Prn Dap Mesti Ditumbangkan Di Pulau Pinang


harakahdaily.com
June 4, 2023
Jaminan kehidupan yang lebih baik bila ditadbir PN
PERMATANG PAUH: DAP mesti ditumbangkan menerusi perubahan yang dilakukan pada PRN nanti sebelum keadaan kehidupan rakyat menjadi lebih parah di Pulau Pinang; di mana parti itu boleh ditewaskan kerana ia tidak kebal

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru demikian pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang merangkap Pelancaran Jentera PN yang berlangsung di Kubang Semang, di sini malam tadi.

“Saya nampak betul-betul, orang Pulau Pinang ni bukan fanatik sangat DAP. Orang Pulau Pinang undi DAP sebab tak nampak alternatif lain. Hari ni kita tawarkan kepada rakyat negeri Pulau Pinang, rakyat Pulau Mutiara ini.

“Sebuah pentadbiran baru di bawah PERIKATAN NASIONAL (PN) yang akan membangunkan Pulau Pinang ini boleh didiami oleh semua orang. Tiap-tiap rakyat dan kaum di Pulau Pinang bebas hidup di negeri ini.

“Orang yang berniaga bebas berniaga. Orang Buddha bebas tinggal dalam agama Buddha, orang Kristian bebas duduk dalam agama Kristian. Orang Islam bebas untuk mengamalkan agama Islam,” ujarnya memberi jaminan.

Beliau mengajak kaum bukan-Melayu di Pulau Pinang berfikir dengan tenang, tanpa sentimen, pengaruh, pembohongan dan kepentingan diri jika mahu hidup bersama dengan kaum-kaum lain masyarakat Malaysia.

Menurut beliau, DAP menakut-nakutkan orang Cina dan India kepada PAS dan PN di mana veteran parti itu, Lim Kit Siang menggunakan istilah ‘Gelombang Hijau’ yang dikaitkan dengan PAS untuk menimbulkan Islamofobia.

Katanya, DAP meniupkan Islamofobia untuk menyebabkan ketakutan, kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan orang Cina dan India kepada agama Islam, kerana apabila orang kenal Islam, mereka akan rapat dengan PAS.

Sebab ujarnya, ramai orang tahu bahawa paling lama memerintah dunia adalah Tamadun Islam antaranya di Andalusia Sepanyol lebih 800 tahun berkembang termasuk dalam sains dan teknologi serta membawa kemajuan kepada Eropah sehingga kini.

“Hat tu (kehidupan dan kejayaan seperti itu) yang kita (PAS) nak bawa. Jadi nak takut apa dengan PAS? Pi tengok di Kedah mana ada satu orang Cina kita suruh potong (khatan)?

“Kita tak ada paksa siapa pun masuk Islam di Kelantan, di Terengganu, di Kedah tak ada. DAP cakap kat orang Cina, dia cakap lagu lain. PAS dak, depan Cina ke, depan India ke, depan Melayu, kita cakap sama je.

“Kita tidak akan memaksa mereka memeluk Islam. Kita tidak akan rampas harta dia. Dia duk meniaga tu meniaga lah. Nak meniaga, meniaga dengan jujur, betul tak? Kalau orang Melayu tak suka ditipu orang, orang Cina pun tak suka ditipu.

“La ni masalah dia, dia tak tahu kata DAP tipu dia. Jadi kita kena habaq (beritahu) dekat orang Pulau Pinang, uncle you duduk sini duduk macam itu juga. Cuma pilihan raya akan datang undi PN pun you duduk macam ini juga. You tak akan hilang apa-apa,” katanya.

PERIKATAN NASIONAL ujar Sanusi, akan dijadikan Pulau Pinang negeri orang miskin dan orang kaya boleh sama-sama duduk, malah kemakmuran pengagihan kekayaan negeri yang saksama.

“Kekayaan negeri ini, dia akan menimbulkan kemakmuran untuk semua kaum, kebimbangan akan hilang. Bila satu pihak susah, pihak satu lagi kaya, dia akan ada rasa cemburu. Akan ada rasa iri hati. Betul dak ni?

“Pasaipa depa (kenapa mereka) itu ya boleh, aku tak boleh? Kita terpaksa berlari, berlari, berlari. Tapi sebenarnya kalau pentadbiran ni betul, pengagihan ni saksama, tak kerana pilih kasih, (maka) semua orang boleh hidup dengan aman,” hujahnya. – HARAKAHDAILY 4/6/2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/prn-dap-mesti-ditumbangkan-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Mesti Memihak Dap Berbanding Mca Untuk Menang Prn

Zahid Mesti Memihak Dap Berbanding Mca Untuk Menang Prn

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 134 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Presiden Umno Zahid Hamidi mesti menerima hakikat bahawa DAP berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapatkan undi penting kaum Cina dalam PRN akan datang berbanding MCA kata seorang penganalisis Felo Kan...
Wajarkah Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah

Wajarkah Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 365 hits
PADA tahun 1786 Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan Light kemudian menamakan semula Pu...
Makan Tengahari Di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu Penaga Pulau Pinang

Makan Tengahari Di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu Penaga Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 252 hits
Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir GebuAku jumpa kedai makan ikan bakar ni hasil dari menggoggle ler Saja je nak cari kedai makan tengahari yang sempoi sempoi sikit area Penaga ni and th...
Isu Pulau Pinang Kedah Punya Hamzah Zainuddin Tegur Sanusi

Isu Pulau Pinang Kedah Punya Hamzah Zainuddin Tegur Sanusi

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 282 hits
Isu Pulau Pinang Kedah punya Hamzah Zainuddin tegur Sanusi Perikatan Nasional mengambil pendirian sekiranya gabungan itu terus membawa isu Pulau Pinang milik Kedah ia hanya akan mewujudkan perasaan tidak senang dalam rakyat menjelang Piliha...
Ketua Polis Pulau Pinang Terima 6 Keping Duit Mayat Nota Amaran

Ketua Polis Pulau Pinang Terima 6 Keping Duit Mayat Nota Amaran

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 224 hits
KETUA Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin baru baru ini menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping duit mayat dan sekeping nota amaran Beliau berkata nota itu yang diterima pada 1 J...
Prn Tiada Logo Dap Umno Atas Kertas Undi Kata Mat Maslan

Prn Tiada Logo Dap Umno Atas Kertas Undi Kata Mat Maslan

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 238 hits
agendaily com26 05 2023Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa ahli UMNO memangkah calon parti daripada kerajaan campuran pada PRN nanti Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan parti komponen dalam Pakatan Harapan Barisan Nas...
Hanya Publisiti Politik Untuk Prn Rakyat P Pinang Tolak Dakwaan Sanusi

Hanya Publisiti Politik Untuk Prn Rakyat P Pinang Tolak Dakwaan Sanusi

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 147 hits
freemalaysiatoday com 05 Jun 2023Penduduk Pulau Pinang merasakan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor sepatutnya menguruskan dulu isu di tempatnya sendiri dan bukannya mengupas isu lain Menteri besar Kedah Sanusi Nor baru baru ini mengulangi baha...
Guan Eng Seru Hukum Perikatan Kerana Pertikai Kedaulatan Pulau Pinang

Guan Eng Seru Hukum Perikatan Kerana Pertikai Kedaulatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 112 hits
Guan Eng seru hukum Perikatan kerana pertikai kedaulatan Pulau Pinang Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun
Polis Rakam Keterangan Mb Kedah Yang Mendakwa Pulau Pinang Milik Kedah Esok

Polis Rakam Keterangan Mb Kedah Yang Mendakwa Pulau Pinang Milik Kedah Esok

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 142 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myKuala Lumpur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diambil keterangan esok berhubung kenyataannya Pulau Pinang milik Kedah Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Sa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization