Sama Cili Tapi Ada Bezanya
SAMA CILI TAPI ADA BEZANYA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SIAPA MAKA CILI DIALAH RASA PEDASNYA. Biasakan dengar macam tu. Bab-bab simpulan atau peribahasa. Rasanya ramai yang tahu. Lagi mana yang dekat dengan situasi.. lagi la dibibir sahaja. Untuk sindiranlah terutamanya. Kalau boleh elakkanlah sindiri menyindir ni. Tidak sihat juga untuk kehidupan. Risau, bila awak kena sidir terus gelap mata.
PC tidak pasti memang fakta atau cuma pemanis kata. Bila tangan sejuk tanam apa sahaja jenis pokok atau tanaman menjadi. Berbuah lebat. Berdaun lebar. Kata mudahnya, subur menjadilah. Kalau tanam apa-apa jenis pokok tidak menjadi sebab tangan panas. Betul ya. Tapi satu kenyataannya adalah.. semua atas izin Allah swt. Kita manusia, usaha dan doa.
Ini bukan cili. Ini lada solok yang selalu untuk sumbat isi ikan makan dengan nasi kerabu tu.. PC tak pasti apakah namanya. Betul ke solok. Bukan main montel dia.
Masih hijau kena tunggu merah.. kalau mampu sabarlah..
Nah. Dah merah. Alhamdulillah. Pedas dia berdesing telinga. Ya Allah. Cili ni buat masak nasi goreng sedap.
Cili putih. Mungkin ada nama saintifiknya cuma PC yang tidak tahu. Semakin besar semakin berkedut. Aduiiii.
Sebelum ini, panas hujan berselang seli. Malahan lebih banyak panas teriknya lain macam. Biasanya sesuai untuk bercucuk tanam. Ada panas dan ada hujan. Mertua PC semai biji cili. Beli cili, mana berkenan ambillah sebiji dua, bijinya khas untuk disemai. Seminggu dua insyaAllah bercambah jadi anak benih. Tunggulah agak-agak sejengkal anak pokoknya barulah pindah tanam dalam pasu atau terus tanam di tanah. Musuh memang ada. Siputlah. Belalanglah. Kumbanglah. Mereka pun nak makan juga. Daun muda yang baru tumbuh manis agaknya pada mereka.
Rutin siram. Racun serangga perosak. Baja. Memang kena jaga dengan betul dan ikut waktu. Tempoh waktu yang paling kena jaga dan perhati waktu paling awal. Mudah mati dan diserang penyakit. Bila dah mula berbunga dan berbuah insyaAllah selamat. Masa tu tawakal pula yang lebih. Pun tetap kongsi rezeki cili dengan burung pula. Seronok tuai hasil. Bila nampak ada bunga saja pun dah rasa gembira. Alhamdulillah. Mertua PC tanam cili beberapa jenis. Ada minta benih dari jiran. Ada daripada cili beli.
SAMA CILI TAPI ADA BEZANYA. Mungkin sama, ya cili. Alahhh cili je pun. Sama je. Jawapannya tidak. Setiap cili ada rasa yang berbeza-beza. Bentuknya pun ada perbezaannya juga. Kalau ada tanam beberapa jenis pokok cili, kita akan rasa perbezaannya. Kita juga boleh sesuaikan dengan jenis menu yang kita masak. Ada cili ngam untuk masak nasi goreng. Ada cili sedap kalau buat sambal. Sambal kicap ke.. sambal tumbuk ke. Ini pendapat PC tau. Lain orang lain pendapatnya. Kalau tak ada tanam.. bila belanja cuba beli beberapa jenis cili yang ada dipasaran. Lagi satu, cili ada bau yang berbeza juga.
NOTA PC : musim hujan dan banjir.. Allahuakbar. Hari terakhir di bulan November. Assalammualaikum Disember.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2024/11/sama-cili-tapi-ada-bezanya.html