokok belimbing buluh kat rumah akak tengah galak berbuah.  Pokok ni tak pernah putus buahnya.  Habis berbuah lagi, habis berbuah lagi.  Pokok sebatang ni jelah depan rumah.  Beberapa kali cadang nak tebang tapi tak tebang-tebang jugak.  Pokok ni jugalah selalu jadi persinggahan sang monyet kutip buah belimbing ni.  Uisshhh tak masam ke  si monyet ni kunyah belimbing buluh ni.  Masuk laju-laju pulak tu dalam mulut.



Disebabkan buah kali ni lebat lain macam, en suami war-warkan dalam group taman sekiranya berminat, bolehlah singgah rumah petik ja berapa banyak pun.  Kami ikatkan plastik dan letak galah untuk tujuan petik buah-buah yang tinggi.  Adalah juga jiran-jiran setaman yang lalu brisk walk pagi-pagi singgah ambil belimbing buluh ni. Seronok rasa bila ada yang singgah, kalau tak makin banyaklah yang gugur atas tanah.  Kami pun tak larat nak kutip dah




Buahnya besar-besar.  Bahagian atas lagi besar-besar.  Dua hari lepas secara kebetulan kami ada di rumah, ada jiran singgah ambil sebab anak-anak balik kampung sempena cuti sekolah, makcik tu nak buat sambal hitam.  Kami pun sambil bersembang, sambil bantu petik buah-buah yang besar di bahagian atas



Tau-tau semalam sampai kat rumah sebotol sambal belimbing buluh.  Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.  Memang sedap sambal ni.  Makan dengan telur goreng dan nasi panas pun dah buka selera.  Hmm..kena berguru ni nak hasilkan sambal sedap macam ni


Cerita Ceriti Belimbing Buluh 
Sedikit perkongsian tentang belimbing buluh yang akak baca di wikipedia.   Menarik juga infonya

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.
Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Secara tradisi, perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing manis atau darah tinggi. Oleh petua-petua ini tidaklah berdasarkan mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti keberkesanannya.
Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.Kalau ikut orang lama, bagus makan belimbing buluh ni. Ada khasiat tertentu.  Keberkesanannya bergantunglah pada setiap individu.  Apapun , kalau rasa tak sihat, baiklah berjumpa dengan doktor dahulu untuk dapatkan nasihat pakar.  Perubatan alternatif atau tradisi ni sebagai usaha untuk kesihatan yang lebih baik

Akak tak pernah lagi cuba buat sambal hitam belimbing buluh ni.  Nanti nak cuba buat juga.  Kena cari dan simpan resipi di sini, nanti bila nak buat mesti akan jadi pula resipi versi akak.  Resipi ni akak copy di rasa.my  Korang boleh tengok detail gambar di situ, akak nak simpan resipi sahaja.  Terima kasih pada rasa.my yang selalu share resipi dan info berguna (bukan review tapi sharing yer)
Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh
Belimbing buluh secukupnyaGaram kasar
Bahan tumbuk dan kisar kasar :
Bawang merah – kisarCili padi – ikut kepedasan yang digemariIkan bilis (nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)
Cara memasak:
1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/01/sambal-hitam-belimbing-buluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Di Ayer Hitam

Sarapan Di Ayer Hitam

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 102 hits
Assalamualaikum Ayer Hitam atau Air Hitam Confuse jap tapi keluar je tol terus je jalan cari sarapan kedai biasa biasa je macam rnr x la plak SA amik gambar details kedai akak ni je ramai orang so terus assume sedap kot ni SA masuk je la or...
Sotong Masak Hitam Letak Kicap

Sotong Masak Hitam Letak Kicap

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum WBT SOTONG Masak Hitam ala Mak Atika Suhaimi tapi yang ni letak kicap Sebabnya Sk teringin nak makan Sotong Masak Hitam PI pulak nak Sotong Masak Kicap jadi kita gabungkan la dua dua sekali hehehe SOTONG MASAK HITAM LETAK KI...
Hafiz Hamidun Feat Ruffedge Batu Hitam Chord

Hafiz Hamidun Feat Ruffedge Batu Hitam Chord

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 199 hits
Dsus4 Dm A Gm A Dm A Gm A Dm A Gelaran takzim Gm Al amin tercipta A Kala Rasulullah Dm melerai sengketa A Siapa yang lebih Gm layak untuk meletak Gm Batu hitam ke A Dm penjuru Kaabah Dm A Batu Hitam mendapat nama Gm A Dm Bila ramai pendosa ...
Ikan Kukus Sambal Picit

Ikan Kukus Sambal Picit

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 190 hits
IKAN KUKUS SAMBAL PICIT Bahan bahan 2 ekor ikan kembung Sawi 2 buah terong ungu Bahan sambal picit 1 sdm asam Jawa dengan 50 ml air 30 buah cabe rawit 2 keping terasi bakar 1 sdt garam1 sdt gula2 buah jeruk kunci kasturi Cara membuat 1 Baka...
Resepi Sambal Hijau Telur

Resepi Sambal Hijau Telur

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 202 hits
RESEPI SAMBAL HIJAU TELUR BAHAN BAHAN 15 20 biji cili padi hijau Ada cili besar boleh campur nak pedas boleh tambah 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji telur secubit garam gula sedikit sahaja jika sukaCARA PENYEDIAAN Tumbuk semua...
Teknik Masak Sambal Sedap Jenis Bawang Dan Cara Tumis Kena Tahu

Teknik Masak Sambal Sedap Jenis Bawang Dan Cara Tumis Kena Tahu

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 192 hits
Teknik masak sambal ini adalah asas yang perlu dibuat supaya rasanya sedap Teknik ini dikongsi oleh tukang masak lauk kenduri yang mana cara inilah juga yang dipraktikkan sehingga sambalnya selalu mendapat permintaan ramai Cara ini turut ap...
Sambal Ikan Talang Masin Padu Pedas Manis Dan Masin Sekali Hadap

Sambal Ikan Talang Masin Padu Pedas Manis Dan Masin Sekali Hadap

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 128 hits
Kalau korang suka lauk yang simple tapi sedap sambal ikan talang masin ni memang wajib cuba Perpaduan rasa pedas manis dan masin memang buat makan bertambah tambah Jom kita tengok cara nak buat Bahan bahan 20 biji cili kering 3 labu bawang ...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200