Salah Ke Sewa Hotel Bila Balik Kampung



Menginap di hotel atau inap desa sewaktu pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri seolah-olah telah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat negara ini apabila trend itu dilihat semakin popular pada masa kini.
Namun keputusan yang popular dalam kalangan perantau itu juga sering mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat.
Ada yang menganggap golongan yang tidur di hotel ini mementingkan diri, malah tidak kurang juga yang menyatakan itu hanyalah alasan untuk mereka lari daripada melakukan kerja rumah semasa hari raya.
Pakar Sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berpandangan, segelintir ahli keluarga dilihat lebih selesa untuk menginap di hotel atau inap desa bagi menguruskan keperluan diri semasa sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata, situasi itu juga perlu dinilai dari sudut kesedaran masyarakat terhadap penjagaan aurat dan tatasusila yang semakin meningkat ketika ini.
Menurutnya, pembinaan rumah kampung secara asasnya lebih kepada ruang terbuka dengan jumlah bilik yang sangat terhad.
“Biasanya rumah di kampung hanya ada satu bilik sahaja. Jadi, kalau semua adik-beradik berkumpul, kita akan bentang toto dan tidur beramai-ramai di ruang tamu.
“Dengan bilik yang sikit dan semua orang berkongsi satu bilik air yang sama akan menyebabkan segelintir, terutama wanita mengalami sedikit kesukaran untuk menjaga batasan aurat.
“Jadi, untuk mengambil langkah berhati-hati, ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk menginap di hotel atau inap desa.
Ujar beliau, secara umumnya, keadaan status kehidupan masyarakat hari ini adalah berbeza dengan zaman dahulu.
Jelasnya, kemudahan dan kewujudan pelbagai hotel serta inap desa yang menawarkan harga berpatutan dapat memberikan pilihan kepada perantau untuk tinggal dalam keadaan yang lebih selesa sepanjang beraya di kampung.
Bagaimanapun, menurut Mohammad Shatar, keadaan itu dilihat tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana mereka masih lagi boleh berinteraksi antara satu sama lain sewaktu berkumpul di rumah ibu bapa.
“Mereka tetap pulang dan berkumpul di dalam satu rumah, namun apabila tiba masa untuk tidur atau menguruskan diri, masing-masing akan kembali ke tempat penginapan yang disewa untuk beberapa hari.
“Menginap di hotel bukan sebab timbulnya rasa tidak suka kepada ahli keluarga tertentu, tetapi sekadar untuk memberi keselesaan dan memudahkan ahli keluarga menguruskan diri,” katanya.
Tambah Mohammad Shatar, mereka juga bukannya langsung tidak menjenguk rumah ibu bapa dan tetap pergi dan beraya bersama-sama, cuma nak cari tempat sesuai di waktu kritikal seperti ketika nak mandi, memakai baju dan sebagainya.
“Dari kaedah sosialnya, perkara ini tidak mendatangkan masalah dan satu keperluan bagi terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini,” ujarnya lapor Sinar Harian
Selain dari Pakar Sosial tersebut Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga berpandangan hampir sama..
SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpandangan tidak menjadi satu kesalahan jika anak-anak mahu menyewa di hotel atau inap desa selagi mereka boleh menyambut hari raya bersama-sama.
Jelas beliau, ia kerana ada sesetengah rumah sesak jika kesemua ahli keluarga pulang hingga menyebabkan mereka terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu yang menimbulkan ketidakselesaan.
“Selain itu, kaum wanita perlu menjaga aurat sama ada dengan anggota keluarga atau bukan mahram.
“Bagaimanapun sebelum mahu menyewa hotel atau inap desa, alangkah baiknya jika perkara itu dijelaskan terlebih dahulu kepada ibu bapa agar mereka tidak berkecil hati,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.
Tambah beliau, hal itu perlu dilakukan bagi mengelakkan timbulnya salah faham antara satu sama lain yang mana mereka menyangka anak menantu sudah tidak sudi untuk menginap di rumah keluarga lagi.
Sementara itu, pendakwah, Asma’ Harun berpandangan, isu penjagaan aurat bukanlah faktor utama yang menyebabkan perantau perlu menyewa hotel atau inap desa.
Jelasnya, ini kerana masyarakat dahulu juga berdepan dengan situasi sama, namun mereka tidak menganggap ia sebagai satu halangan untuk bersama-sama keluarga menyambut hari raya di dalam rumah yang sama.
“Mereka ada alternatif yang tersendiri misalnya pasang kelambu, mengutamakan wanita untuk tidur di dalam bilik dan menyediakan satu ruangan khas bagi tujuan menyalin pakaian.
“Jika ada rezeki lebih, tidak salah ahli keluarga berpakat membina atau menambah jumlah bilik untuk kemudahan semua,” ujarnya.
Namun, Asma’ menjelaskan tidak menjadi kesalahan jika seseorang mahu menyewa di hotel atau inap desa asalkan hubungan antara ibu bapa, adik beradik dan sanak-saudara dijaga dengan baik.
SUKAR JAGA AURAT JIKA TIDUR BERAMAI-RAMAI DI RUANG TAMU
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tetap disambut meriah walaupun ramai yang memilih untuk tidur di hotel dan inap desa berbanding di rumah keluarga kerana mahu keselesaan dan menjaga batas aurat.
Menurut Nur Atiqah Faizwaty Mohd Faizal Azmi, 28, sudah menjadi kebiasaan untuk dia dan keluarga tidur di inap desa berbanding tidur di rumah keluarga kerana mahu menjaga batas dan aurat sebagai seorang wanita.
“Sebagai seorang wanita, sudah tentu saya mahukan waktu tidur yang berkualiti tanpa perlu memikirkan bentuk tubuh diperhatikan ketika tidur,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Nur Hanani Amira A Halim, 23, berkata, dia dan keluarga memilih untuk tidur di inap desa kerana mahu keselesaan sewaktu tidur “Kalau menginap di rumah atok dan nenek, kami perlu tidur di ruang tamu secara beramai-ramai dan keadaan itu memerlukan saya untuk memakai tudung sepanjang malam.
“Saya bukan tidak selesa untuk memakai tudung sepanjang hari tetapi mahu juga baring tanpa meletakkan apa-apa kain pada kepala,” katanya.
Pekerja logistik, Nizamuddin Salehuddin, 25, berkata, rumah keluarga di kampungnya tidak mempunyai bilik yang mencukupi menyebabkan dia dan keluarga memilih untuk tidur di rumah sewa.
Katanya, tujuan utama menyewa rumah bukanlah disebabkan tidak mahu bergaul dengan saudara-mara tetapi kerana tiada ruang privasi untuk tidur dan menukar pakaian.
“Tidak timbul isu hubungan renggang atau kurang akrab dalam kalangan ahli keluarga ekoran trend itu,” katanya...
Jadi.. apa masaalahnya sewa hotel bila balik ke kampung ini hingga ada yang menjadikannya sebagai isu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/salah-ke-sewa-hotel-bila-balik-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aidilfitri Pdrm Cara Isi Borang Balik Kampung Langkah Cegah Jenayah

Aidilfitri Pdrm Cara Isi Borang Balik Kampung Langkah Cegah Jenayah

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 548 hits
Aidilfitri PDRM Cara Isi Borang Balik Kampung Langkah Cegah Jenayah Musim perayaan sering kali menjadi masa yang paling dinantikan oleh banyak orang untuk mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman atau melancong bersama keluarga dan oran...
Hiburan 14 Tahun Tak Pernah Balik Beraya Kampung Sendiri Isteri Tertekan Diugut Talak Oleh Suami Tiap Kali Aidilfitri

Hiburan 14 Tahun Tak Pernah Balik Beraya Kampung Sendiri Isteri Tertekan Diugut Talak Oleh Suami Tiap Kali Aidilfitri

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 257 hits
Seorang wanita bergelar isteri tampil rasa kecewa dan stress gara gara sikap suami yang mementingkan diri sendiri tiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri Difahamkan wanita itu kecewa kerana dia sudah hampir 14 tahun tidak dapat balik be...
Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung Pengguna Lebuhraya Utara Selatan Pantai Timur

Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung Pengguna Lebuhraya Utara Selatan Pantai Timur

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 400 hits
PLUS Malaysia Berhad mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk balik kampung dan kembali ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara Selatan pada 19 April hingga 1 Mei 2023 CADANGAN WAKTU PERJALANAN HARI RAYA AIDILFTRI LEBUHRAYA UTARA SELA...
Balik Kampung To Legoland Malaysia Resort For Raya

Balik Kampung To Legoland Malaysia Resort For Raya

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 353 hits
Balik Kampung to LEGOLAND Malaysia Resort for Raya This Raya guests can experience and appreciate Malaysian Malay culture and traditions through incredible in park cultural The post appeared first on
Balik Kampung Dengan Disney Hostar Bintang Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Balik Kampung Dengan Disney Hostar Bintang Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 877 hits
Raya adalah sinonim dengan meluangkan masa kualiti bersama insan tersayang menikmati juadah yang lazat dan sudah tentunya balik kampung Sempena Raya ini apa kata kita balik kampung bersama bintang bintang tempatan pujaan kita dengan pelbaga...
Berhenti Perjalanan Setiap 2 Jam Buku Pink Kena Sedia Ini Pesanan Doktor Untuk Ibu Hamil Balik Kampung

Berhenti Perjalanan Setiap 2 Jam Buku Pink Kena Sedia Ini Pesanan Doktor Untuk Ibu Hamil Balik Kampung

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 203 hits
Jika ibu ibu gigih mempersiapkan segala kelengkapan dan ubat ubatan anak untuk di bawa balik kampung sempena raya ini lain pula kisahnya dengan ibu hamil Walau dapat beraya dengan tenang dan gembira namun jangan dilupakan penjagaan rutin ib...
Sudirman Balik Kampung

Sudirman Balik Kampung

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 322 hits
balikkampung sudirman 39 years ago n still a Super Unforgettable Song for the Occasion All the best to One All Take care jmbelog
Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik Kampung Beraya

Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 205 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad