Saman Rm300 Serta Merta Jika Lakukan Enam Kesalahan Ini


Bernama SAMAN mandatori RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini. - Gambar hiasan   SEREMBAN: Saman maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, saman mandatori bernilai RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.

Menurutnya, enam kesalahan utama itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Sementara itu, Noor Rashid juga berkata, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini. "Laluan berkenaan ialah laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3 (arah utara).

"Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Turut hadir, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.

"Kita tiada masalah untuk membenarkan PLUS untuk buka laluan kecemasan ini jika ia boleh mengurangkan masalah kesesakan," katanya.

Sementara itu katanya, dengan tema yang sama iaitu 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', statistik Op Selamat tahun lalu menunjukkan penurunan kes kemalangan maut iaitu 226 kes berbanding 257 (2017).

"Ini menunjukkan usaha polis dan agensi berkaitan lain dalam beri kesedaran kepada masyarakat berkaitan pematuhan undang-undang jalan raya telah beri impak positif.

"Walaupun statistik kes kemalangan meningkat iaitu 21,041 kes tahun lalu berbanding 20,752 (2017), tapi ia seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di seluruh negara.

"Bagi tindakan saman pula catat peningkatan 130,155 saman yang mana sebanyak 385,547 saman dikeluarkan tahun lalu berbanding 255,392 tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata, analisis terhadap Op Selamat sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan pentingkan diri sendiri jadi punca peningkatan kemalangan.- BERNAMA   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/saman-rm300-serta-merta-jika-lakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Enam Kesalahan Utama Bakal Di Kenakan Saman Rm300 Take Note

Senarai Enam Kesalahan Utama Bakal Di Kenakan Saman Rm300 Take Note

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 368 hits
Saman RM300 Sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba saman maksimum RM300 serta merta boleh dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 dijalankan Jelasnya enam kesalahan utama ...
Saman Maksimum Rm300

Saman Maksimum Rm300

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 455 hits
Pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina ini akan dikenakan saman maksimum RM300 serta merta Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata saman mandato...
Informasi Restoran 24jam Di Kepong Diarah Tutup Serta Merta

Informasi Restoran 24jam Di Kepong Diarah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 371 hits
RESTORAN itu diarahkan tutup serta merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 28 Jan Sebuah restoran 24 jam di Jalan Metro Perdana Timur 3 Kepong di sini diarahkan tutup serta merta selepas didapati bero...
Kkm Beri Amaran Henti Jual Edar Produk Berkenaan Serta Merta

Kkm Beri Amaran Henti Jual Edar Produk Berkenaan Serta Merta

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 350 hits
ISMA WEBBANGI Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menghentikan penggunaan tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone dan tretinoin hydroquinone serta merkuri Ketua Pengarah Kesihatan D...
Hukuman Dikenakan Serta Merta Selepas Pekerja Huawei Tweet Selamat Tahun Baru Guna Iphone

Hukuman Dikenakan Serta Merta Selepas Pekerja Huawei Tweet Selamat Tahun Baru Guna Iphone

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 380 hits
Ucapan Selamat Tahun Baru baru baru ini pada 31 Disember yang telah diucapkan oleh Huawei menerusi laman Twitter mereka telah menimbulkan kekecohan kerana pada status tersebut menunjukkan ianya dimuatnaik menggunakan iPhone Dua orang pekerj...
Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 415 hits
PENDEKATAN baharu saringan berasaskan teknologi bersepadu akan membolehkan wanita melakukan ujian mengesan kanser serviks dalam keadaan selesa di rumah mereka sendiri ROSE iaitu program saringan serviks pertama di dunia yang memaparkan pens...
Comment On Cara Buat Duit Online Dengan Youtube Yang Boleh Di Lakukan Santai2 Dari Rumah By Ali

Comment On Cara Buat Duit Online Dengan Youtube Yang Boleh Di Lakukan Santai2 Dari Rumah By Ali

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 484 hits
Assalamualaikum bila 10 ribu org view YouTube kita kita dapat income itu yg saya faham pastikan video yg upload itu ori atau ciptaan kita
Ibu Ini Berjaya Memandu Jauh Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami Hanya Dengan Lakukan 8 Tip Ini

Ibu Ini Berjaya Memandu Jauh Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami Hanya Dengan Lakukan 8 Tip Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 501 hits
Bukan perkara yang mudah untuk isteri memandu sendiri dengan jarak yang jauh bersama anak anak kecil tanpa suami disisi Kebiasaanya anak kecil terlalu banyak ragam dan kerenah yang harus dilayan Bagaimana cara untuk mengatasinya Bagaimana u...
Apa Perlu Anda Lakukan Apabila Kereta Anda Terbabas Ke Dalam Air

Apa Perlu Anda Lakukan Apabila Kereta Anda Terbabas Ke Dalam Air

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 403 hits
APA nak buat kalau kereta anda terbabas ke dalam sungai laut tasik parit atau seumpamanya Tahukah anda sebaik saja kereta anda mula karam dalam air tekanan air yang menolak pintu kereta anda ialah seberat 386kg yang bersamaan berat seekor h...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Tempat Lembu Minum Kena Marah Pun Comel

Bagi Anak Guna Gadget Terlalu Awal Ini Akibatnya Yang Ramai Menyesal

Ubi Kayu Goreng

Design Dan Cetakan Kad Perniagaan Sentuhan Pertama Yang Berkualiti

Rupanya Kau Insan Terpilih Yang Telah Digerakkan Hati Dan Akalnya Allah Rindu Padamu