Salam Ramadan Istimewanya Sahur


Assalammuaikum, selamat berpuasa buat semua rakan dan pembaca blog picisan ni. Masih tak terlambat kan walau hari ni genap 9 hari Ramadan mendatangi kita


Rasanya dah semakin ramai yang mengenali dan mengetahui ertipuasa bukan semata-mata berlapar dan dahaga.  Ada tak antara kita yang malas bangun sahur sebab lebih sayangkan tilam empuk dari bangun bersahur dengan alasan perut tak boleh terima makanan pepagi hehe. Jangan silap, tak perlu makan berlebihan, cukup sekadar bangun dan minum air seteguk air pun dah memadai kerana banyak keistimewaan sahur yang harus kita semua ketahui


Sahur Itu Barakah

 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Dari Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Makan ketika bersahur itu memiliki keberkatan. Antara bentuk barakah dari sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa.

2.  Sahur ini hendaknya tidak ditinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air.

3.  Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan dan minum untuk bersahur. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur adalah pujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur pula merupakan doa pengampunan dari malaikat buat mereka yang bersahur.

4.  Waktu sahur itu sendiri pula termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

5.  Jadikanlah waktu sahur sebagai satu daripada cara kita mendapat pengampunan dosa


Sahur Waktu Mustajab Berdoa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (Sahih Bukhari No: 1094) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh).

2.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).

3.  Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan. Firman Allah:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون
Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan”  (QS. Adz Dzariyat: 18)

4.  Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata.

Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan solat sunat seperti tahajud  dan  berdoa serta memohon  keampunan daripada dosa.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb Mei 2019
09hb Ramadan 1440H

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.umifuzy.com/2019/05/salam-ramadan-istimewanya-sahur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam 1 Ramadan 1440h

Salam 1 Ramadan 1440h

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 965 hits
Salam 1 Ramadan 1440H Alhamdulillah berjumpa lagi di bulan Ramadhan tahun ini Ramadan bulan yang bukan sahaja di nanti nantikan oleh mummy Malah buat semua juga Betul tak Setiap tahun Ramadhanlah yang paling di rindui Bulan Raamdhan bukan s...
Awal Ramadan Kamu Bisa Saksikan Hujan Meteor Eta Aquarid Saat Sahur Yuk Berburu Foto

Awal Ramadan Kamu Bisa Saksikan Hujan Meteor Eta Aquarid Saat Sahur Yuk Berburu Foto

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 305 hits
Lumayan nih bisa sahur sambil menikmati hujan meteor Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan
Salam Ramadan 2019 Dan Ketahui Cara Bertawarikh Buat Ibu Dengan Anak Kecil

Salam Ramadan 2019 Dan Ketahui Cara Bertawarikh Buat Ibu Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 755 hits
Alhamdulillah syukur dan terima kasih Allah kerana kita masih bernafas untuk meneruskan ibadah puasa sekali lagi dan Ramadan 1440H yang ditunggu akhirnya tiba juga Semoga Ramadan tahun ini memberi kerahmatan pada kita dan meningkatkan Taqwa...
Bulan Ramadan Pertama Bersama Suami Inka Christie Dibantu Ibu Untuk Persiapkan Sahur

Bulan Ramadan Pertama Bersama Suami Inka Christie Dibantu Ibu Untuk Persiapkan Sahur

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 435 hits
Ramadan tahun ini terasa berbeda bagi Inka Christie Sejak menyandang status barunya sebagai seorang istri membuat Inka sibuk mempersiapkan hidangan sahur dan buka puasa untuk sang suami
Begini Menu Sahur Dan Buka Puasa Kaya Gizi Yang Harus Kamu Terapkan Selama Ramadan

Begini Menu Sahur Dan Buka Puasa Kaya Gizi Yang Harus Kamu Terapkan Selama Ramadan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 392 hits
Triyani Kresnawan Dietisian Instalasi Gizi Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo mengatakan apabila makan tidak diatur dan berlebihan puasa Ramadan tidak akan berpengaruh banyak pada keadaan tubuh
Sahur Tiga Biji Kurma Cubaan Alvin Chong Berpuasa Hari Pertama Ramadan Berjaya

Sahur Tiga Biji Kurma Cubaan Alvin Chong Berpuasa Hari Pertama Ramadan Berjaya

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 662 hits
Alvin mencuba untuk berpuasa kerana dikelilingi rakan beragama Islam yang turut berpuasa Pelakon dan penyanyi Alvin Chong memberitahu dia ingin mencuba untuk berpuasa disebabkan mempunyai ramai kawan yang beragama Islam Menurut Alvin cubaan...
Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

Niat Puasa Ramadan Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1487 hits
Assalamualaikum happy weekend uolls Esok dah mula berpuasa Ibu ibu semua dah bersedia ke Bukan sedia menu berbuka atau sahur yer sebab dalam group masak apa hari ini semua pakat share dah menu berbuka dan sahur untuk seminggu malah ada yang...
Ramadan Bulan Kawal Nafsu Kata Dr Mahathir

Ramadan Bulan Kawal Nafsu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 374 hits
Ramadan bulan kawal nafsu kata Dr Mahathir Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2019 8 26PM
Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 948 hits
Cara Menetapkan Anak Bulan RamadanKewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke 11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal Cara men...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu

Hiburan Isteri Dah Banyak Kali Minta Cerai Dedah Sebab Utama Abang Wiring Enggan Lepaskan Bukan Sebab Sayang Tapi