Cara Korea Selatan Lawan Covid 19



KOREA Selatan secara tradisinya terkenal dalam pelbagai bidang termasuk pengindustrian, hiburan, makanan dan destinasi pelancongan. Bagaimanapun mungkin masih ramai tidak mengetahui Korea Selatan merupakan salah satu negara di dunia yang telah mengawal penularan virus Covid-19 dengan berkesan.
Ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020, Korea Selatan telah melaporkan lebih banyak pesakit yang pulih daripada kes baharu.
Memandangkan krisis kesihatan semakin mengancam sehingga boleh menjejaskan ekonomi, kerajaan Korea Selatan telah mengambil langkah luar biasa dan pendekatan yang lebih terkoordinasi di peringkat domestik dan antarabangsa bagi melindungi ekonominya dan rakyatnya daripada kesan Covid-19. Korea Selatan tidak begitu terjejas berbanding kebanyakan negara. Oleh demikian timbul persoalan apakah ‘rahsia’ di sebalik kejayaan Korea Selatan?
Pada 19 Januari 2020, Korea Selatan mengumumkan kes pertama Covid-19. Pemerintah Korea Selatan dengan segera menyedari akan keperluan usaha komprehensif dan bertindak dengan pantas untuk menjalankan ujian Covid-19 secara besar-besaran.
Korea Selatan telah mempelajari pengalaman daripada krisis kesihatan sebelum ini seperti wabak SARS pada 2004 dan wabak MERS-COV pada 2015. Sejak pengalaman terdahulu, Korea Selatan telah meningkatkan keupayaannya untuk mengawal penyakit, termasuk melatih orang ramai, kakitangan kesihatan di peringkat pusat dan tempatan mengenai pengesanan penyakit dan penyiasatan epidemiologi.
Ini membolehkannya menempatkan stesen ujian, mengesan dan merawat pesakit dengan pantas apabila pandemik Covid-19 berlaku.Strategi Korea Selatan boleh dibahagi kepada tiga. Pertama, kerajaan menumpukan kapasiti dan sumbernya untuk membendung penularan virus melalui strategi serampang tiga mata iaitu menguji (test), mengesan (trace), dan merawat (treat) ataupun 3T.
Kedua, dasar fiskal dan monetari untuk memperkukuhkan ekonomi dan menggalakkan penggunaan barangan domestik, menyokong sektor-sektor yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan melindungi pasaran tempatan daripada impak kemelesetan ekonomi antarabangsa.
Ketiga, keutamaan untuk mengenal pasti pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan segera dan membantu perniagaan bermasalah.
Melalui strategi 3T, Korea Selatan berjaya mengawal penularan virus Covid-19 dan negara itu boleh meminimumkan penggubalan langkah-langkah drastik seperti perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membawa kesan negatif kepada ekonomi.
Mantan pakar formula PH ‘sekolahkan’ pemimpin parti

Kejayaan
Demi membantu memulihkan ekonomi kerajaan Korea Selatan telah melancarkan Korean New Deal iaitu rancangan perbelanjaan 76 trilion won ($62 bilion) untuk mewujudkan infrastruktur digital dan mewujudkan pekerjaan baharu untuk menyediakan ekonomi dalam normal baharu.
Kerajaan Korea Selatan juga akan menambah baik peraturan perniagaan dalam 10 sektor yang akan memainkan peranan penting dalam normal baharu. Sektor-sektor ini ialah big data/ artificial intelligence (AI), mobiliti kereta masa depan, penjagaan kesihatan, fintech, teknologi perubatan, kitar semula, pemula teroka, kompleks perindustrian, pelancongan dan e-dagang. Penjagaan kesihatan dan pendidikan jarak jauh serta perniagaan dalam talian juga akan menjadi tumpuan.
Di samping itu salah satu faktor kejayaan Korea Selatan dalam menangani pandemik Covid-19 adalah kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Kerajaan Korea Selatan dengan pantas melonggarkan peraturan supaya syarikat-syarikat perubatan swasta boleh menghasilkan dan mengedarkan kit ujian dengan lebih cepat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Seawal Januari 2020, dengan hanya empat kes yang disahkan, kit ujian telah pun dibangunkan untuk pasaran negara dan menjelang Mac, Korea Selatan dengan cepat mampu mengeksport kit ujian ke 81 negara.
Pada masa sama, kerajaan Malaysia telah menggubal dasar-dasar pemulihan yang tersendiri. Rancangan Malaysia ke-12 yang baru sahaja dilancarkan telah mengenalpasti lapan sektor yang memberi keutamaan antaranya elektronik dan elektronikal, pelancongan, kreatif dan pertanian pintar. Mereka juga sebahagian daripada usaha pemulihan ekonomi.
Di sini Malaysia boleh mengadakan kerjasama dengan pemerintah Korea Selatan yang sudah mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Apa yang pasti Covid-19 sudah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Malaysia boleh belajar daripada pengalaman Korea Selatan.
* Dr Roy Anthony Rogers ialah Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya
Baca Artikel Menarik:
PAS harus kembali kepada UMNO – Ahli akademik PRN Melaka: 4 pengerusi negeri dari PPBM, PAS, DAP dan Gerakan tewas Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka Walaupun tewas saya tak akan kembali kepada UMNO – Muhyiddin Selepas tewas, Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah PRN Melaka: Rauf tewaskan ‘Katak Politik’ Sudah salah jalan buat ‘keras’ pula Menyamar jadi doktor sakit puan minta gambar alat sulit pesakit Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO] Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video) PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO] Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keputusan muktamad, saya tak mahu tanah, kediaman itu – Najib

The post Cara Korea Selatan lawan Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/21/cara-korea-selatan-lawan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia Perjuangan Rozzana Berakhir

Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia Perjuangan Rozzana Berakhir

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 241 hits
Setelah hampir dua bulan ditidurkan di Hospital Myongji Korea Selatan akibat serangan asma seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan bekerja di sana menghembuskan nafas terakhir pagi tadi Berita pemergian Allahyarhamah Rozzana Mat...
Asal Usul Nama Omicron Varian Baru Covid 19 Yang Terdeteksi Di Afrika Selatan

Asal Usul Nama Omicron Varian Baru Covid 19 Yang Terdeteksi Di Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 570 hits
Pasar saham anjlok pada Jumat harapan dapat menjinakkan virus corona meredup dan istilah baru menambah kosakata pandemi Omicron Dari mana asal usul nama Omicron Berikut penjelasannya
Strain Baharu Covid 19 Uk Gantung Penerbangan Ke 6 Negara Afrika Selatan

Strain Baharu Covid 19 Uk Gantung Penerbangan Ke 6 Negara Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 130 hits
United Kingdom menggantung penerbangan ke enam negara di selatan benua Afrika Afrika Selatan Botswana Lesotho Eswatini Zimbabwe dan Namibia sehingga 28 November berikutan penularan strain COVID 19 B 1 1 529 kata kerajaan UK Mulai tengah har...
Korea Selatan Buka Kembali Sekolah Dengan Kapasitas Penuh Di Setiap Kelas

Korea Selatan Buka Kembali Sekolah Dengan Kapasitas Penuh Di Setiap Kelas

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 224 hits
Sebagai negara pertama di dunia di luar China yang menghadapi wabah Covid sekolah sekolah di Korea Selatan mengalami beberapa kami penutupan dan menerapkan pembelajaran jarak jauh
Holiday Korea Selatan

Holiday Korea Selatan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum Penat selepas menempuh perjalanan di tempat orang ni Maklum la perbezaan bahasa Semalam aku gerak g airport naik bas dari One Utama pukul 11 Flight kan pukul 8 pagi To be safe baik aku sampai awal lagi dari pilot Maklum la a...
8share 6 Cara Mengubah Cara Pemakaian Anda Mengikut Artis Artis Korea K Pop

8share 6 Cara Mengubah Cara Pemakaian Anda Mengikut Artis Artis Korea K Pop

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 124 hits
Pertama Sekali anda perlu kelihatan seperti Artis artis korea ini dari segi fesyen pakaian dan juga memilih warna warna yang terang Ini tips untuk kaum wanita bagi kaum lelaki laburkan sedikit duit anda untuk membeli jaket jaket fit Kedua s...
Langgar Sop Majlis Keraian Pm Korea Selatan Mohon Maaf

Langgar Sop Majlis Keraian Pm Korea Selatan Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 115 hits
Kim Boo kyum South Korea s prime minister speaks during an interview in Seoul South Korea on Tuesday Aug 17 2021 South Korea wants to have 70 of its population vaccinated by the end of September the premier said speeding up one of the lowes...
Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan Time To Hunt

Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan Time To Hunt

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 202 hits
Menurut Deadline Netflix kini sedang dalam proses membangunkan remake berbahasa Inggeris Time to Hunt berdasarkan filem aksi thriller dystopian Korea Selatan yang telah ditayangkan pada tahun lepas Di samping itu pengarah Night Teeth Adam R...
Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 282 hits
Pengerusi DAP Johor Chin Tong mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan undi Melayu di kerusi Parlimen Ayer Hitam bukan sahaja undi Melayu dari pengundi atas pagar bahkan juga undi dari pengundi tegar penyokong Pakatan Harapan Tin...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe