Samakan Pulau Pinang Dengan Zionis Wajah Sebenar Pas






Samakan Pulau Pinang dengan Zionis, wajah sebenar PasPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 15, 2023 KongsiTuduhan Pas menyamakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan rejim Zionis adalah satu penghinaan kepada perjuangan pembebasan umat Islam Palestin, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munin.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia itu berkata demikian bagi mengulas artikel di media sosial Pas yang menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin.
Muhammad Kamil menambah, hasutan terbuka seperti itu mencerminkan wajah sebenar parti itu yang memainkan naratif memecahbelahkan masyarakat majmuk dan mencetuskan ketegangan agama bagi tujuan politik.
“Bagi Pas, tatkala mereka tidak berkuasa dalam pentadbiran Pulau Pinang, segala tindak-tanduk Kerajaan Negeri adalah permusuhan kepada agama Islam dan orang Melayu.
“Hal yang sama berlaku apabila Pas juga melabelkan Kerajaan Persekutuan ketika ini dikendalikan oleh golongan tak bermoral dan dikelilingi ‘syaitan bisu’ untuk menterjemah naratif “dikuasai oleh kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam”,” katanya dalam satu kenyataan itu.
Pas melalui artikel disiarkan membangkitkan bagaimana Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5% pada 1918 sehinggalah rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.
Artikel itu mendakwa kajian pada 2010 mendapati pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 27 peratus.
Parti itu mendakwa Pulau Pinang membuat “rampasan secara sistematik” dalam mengambil alih pemilikan dan menguasai kawasan yang asalnya majoriti Melayu-Islam.
“Dakwaan penyingkiran bersistem masyarakat Melayu di Pulau Pinang ini adalah satu provokasi kepada 18 Pegawai Pengurusan Tertinggi Melayu dan India di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang yang berada di dalam ‘sistem’.
“Hak Terhadap Harta boleh dirujuk pada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13 Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2).
“Perkara 13(1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
“Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai,” katanya.
Muhammad Kamil juga menegaskan kajian Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk secara terang-terangan menyatakan bahawa pengurangan pemilikan tanah tersebut adalah disebabkan orang Melayu sendiri menjualnya kepada bangsa lain.
“Kajian serupa dirujuk oleh Pas. Bermaksud, tidak ada sistem di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan paksaan kepada sesiapa.
“Bagaimanakah sistem rampasan yang cuba didoktrin oleh Pas berlaku, selain niat jahat mereka untuk menimbulkan kebencian Melayu kepada bangsa lain?
“Ini bukan kali pertama sentimen dengan pengulangan retorik ‘tidak mustahil’, ‘agaknya’. ‘nampak kecil’, dan ‘jika’ dalam penulisan spekulatif Pas yang memandang rendah kepada keupayaan rakyat Malaysia untuk berfikir dan memperkecil kehendak rakyat kepada keharmonian.
“Adakah untuk menjadi lebih gah dari syaitan bisu, Pas memilih untuk menjadi syaitan yang bercakap?’ soalnya lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/samakan-pulau-pinang-dengan-zionis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Sedia Bincang Permohonan Pembelian Air Terawat Dengan Pulau Pinang Kata Mb

Perak Sedia Bincang Permohonan Pembelian Air Terawat Dengan Pulau Pinang Kata Mb

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 171 hits
MENTERI Besar Perak Saarani Mohamad mengesahkan menerima permohonan daripada Pulau Pinang untuk membeli air terawat bagi kegunaan rakyat di negeri tersebut nbsp Saarani berkata surat permohonan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau ...
Pas Samakan Pemilikan Tanah Melayu Pp Dengan Kes Palestin Israel

Pas Samakan Pemilikan Tanah Melayu Pp Dengan Kes Palestin Israel

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 160 hits
Malaysiakini PAS terus memainkan isu agama dan kaum kali ini dengan menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin serta Israel Mengetengahkan isu itu di media sosial PAS membangkitkan bagaimana Israel menguasai t...
Bubar Dun Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang

Bubar Dun Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 459 hits
BUBAR DUN KELANTAN TERENGGANU KEDAH SELANGOR NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG Untuk makluman anda Pilihan Raya Negeri bagi Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Mac atau Ogos 2023 Disini...
Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 171 hits
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor b...
Polis Rakam Keterangan Mb Kedah Yang Mendakwa Pulau Pinang Milik Kedah Esok

Polis Rakam Keterangan Mb Kedah Yang Mendakwa Pulau Pinang Milik Kedah Esok

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 163 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myKuala Lumpur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diambil keterangan esok berhubung kenyataannya Pulau Pinang milik Kedah Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Sa...
Prn Dap Mesti Ditumbangkan Di Pulau Pinang

Prn Dap Mesti Ditumbangkan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 215 hits
harakahdaily comJune 4 2023Jaminan kehidupan yang lebih baik bila ditadbir PNPERMATANG PAUH DAP mesti ditumbangkan menerusi perubahan yang dilakukan pada PRN nanti sebelum keadaan kehidupan rakyat menjadi lebih parah di Pulau Pinang di mana...
Ketua Polis Pulau Pinang Terima 6 Keping Duit Mayat Nota Amaran

Ketua Polis Pulau Pinang Terima 6 Keping Duit Mayat Nota Amaran

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 250 hits
KETUA Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin baru baru ini menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping duit mayat dan sekeping nota amaran Beliau berkata nota itu yang diterima pada 1 J...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pirake Ayer Kuning Tiada Siapa Dapat Mendabik Dada

Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World