Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku


 Assalamualaikum,
Salam Syawal dan Salam lebaran korang semua :) Hampir 13 hari kita meraikan Syawal nan mulia ini.Tiba-tiba sahaja den rindu nak berblog petang-petang yang damai ni.Hari ni saya ambik cuti rehat khas (CRK ) sebab pagi tadi uruskan anak lelaki ada appointment Doktor Pakar di Klinik Peadtrik di Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban.
Alhamdulillah.Saya mohon doa semua agar kesihatan anak lelaki saya dipermudahkan.Dia okey sahaja cuma kena refer pakar sebab ada masalah kalenjar ( air liur berlebihan) di bawah lidahnya.Doktor beritahu, puncanya sebab pernah terluka di kawasan bawah lidah ( mungkin tergigit ketika makan). bila luka, air liur keluar berlebihan, sehingga berkumpul membentuk gelembung air seperti ketulan daging bawah lidah. Wallahuaalam. Selebihnya saya berdoa semoga ALLAH lindungi anak saya dari segala kemudaratan dengan ujian ini.aamin
Hmmm.Raya apa cerita ya?
Raya kali ini paling sederhana seingat saya yang pernah kami sambut sejak anak-anak semakin membesar.Cumanya saya bersyukur, walaupun sederhana, namun kegembiraan dan kebahagiaan ketika meraikannya tidak berkurang sedikit pun.Alhamdulillah.
Salam Lebaran daripada Cik Matahariku sekeluarga :)
Gambar raya Family saya :) Mak pak anak 5 orang. Sekejap nau rasa anak-anak dah besar dah lebih tinggi dari mak pak.kalau sesiapa follow blog saya dari zaman anak 3, tahulah camna depa zaman kecik-kecik dulu.Eh..macam ramai org follow blog dia.kihkih
Tahun ini, saya takde masak atau sediakan mana-mana pun hidangan hari raya.Mungkin faktor kekangan masa beraya tahun ini tidak mengizinkan saya menjadi chef di dapur.haha.Cuma sempat memasak Nasi Beryani dan Kari Daging atas permintaan mak Mertua masa raya kedua.
Giliran Beraya di Kampung Encik Suami
Tahun 2024, giliran raya pertama sampai ketiga di rumah mertua.Setakat ini macam tulah giliran yang kami buat.Belum sekali kami mencemar duli dengan giliran beraya ini.haha.Cuma tahun ini ada sedikit kelainan.Selepas berdiskus dengan Encik Suami, saya mencadangkan supaya raya tahun ini saya tidak beraya bersama ahli keluarga selepas raya ketiga, sebaliknya saya mahu pulang awal semasa minggu akhir ramadan supaya dapat berpuasa bersama ibu dan adik beradik.
Puncanya kerana cuti raya tahun ini yang sangat pendek,Bayangkan raya kelima, kami sudah perlu pulang ke rumah di PD.Anak sulung pula dah kena balik Kuantan ( belajar di kampus UIA).Jadi, saya pun nak jadi isteri solehah, taknak peningkan Encik Suami utk rancang perjalanan raya kami.Den tahu sangat, suami pulak jenis plan well kalau nak buat apa2.Jadi, kami putuskan macam tu masa bulan puasa lagi. Harap suami den take note la bab ni.haha.
Encik Suami mengetuai bacaan tahlil utk ahli keluarga dipagi raya. Ini memang rutin atau kelaziman setiap kali kami beraya di dua-dua kampung.Sebaik orang lelaki selesai solat sunat raya, kami akan sambung dengan buat takbir, tahlil, marhaban dan sesi bermaafan bersama orang tua dan adik beradik

Yang depan sekali anak perempuan sulung saya, yg juga merupakan cucu sulung keluarga sebelah mertua.Yang lain tu geng sepupu anak-anak kami.kalau ikutkan penuh ruang tamu rumah mak mertua ni dengan adik ipar dan biras.Den ambik sikit-sikit je gambo sebab segan nak beriya depan mertua.kihkih

time beraya, bergambar dengan adik-adik biras yang ohsem dan baik sangat.Sayang depa ni semua.Saya ni kira pangkat Mak Long kat Kampung Suami.Tapi lebih kepada kak Long kawasan kalau dengan adik2 biras ni.haha

Sejak awal kahwin, bila beraya di kampung suami, kami akan beraya sampai malam pada raya pertama dan kedua.Maklumlah jenis saudara mara ramai. Penat tu memanglah penat, tapi dah kata raya, masa nilah kita saling ziarah menziarahi.InshaALLAH, setakat ini saya memang kenal dengan suami pakcik  makcik dan sepupu sepapat sebelah suami.Inilah pentingnya ziarah raya, supaya anak-anak pun kenal saudara mara mereka

Salam Aidil fitri kepada semua :) Keluarga besar sebelah suami


Kak Long dengan Abang Long kawasan. Anak buah adalah dalam 19 orang. 14 daripada 19 orang cucu mak mertua semuanya lelaki.Manalah kami tak jadi abg long n kak long kawasan.haha. 
Akhir kata, sebelum mengundur diri, saya ambil kesempatan dan peluang ini utk ucapkan SALAM AIDIL FITRI kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku.Mohon maaf zahir batin jika ada tersalah perkataan dan tulisan sepanjang saya berblog

Semoga Syawal kali ini memberi impak besar dan manfaat dalam hidup kita.Masa inilah perhubungan dapat dieratkan dan jika ada salah silap dengan sesiapa, inilah ruang terbaik untuk mohon kemaafan.Teringat kata-kata saya sendiri kepada anak-anak, Syawal ini adalah cerminan ibadah puasa kita semasa Ramadan.Jika masih berakhlak buruk dan degil, ibadah puasa yang lalu seolah tiada nilai taqwa dalam diri.Wallahualam

Sehingga bertemu lagi:) aamin





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2024/04/salam-aidil-fitri-buat-pembaca-blog-cik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan

Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 207 hits
Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban Hari Raya Haji adalah merupakan salah satu perayaan yang paling ditunggu tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia...
Al Hamdulillah Aidil Fitri Dalam Perang Selamat Hari Raya

Al Hamdulillah Aidil Fitri Dalam Perang Selamat Hari Raya

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 261 hits
Selamat Hari Raya Aidil fitriAl hamdulillah aidil fitri dalam perang HAMAS samada menang atau syahidSyahid juga menang di akhirat atau di dunia Berkata Presiden PAS HUKUM Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah ...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Umat Islam

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Umat Islam

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 226 hits
Hari Raya Aidil Fitri menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan Hari yang mulia dirayakan pada 1 Syawal tahun Hijrah Ia adalah masa pengampunan di kalangan umat Islam dan juga masa untuk mengukuhkan hubungan di antara saudara mara dan raka...
Ucapan Hari Raya Dari Marhaen Menjelang Aidil Fitri

Ucapan Hari Raya Dari Marhaen Menjelang Aidil Fitri

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 156 hits
W FAUDZIN Menjelang Aidil Fitri ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10 Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil tidak seperti di era PN ...
Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 261 hits
Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 10 Dzhulhijjah Hari Raya Aidil Adha adalah merupakan salah satu perayaan terpenting dalam Isla...
10 Ucapan Idul Fitri 2024 Bahasa Jawa

10 Ucapan Idul Fitri 2024 Bahasa Jawa

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 230 hits
Di Indonesia Idul Fitri identik dengan saling bermaafan dan silaturahmi Selain itu juga ada tradisi saling berkirim ucapan idul fitri Setelah sebelumnya berbagi 30 ucapan idul fitri kali ini BersamaDakwah membagikan kumpulan ucapan idul fit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba