Salam Nuzul Al Quran 2023m 1444h Maksud Peristiwa Dan Pengajaran Peristiwa Nuzul Al Quran


Salam Nuzul Al-Quran 2023M/1444H. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Pada tahun ini, Nuzul Al-Quran pada hari Sabtu, 8 April 2023 bersamaan 17 Ramadhan 1444H. Nuzul Al-Quran merupakan salah satu peristiwa penting dalam Islam dan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang benar dan yang batil.— Al-Baqarah : 185
Sambutan Hari Nuzul Al-Quran adalah cuti umum di Malaysia untuk semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak

baca juga : koleksi ucapan salam Nuzul A-Quran 

Peristiwa Nuzul Al-QuranPeristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadhan, merupakan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya

Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah peristiwa bersejarah dimana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. 
Turunnya Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M iaitu tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'
17 Ramadan : Wahyu Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril AS. Malaikat Jibril memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata : Iqra, yang bermaksud (bacalah)6 Kilometer Dari Mekah : Iaitu, lokasi gua hira, Jabal Nir di mana Al - Quran mula diturunkan.23 Tahun : Maksudnya, 23 tahun tempoh Al - Quran diturunkan secara beransur - ansur41 Tahun : Maksudnya, usia Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Nuzul Quran
Maksud Nuzul Al-QuranDaripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. 
Penggunaan istilah Nuzul Al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian Al-Quran.
Nuzul Al-Quran bermaksud penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Al-Quran pula merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam sehingga kini. 
Maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang benar-benar memikirkan rahsia Al-Quran

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Firman Allah SWT :

بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” —Surah Al-Alaq (96) : Ayat 1-5Iqra, yang membawa maksud bacalah. Dalam huraian lima ayat pertama yang diturunkan menyeru agar sentiasa membaca kitab suci Al - Quran, kerana selain daripada kelebihannya, ia juga merupakan kitab yang syumul (lengkap) dan sebagai panduan hidup kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini.
Nikmatnya pada bulan Ramadhan , Allah SWT memberikan kelebihan dan ganjaran yang besar kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. 
Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti peristiwa penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan kota Andalusia dan lain-lain. 
Disamping itu juga, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam Al-Qadr (Lailatul Qadar). 
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah Al-Qadr: 3)
Ringkasan pengajaran peristiwa Nuzul Al-Quran1. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
2. Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
3. Kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat (I'jaz al- 'Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu.

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala yang besar."—Surah al-Isra': 9
sumber:
1. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1808-nuzul-al-quran-dan-perpaduan-ummah
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3455-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-152-kenapakah-pahala-amalan-digandakan-pada-bulan-ramadhan
3. https://mt961013.livejournal.com/1386565.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/04/salam-nuzul-al-quran-2023m1444h-maksud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Nuzul Al Quran 1444h

Salam Nuzul Al Quran 1444h

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah kita sudah pun memasuki hari yang ke 17 dalam bulan Ramadan Al Mubarak Semakin hari bulan yang mulia ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi Semoga kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kita dalam bulan...
Salam Nuzul Quran 2023

Salam Nuzul Quran 2023

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 303 hits
Sehingga kini satu satunya mukjizat Nabi Muhammad yang berkekalan hatta sehingga hari kiamat adalah al Quran Ianya merupakan Kalam Ilahi yang mana menjadi panduan kehidupan menyeluruh umat Islam dari pelbagai aspek dunia dan akhirat Nuzul y...
Nuzul Al Quran Anwar Calls On Muslims To Intensify Quran Recitation

Nuzul Al Quran Anwar Calls On Muslims To Intensify Quran Recitation

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 331 hits
Pic credit Facebook anwaribrahimofficialKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Muslims to commemorate the Nuzul al Quran event by intensifying Quran recitation to express their gratitude for Allah s miracle which...
Agong Raja Permaisuri Attend Nuzul Al Quran Celebration At Penang State Mosque

Agong Raja Permaisuri Attend Nuzul Al Quran Celebration At Penang State Mosque

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 239 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah present contributions to asnaf recipients at the Nuzul Al Quran celebration at the Penang State ...
Sejarah Nuzul Al Quran

Sejarah Nuzul Al Quran

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 317 hits
Sejarah Nuzul al Quran Peristiwa Nuzul al Quran satu sejarah yang tak patut kita lupa dan perlu hayati dengan sebenar benarnya peristiwa ini Jom kita belajar Ulum al Quran Jangan tahu baca tapi kena tahu juga bagaimana al Quran diturunkan h...
Nuzul Quran 2023 Cantik Sungguh Warna Langit Malam Ni

Nuzul Quran 2023 Cantik Sungguh Warna Langit Malam Ni

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 678 hits
Nuzul Quran 2023 Cantik sungguh warna langit malam ni Nuzul Quran merupakan satu peristiwa yang diraikan oleh umat Islam setiap tahun pada 17 Ramadan bagi merakam sejarah penurunan ayat pertama Al Quran iaitu Surah Al Alaq kepada junjungan ...
T14a30 Maksud Sebenar Warna Bendera Negeri Sembilan

T14a30 Maksud Sebenar Warna Bendera Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 1773 hits
Kandungan PrakataMungkin ramai mengetahui bahawa kerajaan Negeri Sembilan ada hubungan dengan Kerajaan Pagaruyung di Batu Sangkar Alhamdulillah ketika Tedi berkunjung ke Padang Indonesia kami juga dibawa melawat Istana Basa Pagaruyung yang ...
Apakah Maksud Solat Jamak Dan Qasar

Apakah Maksud Solat Jamak Dan Qasar

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 1185 hits
Islam itu mudah dan tak pernah membebankan penganutnya Salah satunya adalah hal solat Contoh solat jamak dan qasar Solat ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hambaNya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah ...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir

Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya

Gubernur Indonesia Malu Karena Ketergantungan Besar Pada Malaysia Untuk Kebutuhannya

Video Mawar Rashid Make A Wish Sebelum Tiup Lilin Dikritik Netizen

Saiful Apek Saya Ditahan Berpunca Isu Pergaduhan