Salam Madani Dr Rafidah Abdullah Dan Rakan Rakan Seperjuangan




DR ZULKIFLI. MENTERI KKM


Saya mendengar segala luahan dan pandangan daripada Dr. Rafidah dan rakan-rakan doktor yang lain. Saya akui dan sedari sepenuhnya bahawa KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA #KKM kekurangan kakitangan.




Manakala dalam itu, sesetengah warga KKM juga terpaksa menanggung bebanan tugas lebih daripada rakan-rakan yang lain. Saya pastinya tidak pernah dan tidak akan menafikan situasi ini.


Namun, walau dengan segala kekangan yang wujud hari ini, saya akan pastikan bahawa semua isu yang dihadapi oleh warga KKM di lapangan akan ditangani dalam penggal kedua saya sebagai Menteri Kesihatan.


KKM juga tidak memandang enteng mengenai lebih 6,000 doktor yang telah meletak jawatan sepanjang 5 tahun yang lepas. Penting untuk diambil perhatian bahawa angka ini termasuk 3,200 pegawai perubatan (MO) kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap kerana ini adalah sebahagian daripada prosedur yang ditetapkan.


Selain itu, sesetengah doktor telah beralih ke bidang akademik, dan dalam berbuat demikian, masih menyumbang kepada pengukuhan sektor kesihatan awam. Namun begitu, ketirisan bakat kekal menjadi cabaran yang signifikan dalam semua industri, termasuk sektor kesihatan.


Walaupun diakui bahawa KKM tidak dapat menghalang MO dan pakar perubatan daripada berhijrah ke sektor swasta, kita telah melaksanakan beberapa strategi untuk mengekalkan mereka dalam sektor awam.


Dalam jangka sederhana, dengan inisiatif Rakan KKM Partnership’, kita akan saksikan beberapa perubahan. Prospek ganjaran yang lebih baik dan fasiliti kesihatan yang dinaik taraf - yang bakal dicapai melalui subsidi silang oleh pendapatan baru daripada 'perkhidmatan ekonomi premium ‘#RakanKKM' - diharapkan dapat meningkatkan insentif untuk mereka kekal dalam sektor awam.


Langkah jangka pendek termasuk kenaikan dan pelarasan gaji, jadual kerja yang lebih anjal, dan membenarkan amalan lokum. KKM terus komited untuk meningkatkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan, dan serta kebajikan profesional perubatan seluruhnya.


Mengenai situasi di Hospital Seri Manjung, KKM melalui kerjasama Bahagian Sumber Manusia (BSM) akan mengagihkan lebih banyak MO ke jabatan-jabatan yang kritikal. Ini adalah tugas yang mencabar, tetapi perlu dibuat agar tahap tenaga kerja dapat menampung keperluan semasa.


Untuk makluman jua, terdapat peningkatan pengagihan MO ke semua fasiliti KKM setiap tahun, dan sebuah kohort baharu MO baru sahaja diagihkan pada minggu lepas. Oleh itu, Hospital Seri Manjung juga akan segera menerima tambahan kakitangan perubatan. 


Cabaran ini juga bukan terhad kepada Hospital Seri Manjung sahaja, namun dihadapi di seluruh negara. Oleh itu, KKM akan berusaha sedaya-upaya untuk menangani keperluan mendesak ini.


Saya komited untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk membantu KKM mengatasi cabaran-cabaran ini. Namun, terdapat beberapa aspek sememangnya berada di luar bidang kuasa KKM. Oleh itu, KKM sentiasa melibatkan JPA dan agensi-agensi lain untuk memastikan isu-isu ini diselesaikan dengan berkesan dan murni.


Selain itu, saya kekal komited untuk merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, iaitu suatu reformasi yang kami janjikan dari zaman awal ‘Reformasi’. Saya percaya umum tahu bahawa pelbagai rintangan harus dilalui sebelum kita dapat tiba ke destinasi ini.


Seluruh aspirasi ini adalah selaras dengan Kertas Putih Kesihatan. Inisiatif-inisiatif yang dibentangkan juga adalah bukti komitmen jangka panjang saya dan pasukan untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu sistemik dalam sektor kesihatan.


Suka untuk saya nyatakan bahawa tugas yang begitu sukar dan berat ini memerlukan penglibatan, sumbangan dan kerjasama semua pihak.


Hakikatnya, saya memerlukan Dr. Rafidah dan rakan-rakan profesional kesihatan yang berkongsi aspirasi yang sama untuk kita sama-sama meneruskan perjuangan ini.


Ribuan terima kasih daripada saya untuk semua.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/salam-madani-dr-rafidah-abdullah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Lama Tak Dengar Cerita Sibuk Berkempen Gamaknya Wanita Keadilan Aktifkan Skuad Ihsan Madani Ke Seluruh Negara

Amk Lama Tak Dengar Cerita Sibuk Berkempen Gamaknya Wanita Keadilan Aktifkan Skuad Ihsan Madani Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 149 hits
Penghantaran barangan sumbangan dilakukan sendiri oleh Skuad Ihsan MADANI Wanita KEADILAN Pusat ke Dungun Terengganu pada 6 Disember lalu MINDA NORAINI NORDIN 9 Dis Berikut merupakan Sorotan Khas Misi Banjir Wanita KEADILAN Skuad Ihsan Wani...
Anak Oku Dipukul Rakan Sekerja Ibu Dakwa Diminta Tarik Semula Laporan

Anak Oku Dipukul Rakan Sekerja Ibu Dakwa Diminta Tarik Semula Laporan

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 148 hits
Seorang wanita yang dikenali sebagai Adra Azura memohon nasihat daripada orang ramai berhubung isu anaknya yang merupakan orang kurang upaya didakwa telah dipukul rakan sekerja baru baru ini Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Adra di l...
Dapur Madani Sukarelawan Yadim Berkhidmat Untuk Bantu Mangsa Banjir

Dapur Madani Sukarelawan Yadim Berkhidmat Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 107 hits
DAPUR Madani Sukarelawan YADIM Losong telah menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan pada 8 Disember Beliau telah meluangkan masa hampir satu jam menyantuni dan merakamkan pengh...
What If Pas Joins Madani Govt

What If Pas Joins Madani Govt

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 258 hits
This is not as wild as it sounds If Anwar Ibrahim could work with his sworn enemy Dr Mahathir Mohamad to unseat the corrupt Najib Abdul Razak s BN government in 2018 and then 2022 conspire with BN s Ahmad Zahid Hamidi to form a coalition go...
Rumah Mampu Milik Madani Pulau Pinang Pm Anwar Saksi Perjanjian Demi Rakyat

Rumah Mampu Milik Madani Pulau Pinang Pm Anwar Saksi Perjanjian Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 257 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI di ibu negara pada Selasa Foto BernamaKUALA LUMPUR 10 Dis Menyedari pentingnya menyediakan rumah ma...
Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 267 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang pekerja stor sebuah kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang kerana mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video rakan sekerjanya itu yang sedang melepas hajat empat hari lalu Le...
Remaja Nekad Terjun Laut Cari Rakan Ditelan Ombak

Remaja Nekad Terjun Laut Cari Rakan Ditelan Ombak

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 130 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan seorang remaja terjun ke laut bergelora untuk mencari sahabatnya yang hilang IstimewaJAKARTA Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun mengundang perhatian orang ramai apabila dia terjun ke dalam laut untuk menca...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Anak Mengamuk Dekat Mall Tanda Autism Ke

Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix