Kehadiran Najib Beri Bayangan Berita Gembira Buat Bn Di Tg Piai


Mohamad FadliBekas perdana menteri Najib Razak hadir memberi sokongan kepada calon BN di SMK Datuk Mohd Yunos Sulaiman pada hari mengundi PRK Tanjung Piai hari ini. PEKAN NANAS: Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang sedang berjalan seolah-olah membayangkan berita gembira buat calon Barisan Nasional (BN) pada saat pengiraan undi malam ini.

Najib yang diiringi pengerusi BN Johor Hasni Mohamad turut disertai penyokong parti itu ditemui di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Yunos Sulaiman di sini.

Mereka melaungkan slogan “Bosku”, “Tolak PH” dan juga bertakbir.

Najib meluangkan masa lebih kurang 30 minit bersama penyokong BN dalam jarak lebih 100 meter dari pusat mengundi tersebut.

Semalam Najib berucap pada satu ceramah di Penerok bersama-sama timbalan presiden Umno Mohamad Hasan dalam kempen terakhir mereka bagi membantu kemenangan calon BN, Wee Jeck Seng.

Dalam pada itu, pemimpin utama parti komponen PH tidak berada di Tanjung Piai untuk menyokong calon gabungan kerajaan, Karmaine Sardiri daripada PPBM.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim misalnya dilaporkan berada di Kedah, manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berada di Swedan.

Survei yang dijalankan dalam kalangan pengundi oleh beberapa pihak sebelum ini mendapati kemungkinan besar berlakunya peralihan sokongan pengundi Cina kepada BN dalam PRK Tanjung Piai.

Tinjauan melibatkan beberapa ratus pengundi pelbagai kaum, jantina, usia dan lokasi mengundi itu menunjukkan kemenangan selesa buat calon BN.

Selain itu, tinjauan juga mendapati perkembangan itu merupakan tanda sokongan akar umbi yang kuat kepada Umno di negeri Johor, walaupun ia tewas pada pilihan raya umum Mei tahun lepas.

Ia turut merumuskan bahawa PH memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada pilihan raya umum sebelum ini berikutan kehadiran calon PAS yang memaksa pertandingan tiga penjuru antara tiga parti politik terbesar negara itu.

PAS kini bekerjasama dengan Umno dalam satu gabungan politik yang dinamakan Muafakat Nasional dalam usaha berperanan sebagai pakatan pembangkang untuk mencabar kerajaan PH.

Pemimpin PAS, termasuk presidennya Abdul Hadi Awang, timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, dan setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan aktif berkempen menyokong calon BN sepanjang PRK ini.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Dr Md Farid Md Rafik (PH-PPBM) memperoleh 39.7% undi (21,255), Wee (BN-MCA) 38.7% undi (20,731) dan Nordin Othman (PAS) 5.5% undi (2,962).

Pengundi berketurunan Melayu mewakili 56.8% dripada jumlah pengundi, Cina 41.64% dan India 1.01%.

Selain calon PH dan BN, PRK Tanjung Piai turut menyaksikan penyertaan calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Berjasa Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

SPR menjangka 70% pengundi keluar mengundi dan keputusan pilihan raya diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam hari ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/kehadiran-najib-beri-bayangan-berita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tetap Turun Ke Tg Piai Walau Pengiring Ditarik Balik

Najib Tetap Turun Ke Tg Piai Walau Pengiring Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 442 hits
hiNajib Razak berkata penarikan balik pengiring trafik bermotosikal tidak mematahkan semangat untuk turun berkempen di Tanjung Piai Beliau berkata dia mempunyai kewajipan untuk turun membantu kempen calon Barisan Nasional Wee Jeck Seng dan ...
Najib Payung Bersatu Khas Untuk Pengundi Tanjung Piai

Najib Payung Bersatu Khas Untuk Pengundi Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 492 hits
Jangan kata Najib tak payung Sempena PRK Tanjung Piai ini saya bantu PH Johor promosi semula janji janji pilihan raya mereka Insentif Pakatan Harapan jika BN Direhatkan PRU 14 akan datang 1 Gaji Penjawat Awam Pesara dan Bonus di tingkatkan ...
Kit Siang Suggests Najib Is Campaigning In Tg Piai Because He Is Guilty

Kit Siang Suggests Najib Is Campaigning In Tg Piai Because He Is Guilty

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 413 hits
DAP advisor Lim Kit Siang today said the presence of Datuk Seri Najib Abdul Razak on Barisan Nasional s campaign trail for the Tanjung Piai by election was borne out of the need to prove himself innocent The Iskandar Puteri MP said this was...
Kemenangan Prk Tanjung Piai Adalah Kemenangan Rakyat Najib

Kemenangan Prk Tanjung Piai Adalah Kemenangan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 420 hits
Tanjung Piai satu medan perjuangan yang amat sukar Jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali Kira kira RM30 juta ditabur oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri dan angka ini mungkin melambung lebih jika diambil ki...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 637 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Enam Hari Berkempen Bayangan Wakil Rakyat Tanjung Piai Semakin Jelas

Enam Hari Berkempen Bayangan Wakil Rakyat Tanjung Piai Semakin Jelas

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 408 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Dr Wee Jeck Seng PONTIAN Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang masuk hari keenam hari ini sudah mampu menunjukkan trend jumlah pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawabnya pada 16 November...
Kekalahan Teruk Prk Tanjung Piai Dap Kambinghitamkan Pm Najib

Kekalahan Teruk Prk Tanjung Piai Dap Kambinghitamkan Pm Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 539 hits
Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM ke 7 sebagai punca utama kekalahan PRK Tanjung Piai Habis Madu Sepah Dibuang Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas PAS semasa mereka bersama dalam Pakatan R...
Najib Pertahan Kehadirannya Di Penamaan Calon Tanjung Piai

Najib Pertahan Kehadirannya Di Penamaan Calon Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 537 hits
Najib pertahan kehadirannya di penamaan calon Tanjung Piai Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Nov 2019 12 02PM
Kita Tabur Kepada Penduduk Tg Piai Bukan Masuk Poket Sendiri Salahuddin Bidas Najib

Kita Tabur Kepada Penduduk Tg Piai Bukan Masuk Poket Sendiri Salahuddin Bidas Najib

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 434 hits
November 4 2019 12 11 AMMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayob yang membantu kempen calon PH Karmaine Sardari berkata tidak mudah untuk menang di Tanjung Piai yang suatu ketika dahulu merupakan kubu kuat BN KUKUP Menteri P...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank