Salah Ke Bahagia Tanpa Anak


Kawan Bella ada cakap, Bella nampak happy sangat walaupun takda anak. Setiap kali Bella nak pergi travel mesti ada yang perli. " Wahhh!! really enjoy your life ye?" Bella tak faham, berdosa ke Bella nak bahagia walaupun masa tu Bella tak da anak lagi. Korang faham tak yang orang tak ada anak ni, perlukan suntikan positif. Suntikan semangat. Korang asyik perli saja. Korang tahu tak yang sikap manusia akhir zaman ni adalah menunjuk - nunjuk berapa banyaknya harta yang dorang dah kumpul dan berapa ramainya anak yang dapat dorang lahirkan. Bella nak tanya korang, SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?  Seronok sangat ke korang mengata dan bagi kata - kata negatif dekat orang yang takda anak ni?


Bella selalu teringat - ingat beberapa perkara yang orang sekeliling cakap, tanya, nasihat dan perli Bella. Bella pernah terbaca yang ada suami meluahkan rasa kesian pada isterinya yang selalu kena perli dalam group wasap family sampai keluar daripada group wasap tu. Bella pun pernah. Tengah rancak - rancak berborak dan bertukar - tukar pendapat tiba - tiba ada seorang yang cakap ala, harta dunia tak penting mana pun, yang penting ada anak. Anak adalah harta dunia dan akhirat. APAAA??? Padahal masa tu tengah berbincang pasal minyak wangi je. Bella bagitahulah minyak wangi kesukaan Bella. Bukan menunjuk, tapi bagitahu apa yang Bella pakai je. Dorang kata itu semua dunia. Kalahkan penyataan Bella dengan sentuh pasal anak. Bella pun keluar group dengan meninggalkan ayat. 
" Janganlah ditanya soalan mengenai anak pada orang yang sedang diuji tanpa zuriat, kita tak tahu usaha dia macam mana, berapa banyak duit dia dah abis dalam usaha mendapatkan zuriat, berapa tabahnya dia menghadapi ujian ini, Janganlah digores lagi perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t" 
Lebih kuranglah ayatnya berbunyi macam ni sebab Bella screenshot ayat tu. Kalau korang pernah dengar ayat macam ni lebih kurang tolong baiki ayat Bella nanti baiki ayat dekat atas tu. Lepas Bella letak ayat tu Bella keluar group. Bella pun tak pasti apa dorang kata. Baik Bella keluar sebelum Bella makin kurang ajar bila duduk dalam group tu. Ahaks.


Keluarga terdekat memang akan selalu bertanya sebab dorang mungkin risau. Kalau pihak Bella mak Bella lah yang selalu akan lemparkan kata - kata pedas yang mensiat - siatkan hati Bella. Impaknya bila orang luar tanya atau perli Bella soal anak, Bella dah jadi lali dah. Sebab kata - kata mak Bella paling padu. Nasib mak je. Bella biarkan kata - kata tu keluar telinga kiri dan masuk telinga kanan. Alhamdulilah Bella direzekikan dengan mak mentua dan ayah mentua yang sangat baik dan tak pernah mempersoalkan mengenai anak dekat Bella. Kagum Bella dengan dorang. Dorang sangat tabah dan sabar walaupun Bella mengahwini anak kesayangan dorang. Takdalah sesi perli memerli terdengar ditelinga Bella.

Sedara mara yang lebih. Ada seorang makcik bawang ni, tanya Bella. "Anak dah berapa orang?" Bella jawab takda lagi. Depan Bella dia cakap takpelah. Sabar. Belum rezeki lagi. Belakang Bella, beria - ia dia cerita. Wei! Dorang dah kawin 5tahun takda anak lagi! dengan muka - muka dia bercerita. Amboi makcik. Talamnya.

Bila Bella balik dari bercuti, ada sedara tanya. " Hari tu pergi bercuti Indonesia ke? Takda ke bawa balik anak angkat seorang dari sana?" Nak ku kaki kan je. Ingat anak ayam nak bawa senang - senang. HB senyum je. Bella pun senyum je. Anak angkat ni Bella dah cadangkan dekat HB. HB taknak. Bella sampai menangis fikir macam mana ni? HB tak nak ambil anak angkat. Sebab tulah bila Bella fikir - fikir dia nak anak sendiri, lebih baik izinkan je dia kahwin lain. Remuk hati. Hancur sangat. Nasib baik HB selalu fikir dia muda lagi. Banyak masa lagi. Jadi dia sangat relax dan kata sabar je.


Sedara - mara yang pegang perut tanya ada isi ke ni? takda lagi ke? mana boleh takda? Gemuk nampak sekarang. Ada isi kot? Dulu seboleh - bolehnya Bella takut gemuk. Sebab soalan makin mencabar. Belum lagi yang pas dekat anak suruh tanya."Makcik bila nak ada anak? Pakcik suka budak tu, pakcik dah tak sabar nak ada anak tu." Soalan - soalan biasa yang akan kedengaran menyanyi - nyanyi di cuping telinga. Lali. 
Makin menyirap bila dekat tempat kerja cuti nak pergi Travel atau raya tak lulus sebab alasan, takda anak. "Cuti ko tak lulus ye, sebab nak bagi dekat orang yang ada anak bawa anak - anak dorang berjalan masa cuti sekolah ni." "Buat apa ko ambil cuti masa cuti sekolah? ko bukan ada anak pun." "Raya tahun ni, ko takdapat cuti. Bagi orang yang ada anak cuti lama sikit dengan anak - anak dorang." Pedih tak alasan macam ni? Korang rasa, salah ke kalau Bella kurang ajar dengan Boss sebab bagi alasan bodoh macam ni? Memang meminta sangat kan? Lepas tu benci Bella. Suka hati ko lah Boss. 
Sebab Bella selalu travel sangatlah kawan - kawan cakap dan perli "Ko taknak anak lagi kan? sebab ko nak jalan-jalan" "Betul ke ko nak anak? kalau nak mesti dah lama dapat." "Ko bolehlah berjalan sana - sini, duit banyak. Anak takda." "Ko ni asyik pergi honeymoon je. Hasil tarak" Hello? Ko kawin pun belum. Ko ingat main malam tu esoknya mengandung ke? Bella pun tak pernah tanya dia bila dia nak kawin. Kalau Bella yang sound dia mahu menangis tu. Bella sabar je. Soalan dan ayat ni dari orang yang lain-lain ye. Bayangkan macam mana Bella hadap. Alasan ada anak tak boleh pergi jalan - jalan memang tak boleh pakai. Dulu masa ko takda anak ko tak gi mana pun. Ni anak - anak dah besar takda plak Bella tengok dia pergi travel. Lagi satu rezeki bila dah ada anak lain. Lagi bertambah. Jangan salahkan anak dalam soal rezeki. Tak belajar punya orang.


Bila ada yang lagi advance yang bagi kata - kata pedih seolah - olah Bella takda usaha dan tak nak berusaha. Ceritakan kisah dia yang kawin banyak kali sebab nak anak. Semua perempuan yang dia kawin sebelum ini tak dapat bagi zuriat dan dorang bercerai dan dia kawin lagi. Suruh bini dia buat operation supaya mengandung dan Bella tak buat semua itu. Terus dia lemperkan dan labelkan perempuan yang dah kawin tapi takda usaha macam bini dia tu, pentingkan diri sendiri

Kata - kata dia sangat pedih. Menangis - nangis Bella cerita dekat HB. Bella tanya dekat HB, betul ke Bella ni pentingkan diri? Betul ke Bella sekat kebahagian HB? Sekali lagi Bella paksa HB kawin lain. Sebenarnya takda siapa tahu betapa sanggupnya Bella derita asalkan HB bahagia. Sakit sangat hati Bella dengan ayat dia tu. Walaupun kata - kata dia sangat umum. Tapi sebab Bella takda anak, kata - kata dia tepat kena dekat hati Bella. HB kata tak semestinya kalau dia kawen lain dia dapat anak. Kalau tuhan kata bukan rezeki dia dapat anak dia kawin 4 pun belum tentu ada rezeki anak. Terima kasih sayang untuk kata - kata penguat semangat tu.


Bila kawan, lawan, sedara mara atau orang yang memang Bella kenal tegur atau perli itu boleh tahan lagi. Paling tak tahan bila orang yang pertama kali jumpa, tak kenal pun. Saja duduk sembang, tiba - tiba tanya pasal anak dan bagi nasihat. Bella ingat ada seorang lelaki ni. Cakap punyalah kasar. Kami duduk di hotel. Masa sarapan pagi dia minta nak duduk sekali mungkin sebab dia bosan nak makan sorang - sorang. Sembang - sembang dia tanya pasal anak dan terus cakap."Adik abang ada seorang juga takda anak. Bila abang tanya sama juga dia jawab, takda rezeki. Hei, Bulls**t la. Bukan takda rezeki takda usaha tu." Sambil memandang kami. Kasar giler kan? Kami diam je, tanda hormat.

Lepas tu dia pun bagi tips dan dia kata dia dapat rasakan yang hati kami suami isteri masih tertutup antara satu sama lain. Maknanya kami masih menyimpan rahsia besar yang masing - masing tak tahu lagi. Apa - apa rahsialah. Abang tu kata ambillah satu hari lepas solat sama - sama luahkan segala rahsia dan isi hati. Luahkan segala - galanya dan benda ni boleh buat sekali je. Jangan buat banyak kali. Bella ada ajak HB buat, tapi HB asyik cakap nantilah. Mungkin dia ada rahsia yang Bella tak tahu. Tapi bagi Bella tak penting pun sebenarnya rahsia sebelum kahwin atau rahsia yang tak penting. Buat apa nak buka aib sendiri sedangkan Allah s.w.t pun sembunyikan aib kita. Korang bolehlah cuba buat sesi luahan hati suami isteri. Penting juga sebenarnya. Bukakan hati seluas - luasnya untuk suami, dan macam tu jugalah suami. Terimalah segala - galanya keburukan pasangan masing - masing.


Tak cukup dengan tu, Bella ada beli sofa. Pengangkut sofa tu tanya kami anak mana? Dia berbangsa India. HB cakap kami takda anak lagi. Dia terus cakap baru kahwin ke? Standard. Biasa sangat. kalau kami cakap takda anak lagi mesti orang kata owh baru kahwin ya? Padahal dah lama kahwin dah. Bila kami cakap dah lama kahwin dia pun cakap dia nak dapatkan anak pun lambat. Dia usaha sana sini. Dia kata cepat - cepatlah ada anak, takda anak ni bosan. Sunyi. Ewah - ewah macam minta kena tendang keluar je. 
Bagi kaum india, soal anak ni lagi sensitif. HB kata masa dia nak buka akaun bank dia tanya dekat seorang india ni anak berapa orang? Soalan biasalah untuk buka akaun bank. Dia terus menangis. Dia kata dia takda anak lagi. Dia kesian dekat bini dia. Setiap kali ada perayaan bini dia tak boleh balik kampung sekali. Rupanya pasangan yang takda anak ni, orang India anggap dia bernasib malang. HB cakap dia pun faham sebab dia pun takda anak lagi. Tulah bila HB buat sijil kelahiran Afham, dia menangis sebab dia kata macam mimpi ada anak yang berbin kan dia. Alhamdullilah. Dia kata selalu buka akaun anak orang je. Bila tengok sijil kelahiran anak orang dia selalu terfikir bilalah ada sijil kelahiran anak sendiri. Ingatkan tak kisah. Hati ada taman juga sebenarnya. 

Sebenarnya buat pengetahuan abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan semua manusia dibumi ini. Soalan ini korang tak payah nak tanya. Soalan bila nak dapat anak, kenapa takda anak lagi, dah ada isi ke? Tak payah. Tak perlu. Pasangan itu sendiri dah menangung 1000 beban dekat bahu, sedang cuba redha, sedang cuba terima kekurangan hidup. Korang tak perlu tambah lagi. Korang ingat bila tanya soalan macam tu hubungan makin erat ke? Takdanya makin menyampah lagi adalah. Banyak lagi topik boleh dibualkan selain daripada topik anak. Ok

Buat pasangan yang takda anak lagi, Bella dah melaluinya. Satu je Bella pesan, soalan - soalan macam ni akan menambahkan lagi kerisauan, kegusaran dan perasaan negatif dalam diri korang. Kalau boleh elak, korang elak je orang - orang yang selalu soal benda ni. Kalau tak boleh elak, hadap tapi jangan masuk dalam hati. Keluarkan balik di telinga kanan atau kiri. Positif kan diri sangat penting juga dalam TTC. Suami, tolonglah bagi semangat dekat isteri. Tolonglah sama - sama berusaha dengan isteri. HB Bella selalu nasihatkan Bella bila tengah sedih soal anak ni. 
HB kata, "Jangan sedih sangat, kita Alhamdulilah bahagia. Boleh beli apa yang kita nak. Boleh jalan - jalan mana kita nak pergi. Cukup lengkap ada rumah kereta. Rezeki kita dah banyak sangat. Ada orang ada anak hidup susah. Ada orang rezeki kawin pun tak sampai lagi. Kita sekurang - kurangnya boleh capai banyak impian kita dulu. Banyak nikmat yang kita dapat. Sayang tak payah suruh dear kahwin lagi dear nak anak dengan sayang." Ok. Kesat air mata sambil tidur berpelukan. Gitew. Halal ok. Tanya sangat bila nak ada anak kan? Terus buat. Hahaha.


Ingatlah, Jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t. Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Hati - hati dalam berbicara. Jangan sampai jatuh kufur. Bella doakan semua yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t ini dikurniakan zuriat. Korang doakan anak soleh Bella ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang sentiasa dilindungi olehNYA. Aaminn. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/02/salah-ke-bahagia-tanpa-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagia Kalau Pilih Anak Kedua Sebagai Buah Hati Orangnya Penuh Dgn Kelembutan Tapi Ada Tersimpan Sedikit Ketegasan

Bahagia Kalau Pilih Anak Kedua Sebagai Buah Hati Orangnya Penuh Dgn Kelembutan Tapi Ada Tersimpan Sedikit Ketegasan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 413 hits
Gambar Sekadar HiasanSangat beruntung siapa yang memilih anak kedua sebagai pasangan hidup ini Rata rata anak kedua ini mempunyai keperibadian yang sangat baik dan juga penuh dengan kelembutan Orang kata senang je nak jaga mereka ini tak ba...
Sayang Anak Biar Bertempat Wajib Tegur Kalau Salah Jangan Sampai Kita Menangis

Sayang Anak Biar Bertempat Wajib Tegur Kalau Salah Jangan Sampai Kita Menangis

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 706 hits
Biasa kita lihat anak anak kecil seawal usia 3 atau 4 tahun dah mula berani meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa Mungkin anak tak tahu cara itu salah tapi sebagai orang tua kita kena perbetulkan dari awal Manjakan anak tak salah ...
Waktu Marah Berikan Anak Masa Untuk Fikir Salah Dia Jangan Serang Bertubi Tubi

Waktu Marah Berikan Anak Masa Untuk Fikir Salah Dia Jangan Serang Bertubi Tubi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 321 hits
Kanak kanak kadangkala akan berkelakuan buruk mengikut emosinya Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka time out perlu dilaksanakan Walau bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6...
Salah Seorang Terpaksa Kembali Ke Pangkuan Keluarga Video Anak Kembar Zizie Ezette Undang Sebak

Salah Seorang Terpaksa Kembali Ke Pangkuan Keluarga Video Anak Kembar Zizie Ezette Undang Sebak

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 488 hits
Hiburan Pada Sabtu lalu posting pelakon Zizie Ezette di Instagram mengenai anak kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna mengundang sebak warga net Zizie memuat naik posting pasangan kembar tersebut yang juga merupakan anak angkatnya ket
Tegur Anak Dari Usia Muda Baru Senang Nak Didik Si Kecil Tahu Apa Betul Apa Salah

Tegur Anak Dari Usia Muda Baru Senang Nak Didik Si Kecil Tahu Apa Betul Apa Salah

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 422 hits
Dalam mendidik anak anak memang setiap daripada kita mempunyai cara dan jalan yang tersendiri Tak dinafikan apa yang dibuat mungkin tidak ada salahnya tapi dalam kita tidak sedar mungkin ada antara cara kita kurang tepat dalam memberi didik...
Kalau Anak Pernah Tangguh Vaksin Tolong Bagitahu Doktor Tak Semua Ada Kepakaran Merawat Pesakit Tersebut

Kalau Anak Pernah Tangguh Vaksin Tolong Bagitahu Doktor Tak Semua Ada Kepakaran Merawat Pesakit Tersebut

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 469 hits
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut sepert...
Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak Terbaik

Bukan Lempeng Biasa Tapi Sarat Berlauk Untuk Anak Terbaik

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 697 hits
Selain nasi lempeng adalah makanan yang mudah disediakan buat anak Malah struktur lempeng juga lebih mudah dipegang membuatkan anak lebih selesa untuk makan sendiri Bukan lempeng pisang biasa tetapi Lempeng Berlauk yang dikongsikan oleh ibu...
Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Anak Baik Mummy Baru Umur 3 Tahun Si Cilik Ini Teman Ibu Tawan Puncak Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 449 hits
Mendaki gunung atau bukit sudah menjadi satu trend masa kini untuk aktiviti riadah bersama keluarga Alangkah indahnya apabila menikmati permandangan dari arah atas gunung bersama orang tersayang Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi...
Kebiasaan Bermain Ponsel Sejak Usia Dini Bisa Buat Anak Kurang Gerak Di Esok Hari

Kebiasaan Bermain Ponsel Sejak Usia Dini Bisa Buat Anak Kurang Gerak Di Esok Hari

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 272 hits
Berdasar hasil penelitian para anak tersebut bakal bergerak 40 menit lebih sedikit setiap hari ketika mereka mulai masuk SD Hal ini ketika dibandingkan dengan anak anak yang tidak terlalu banyak menatap ponsel pada usia lebih muda
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab