Salam Takziah Contoh Ucapan Takziah Dan Doa


Kita biasanya menyampaikan Salam Takziah kepada ahli keluarga individu yang baru meninggal dunia sebagai tanda simpati.
Dari sudut definisi, “takziah” bermaksud: “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.”
Seseorang itu boleh saja mengucapkan takziah di hadapan mereka yang ditimpa musibah itu atau boleh untuk seseorang mengucapkan takziah secara bertulis dan mengajak orang ramai turut mengucapkan takziah kepada keluarga si mati seperti yang dilakukan di Facebook, WhatsApp dan seumpamanya.
Hukum ucapan takziah Secara umumnya, hukum takziah di dalam Islam adalah sunat yang dituntut.
Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)
Imam Al-Sindi dalam syarahannya ke atas hadis itu berkata: “Takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)
Kredit: Harian Metro
Contoh ucapan Takziah
Berikut merupakan beberapa contoh ucapan yang boleh diucapkan kepada kelarga arwah si mati.
Salam takziah diucapkan buat keluarga (nama arwah). Walaupun ujian ini begitu pahit dirasakan, semoga kita semua yakin dengan janjiNya buat hambaNya yang soleh dan solehah. InsyaAllah, syurga buat arwah.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Hati ini turut bersimpati dengan pemergian anak/ayah/emak kesayangan kalian. Bersabar dan yakinlah dengan janji Tuhan. Semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang beriman.
Takziah buat (nama waris) seisi keluarga. Semoga dikurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Allahumma aamiin.
Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat beristirehatnya.
Salam takziah juga buat keluarga arwah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal ‘alamin.
Salam takziah daripada kami sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. DaripadaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Salam takziah buat semua yang terlibat. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian.
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, menerima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Aamiin.
Doa buat orang meninggal dunia Berikut adalah antara doa orang meninggal dunia yang boleh anda bacakan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. – Riwayat Muslim (963)
Artikel berkaitan: Doa Orang Meninggal & Adab-Adab Menziarahi Jenazah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/salam-takziah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=salam-takziah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan

Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 371 hits
Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban Hari Raya Haji adalah merupakan salah satu perayaan yang paling ditunggu tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia...
Salam Jumaat Contoh Ucapan Poster Hari Jumaat

Salam Jumaat Contoh Ucapan Poster Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 321 hits
Salam Jumaat merupakan ucapan yang sering diungkapkan oleh sebahagian daripada kita pada Hari Jumaat setia minggu Ucapan sebegini biasanya digunakan apabila bertemu seseorang atau apabila ingin memulakan perbualan dengan orang lain Sapaan a...
Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 533 hits
Selamat Hari Gawai buat yang menyambutnya Hari Gawai diraikan sebagai tanda berakhirnya musim menuai pada bukti selain untuk melahirkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh pada musim tersebut Hari ini merupakan hari bagi suku kaum Iban B...
Bacaan Tahiyat Akhir Dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam

Bacaan Tahiyat Akhir Dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 305 hits
Bacaan Tahiyat Akhir dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam 13 Bacaan tahiyat akhir adalah rukun Qauli dalam solat jika ia tidak dilakukan solat yang dikerjakan adalah tidak sah Dalam artikel kali ini penulis akan menerangkan bacaan ta...
Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 287 hits
Selamat Bersara itulah ungkapan yang diucapkan kepada seseorang individu yang bakal atau telah bersara daripada dunia pekerjaan Sambutan hari persaraan biasanya dianjurkan untuk menghargai jasa seseorang pekerja yang telah menabur bakti di ...
Salam Subuh Koleksi Ucapan Dan Gambar

Salam Subuh Koleksi Ucapan Dan Gambar

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 602 hits
Salam Subuh merupakan ungkapan yang biasa dituturkan oleh seseorang individu kepada individu Muslim yang pada waktu awal pagi sebelum atau selepas solat Subuh Seperti yang diketahui Subuh adalah salah satu waktu solat wajib bagi orang Islam...
Bacaan Doa Selamat Dan Tahlil Serta Rumah Terbuka Jemputan Sepupu Sa

Bacaan Doa Selamat Dan Tahlil Serta Rumah Terbuka Jemputan Sepupu Sa

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum Semalam ada jemputan sebenarnya tap sebelah petang la balik dari IKEA terus pi jemoutan rumah terbuka perut tengah sendat lagi ni makan kat IKEA masa tu tapi pergi jer la sebab sepupu SA buat doa selamat dan tahlil ada dimas...
Doa Ziarah Kubur Hukum Menziarahi Kubur Mufti Wp

Doa Ziarah Kubur Hukum Menziarahi Kubur Mufti Wp

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 145 hits
Doa Ziarah Kubur Hukum Menziarahi Kubur Mufti WP Setiap yang bernyawa pasti akan mati Ia adalah merupakan lumrah alam yang tidak dapat dielakkan Seperti firman Allah dalam Surah Al Ankabut ayat 57 Tiap tiap diri akan merasai mati kemudian k...
Lafaz Doa Pengantin Baru Dan Kelebihan Mendoakan Pengantin

Lafaz Doa Pengantin Baru Dan Kelebihan Mendoakan Pengantin

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 158 hits
Lafaz Doa Pengantin Baru dan Kelebihan Mendoakan Pengantin 15 Adakah anda merancang ke majlis dan tidak pasti doa pengantin baru Berikut adalah doa yang anda boleh bacakan untuk pengantin yang baru sahaja menjalani pernikahan Artikel ini me...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Elaun Bulanan Guru Tadika Islam Pulau Pinang Naik Rm400 Ditawar Lanjut Pengajian Secara Percuma

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar