Salam Taiwan Itenari Hari Pertama
Assalamualaikum
Ini adalah entri autoblish. Apa yang akan post kan disini mulai hari ni hingga 27 March adalah entri autopublish kerana saat ini aku sedang menunggu penerbangan ke Taiwan
2 tahun aku tak kemana-mana. Ulang-alik masuk hospital, 3 kali D&C dengan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan. Iera pulak si BFF aku tu, sibuk dengan anak-anak yang sedang hadapi peperiksaan besar
Maka untuk kali ini, aku redah juga. Rugi rasanya hidup 2 tahun tanpa kemana-mana menikmati dan melihat ciptaan Allah SWT. Sebulan lebih juga aku susun itenari untuk melancarkan perjalanan kembara aku nanti. Bukan setakat susun sahaja, aku juga mencari info tempat, cara perjalanan, transport dan macam-macam lagi. Agak susah sebenarnya kerana Taiwan bukanlah destinasi pilihan utama rakyat Malaysia untuk melancong. Tambahan aku pula melancong secara backpackers, tanpa agen. Harapnya kalau tak dapat ikut 100%, dapat 80% pun alhamdulillah
Untuk menyiapkan itenari ini, agak sukar. Ada dikalangan backpekers yang pernah sampai, tapi sangat kedekut ilmu bila ditanya. Tak apalah aku usaha sendiri. Dengan info yang aku perlukan mengenai Taiwan sangat terhad, maka pelbagai cara aku gunakan. Tidak mengharapkan bantuan orang, bergantunglah aku pada google, website pelancongan Taiwan dan blog-blog dari negara jiran
Harini ini dan seterusnya selama 7hari hanyalah itenari sahaja yang akan aku kongsikan. Mohon maaf kalau aku tak dapat melawat blog korang semua. Doakan misi aku berjaya.
*****
DAY 1 - 21 MARCH 2019ALOR SETAR - KUALA LUMPUR - TAIWAN
0820 - 0925 Alor Setar - KLIA1745 - 2225 KLIA - Taoyuan Airport Taiwan2336 - 0010 Taoyuan Airport Terminal 1 - Just Inn Hotel
PEN BIRU...menulis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penbiru.com/2019/03/salam-taiwan-itenari-hari-pertama.html