Saman Misfeasans Najib Diperintah Failkan Pernyataan Pembelaan


Hidir Reduan Abdul Rashid      Bekas perdana menteri Najib Razak diarahkan untuk memfailkan pernyataan pembelaannya terhadap saman misfeasans yang difailkan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua.

Najib perlu berbuat demikian paling lewat 30 Disember ini.

Peguam Pua, Tan Cheng Leong memaklumkan perkara itu dan berkata ia dicapai selepas pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Syahrin Jeli Bohari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Arahan telah diberi kepada defendan, iaitu Najib dan kerajaan, untuk membuat pembelaan (mereka) paling lewat 30 Disember," katanya selepas pengurusan kes itu.

Dia berkata mahkamah telah menetapkan 6 Januari 2020 untuk pengurusan kes saman tersebut.
Ketika pengurusan kes hari ini, Najib diwakili peguam Norhazira Abu Haiyan manakala kerajaan diwakili peguam kanan persekutuan Habibah Haron.

Pada 19 November lalu, panel enam hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan semula saman sivil yang difailkan Pua, yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Oktober 2017.

Panel hakim memutuskan saman misfeasance boleh diteruskan terhadap perdana menteri dan menteri-menteri kabinet di pejabat awam dan kerajaan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak saman itu dan menyatakan selaku perdana menteri, Najib bukan penjawat awam dan maka tidak boleh disaman atas dakwaan misfeanse.

Najib disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1MDB. Pua dalam samannya memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pua mendakwa Najib adalah seorang penjawat awam kerana menjadi anggota parlimen Pekan, perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB (ketika itu), dan dalam ka
pasiti itu mempunyai peranan langsung dan tidak langsung dalam 1MDB.
Di bawah prinsip undang-undang biasa, seseorang penjawat awam juga termasuk ahli-ahli kabinet dan perdana menteri manakala Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebaliknya.

Dalam keputusannya membenarkan rayuan Pua, Mahkamah Persekutuan memutuskan tort (salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil) misfeasans boleh dikenakan terhadap Najib selaku individu yang memegang jawatan awam.

Ia juga mendapati Mahkamah Rayuan membuat khilaf dalam keputusannya bahawa perdana menteri dan kabinet tidak termasuk dalam takrifan "perkhidmatan awam" dan takrifan prinsip undang-undang biasa tidak boleh melangkaui undang-undang bertulis - dalam isu ini Perlembagaan Persekutuan - yang menyatakan sebaliknya.

Mahkamah Persekutuan juga mendapati peruntukan dalam Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan membenarkan tuntutan dibawa terhadap penjawat awam, termasuk perdana menteri.

"...Di tahap ini kelihatan tuntutan Tony Pua, prima facie, mengandungi unsur yang diperlukan.

"...Bagaimanapun sama ada dia akan berjaya (dalam perbicaraan) bergantung kepada pembuktian, memandangkan proviso dalam seksyen itu membayangkan kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap tindakan penjawat awam di bawah syarat spesifik tertentu.

"Kesimpulannya, ini bermakna Tony Pua boleh meneruskan tuntutannya terhadap Najib Razak dan kerajaan Malaysia menerusi perbicaraan di mahkamah sivil," kata ringkasan penghakiman Mahkamah Persekutuan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/saman-misfeasans-najib-diperintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Najib Dakwa Malaysiakini Amal Dwistandard

Wee Najib Dakwa Malaysiakini Amal Dwistandard

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 258 hits
MALAYSIAKINIBekas Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi menuduh Malaysiakini sebagai tidak adil terhadap calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Wee Jeck Seng Dalam satu hantaran di Facebook hari ini beliau mempersoalkan mengapa por...
Jentera Ph Begitu Dahsyat Bn Hanya Pertaruh Keikhlasan Najib

Jentera Ph Begitu Dahsyat Bn Hanya Pertaruh Keikhlasan Najib

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 256 hits
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai adalah satu medan perjuangan yang amat sukar kerana jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali Dakwa beliau kira kira RM30 juta ditabur ...
Kehadiran Najib Beri Bayangan Berita Gembira Buat Bn Di Tg Piai

Kehadiran Najib Beri Bayangan Berita Gembira Buat Bn Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 314 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hadir memberi sokongan kepada calon BN di SMK Datuk Mohd Yunos Sulaiman pada hari mengundi PRK Tanjung Piai hari ini PEKAN NANAS Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak pada hari pengundian pilihan raya...
Mahathir Will Not Step Down Until Najib Is Put In Jail

Mahathir Will Not Step Down Until Najib Is Put In Jail

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 432 hits
KTemoc Konsiders There are dozens of reasons why Mahathir has been flip flopping from his initial promise to step down after serving 2 years as interim prime minister First the 94 year old premier said he would honour an agreement by the fo...
Najib Jangan Sentap Jika Disoal

Najib Jangan Sentap Jika Disoal

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 460 hits
The former prime minister can still decide to exercise any of his three options before his defence begins
Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 461 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menol...
Kekalahan Teruk Prk Tanjung Piai Dap Kambinghitamkan Pm Najib

Kekalahan Teruk Prk Tanjung Piai Dap Kambinghitamkan Pm Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 462 hits
Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM ke 7 sebagai punca utama kekalahan PRK Tanjung Piai Habis Madu Sepah Dibuang Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas PAS semasa mereka bersama dalam Pakatan R...
Kemenangan Prk Tanjung Piai Adalah Kemenangan Rakyat Najib

Kemenangan Prk Tanjung Piai Adalah Kemenangan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 349 hits
Tanjung Piai satu medan perjuangan yang amat sukar Jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali Kira kira RM30 juta ditabur oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri dan angka ini mungkin melambung lebih jika diambil ki...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu