Salam Aidilfitri 1441 Hijrah 2020 Masihi
Assalamualaikum…
Alhamdulillah… syukur masih dapat bertemu Bulan Syawal 1441 Hijrah pada tahun 2020 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadhan . Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari ini iaitu Ahad bersamaan 24 Mei 2020 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1441 Hijrah pada hari Jumaat yang lepas ( 22 Mei 2020 ) . Tahun ini dapatlah berpuasa genap 30 hari bersamaan sebulan walaupun masih berada di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) .
Pengumumam Hari Raya Aidil Fitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad
Salam AidilFitri 1440 Hijrah 2020 Masihi
Pada tahun ini berbeza sedikit kerana umum telah pun mengetahui seluruh Malaysia berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) . Sepanjang bulan Ramadhan tiada aktiviti sembahyang terawih di masjid atau surau , hanya lakukan terawih di rumah bersama keluarga . Alhamdulillah ..kerja hakiki dan pertukaran syif siang dan malam berjalan dengan lancar walaupun berasa penat sedikit .
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini tetap disambut seperti tahun-tahun yang lepas namun terikat dengan Standard Operating Procedures atau SOP ketika perayaan . Antaranya adalah tidak boleh merentas negeri untuk pulang ke kampung , pemakaian Face Mask atau topeng muka dan pengunaan Hand Sanitizer dan penjarakan sosial .
Walaupun PKP dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin , tak bermakna kita tak boleh menyambut dan meraikan perayaan Aidilfitri . Aktiviti ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa . Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup . Jika mahu bersembang dengan tetamu pun , jarak-jarakkan sedikit . Tidak perlulah duduk terlalu rapat . Wajib ikut prosedur operasi standard ( SOP ) yang ditetapkan . Takbir Raya pun dilakukan di rumah bersama keluarga .
Pada kesempatan ini , Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1441 Hijrah kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas dan sembahyang raya dan takbir raya bersama keluarga tahun ini dilakukan di rumah sahaja . Aktiviti menikmati juadah paling wajib semasa sambutan hari raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga dan berehat sebentar untuk ” recharge ” tenaga .
Akhir kata , Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan terutama kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog wanzawawi.net . Halalkan makan dan minum dan saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dan ampun jika ada tersilap atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja selama kita berkenalan di dalam dunia blogging ini . Kepada rakan-rakan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman , jangan bersedih ok…gunakan teknologi yang ada untuk berhubung dengan keluarga tersayang . Mari sama-sama kita berdoa agar wabak Covid-19 lenyap di muka bumi ini dan akan dapat menyambut hari raya pada tahun depan dengan suasana lebih meriah lagi …Aaminn.. Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin .
The post Salam AidilFitri 1441 Hijrah 2020 Masihi appeared first on wanzawawi[dot]net.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wanzawawi.net/2020/05/salam-aidilfitri-1441-hijrah-2020/