Sambal Hati Ayam Goreng



Zaman kanak kanak dan remaja di kampung dulu, dapat makan ayam adalah suatu yang dikira sangat mewah. Untuk makan ayam, perlu melalui proses yang sangat lama. Untuk dapat menyembelih sekor ayam, perlu menunggu masa yang lama untuk ayam besar, perlu mengejar untuk menangkap ayam, perlu merebus air untuk dicelur ayam yang telah disembelih, perlu mencabut bulu ayam, perlu disiang ayam dan akhir sekali, dimasak dan dimakan. 

Ayam hanya dimasak kari atau dipanggil sebagai gulai ayam sahaja atau ayam digoreng dalam saiz kecil setelah dilumur dengan garam kasar yang ditumbuk dengan kunyit hidup. Tiada serbuk kunyit atau garam halus di rumah saya. Itu sahaja lauk kami yang berasaskan ayam. Tiada lah ayam masak merah, ayam rendang dsb. 

Ketika itu, bila melihat gambar gambar masakan dalam majalah, mulalah timbul keazaman mendalam untuk pandai memasak. Sejak itu, saya mula berminat mengumpul resepi atas dasar minat untuk pandai memasak pelbagai jenis masakan seperti yang saya tengok dalam majalah.   

Berbalik pada lauk ayam, setiap kali arwah Bonda memasak gulai ayam, bahagian yang akan menjadi pilihan saya ialah paha dan hati ayam. Hati ayam yang dimasak gulai ayam terasa sangat sedap pada saya. Cuma bila dah berumur dan dah ada sedikit ilmu berkenaan kolesterol, saya dah mengurangkan makan bahagian organ dalaman. 

Hari ini saya menyediakan sambal hati ayam goreng selepas kawan Encik Hubby memberikan lidah lembu dan hati ayam kepada dia. Jadi kerana tak mahu membazir atau membuang nya begitu sahaja, saya dengan dibantu oleh pengasuh cucunda saya telah setuju untuk memasak sambal hati ayam goreng. Sangat sedap walaupun saya hanya menjamah sedikit sahaja.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Hati Ayam GorengOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Hati ayam2 sudu besar cili kisar1/2 tangkai cili merah - hiris1/2 tangkai cili hijau - hirisGaramGula
Bahan hiris3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1/2 biji bawang besar
Cara cara:Hati ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali dengan sedikit air dan rebus sehingga masak. Angkat dan tos. 
Panaskan minyak dan goreng hati ayam yang direbus tadi sehingga masak dan keperangan. Angkat dan tos.


Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. 
Masukkan hati ayam yang telah digoreng dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. 
Akhir sekali, taburkan bawang besar, cili merah dan cili hijau yang dihiris. Kacau rata dan bolehlah ditutup api. Siap. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/10/sambal-hati-ayam-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet Sedap Dan Memikat Selera

Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet Sedap Dan Memikat Selera

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 502 hits
Cara Buat Sambal Nasi Ayam Penyet Sedap Menyengat dan memikat selera Ayam penyet memang sedap ditambah dengan sambal tomatonya yang menyengat Nampak gaya boleh habis satu ekor ayam bila dimakan bersama sambal tomato yang pedas dan sedap Kal...
Menarik Gadis Penjual Ayam Goreng Paling Seksi Di Dunia Yang Pasti Disukai Ramai D

Menarik Gadis Penjual Ayam Goreng Paling Seksi Di Dunia Yang Pasti Disukai Ramai D

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 1651 hits
Sekiranya anda pernah membeli ayam goreng tidak kira di restoran makanan segera ataupun di pasar pasar malam majoriti tukang masaknya adalah orang lelaki Namun bagi sebuah syarikat yang menjual ayam goreng di China ini mereka menggunakan se...
Ayam Goreng Korea Di Chicken Plus Melawati Mall

Ayam Goreng Korea Di Chicken Plus Melawati Mall

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 878 hits
Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall Assalamualaikum Akhirnya dapat juga makan ayam goreng Korea yang orang duk sibuk viral tu Hari tu Diah makan ayam goreng Korea di Restoren Chicken Plus dalam Melawati Mall Dah janji nak jumpa ...
Ayam Goreng Bombay Enak

Ayam Goreng Bombay Enak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 728 hits
Menarik sekali resepi pada kali ini kerana admin akan kongsi kan resepi ayam goreng bombay buat anda semua Hidangan ini boleh di makan bersama nasi mahu pun roti rasa nya sudah pasti memikat selera anda jom kita lihat bahan untuk membuat ay...
Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik Ni Rahsianya

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik Ni Rahsianya

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 630 hits
Patutlah nampak ayam goreng mamak begitu menggoda warna dia Ni rupanya Dua hari operasi kedai mkn bersama Kementerian Kesihatan Rata kedai mamak menggunakan pewarna bukan untuk makanan atau untuk ayam goreng Yang digunakan supaya ayam goren...
Makan Ayam Goreng Chicking Di Tesco Bertam Kepala Batas

Makan Ayam Goreng Chicking Di Tesco Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 1011 hits
Restoran Chicking di TESCO Bertam Kepala BatasRestoran Chicking ni lebih kurang macam KFC je aku tengok Chicking ni pun dalam kategori makanan fast food Menu pun macam lebih kurang KFC jugak tapi bukan 100 sebjik macam KFC cuma konsep je ak...
Anak Confirm Suka Dengan Nugget Ayam Homemade Ala Tempura Serius Sedap

Anak Confirm Suka Dengan Nugget Ayam Homemade Ala Tempura Serius Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 965 hits
Bila nak cepat tapi tetap nak beri anak makan hingga kenyang sandwich dan nugget selalu jadi pilihan kita untuk disediakan buat anak anak Pun begitu nak sediakan sandwich pun mengambil masa Sudahnya menggoreng nugget segera adalah jalan pal...
Terlilit Utang Pedagang Ayam Ditemukan Tewas Gantung Diri

Terlilit Utang Pedagang Ayam Ditemukan Tewas Gantung Diri

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 365 hits
Seorang pria ditemukan tewas menggantung di dalam kios di Jalan Garu 2B Gang Inpres Medan Jumat Dia diduga nekat mengakhiri hidupnya karena impitan ekonomi
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak