Salah Faham Tentang Rutin Harian Penjagaan Muka Yang Baru Saya Tahu


Dah lama saya tak buat facial di spa. Waktu kerja dulu, saya ada banyak masa free untuk keluar kemana-mana kerana anak ditinggalkan di nursery, jadi bila-bila masa saya boleh ke spa. Tapi bila dah jadi fulltime housewife, perkara yang paling difikirkan sebelum ke mana-mana, mestilah anak.



Akhir tahun lepas, husband buat surprised dengan belanja facial di spa dan bawa anak-anak keluar bersamanya. What a relief! Dah lama tak rasa muka kena urut. Since husband dah booking slot, jadi saya cuma walk-in sajalah ke spa. 



Berbeza dengan spa yang pernah saya pergi sebelum ini, di sini, saya diberi consultation terlebih dahulu mengenai kulit muka saya sebelum memulakan sesi facial. Dengan menggunakan mesin, kulit muka saya diimbas dan tahap kesihatan muka akan dikeluarkan di skrin dengan skor tertentu. Dan saya dapat skor kulit muka berusia 38 tahun! Oh no! Tua daripada usia.


Salah Faham tentang Rutin Penjagaan MukaSaya akui yang saya memang tak amalkan rutin penjagaan muka yang betul setiap hari. Tiap kali rasa nak cuci muka, baru saya akan buat rutin jagaan muka. Ada yang saya skip sebab malas dan ada rutin yang saya memang kurangkan buat. Rupanya ada banyak salah faham saya tentang rutin penjagaan muka yang menyebabkan kulit muka saya rosak sekarang.


1. Kurang Guna Moisturiser untuk Elak Milea BertambahIni adalah antara salah faham saya yang pertama ---> Disebabkan saya alami masalah milea (bintik kolesterol) di bawah mata, jadi saya memang hadkan penggunaan moisturiser. Ini kerana, daripada pembacaan saya (macam biasa baca melalui Google lah), salah satu punca berlaku masalah milea adalah kerana penggunaan moisturiser di bawah mata dan juga guna moisturiser jenis yang berminyak kerana tak sesuai dengan kulit jenis combination saya. Jadi saya sebolehnya elakkan daripada letak apa-apa krim atau pelembap di bawah mata walaupun ia bersifat water-based kerana risau akan menambahkan lagi bilangan milea di bawah mata. 




2. Tiada Masalah Mata Panda jadi Tak Perlu Guna Eye GelSalah faham saya yang kedua adalah saya tak pakai gel mata meskipun terdapat gel mata di rumah. Pada anggapan saya, gel mata cuma digunakan untuk menghilangkan mata panda dan saya kurang alami masalah mata panda. Jadi kalau saya tak pakai eye gel secara kerap pun tak mengapa kerana saya tiada masalah itu. Saya hanya sapu eye gel bila nampak sekeliling mata semakin menghitam dan selebihnya saya biarkan saja eye gel berada dalam bekas mekap tanpa diganggu.


3. Tak Perlu Double Cleanse untuk Hilangkan Mekap di WajahSalah faham yang ketiga pula adalah saya tak perlu buat double cleanse bila nak hilangkan mekap pada wajah. Saya cuma perlu cuci dengan cleanser dan teruskan rutin jagaan muka seterusnya tanpa perlu hilangkan mekap di wajah dengan mekap remover terlebih dahulu. Sangkaan saya itu dah memadai untuk bersihkan semua kesan mekap di wajah kerana cleanser kan bersifat mencuci, jadi tentulah semua mekap di wajah akan dicuci bersih.


Rutin Harian Penjagaan Muka dan Tips

Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas kecantikan tentang basic penjagaan muka semasa bekerja di Watson. Semua staff wajib tahu tentang basic step ini untuk memudahkan staf memberi cadangan produk kepada pelanggan yang datang ke kedai. Basic step tersebut adalah Cleanser > Toner > Moisturiser dan setiap langkah ini wajib dilakukan setiap hari.


Walau bagaimana pun, semakin hari semakin banyak produk terhasil dan kebanyakan produk di pasaran kini datang dengan nama berbeza. Serum, krim serum, essence water dan sebagainya. Apa yang saya boleh katakan adalah semakin meningkat umur seseorang, semakin banyak masalah muka yang akan dihadapi dan semakin banyak produk yang perlu dipakai di wajah untuk mengembalikan semula kecantikannya.




Jadi di bawah ini, saya kongsikan step advance bagi mereka yang berada dalam lingkungan usia seperti saya iaitu 30-an ke atas. 


1. Rutin PagiMulakan hari dengan mencuci muka menggunakan cleanser diikuti dengan toner. Kemudian gunakan serum dan moisturiser serta akhir sekali pakai sunscreen. Jangan abaikan penggunaan suncreen dalam melakukan aktiviti harian meski hanya duduk di rumah kerana setiap hari kita akan terdedah kepada sinaran UV yang boleh merosakkan lapisan kulit wajah tak kira pada permukaan atau dalam kulit. 


Cleanser > Toner > Serum > Moisturiser > Sunscreen


2. Rutin MalamSetelah penat melakukan aktiviti seharian, pastikan kita melakukan double cleanse sebelum mula mencuci muka dengan menggunakan cleanser. Seterusnya gunakan toner dan ulangi proses seperti rutin pagi iaitu sapukan serum dan moisturiser. Tak perlu pakai sunscreen pula pada waktu nak tidur. Buat bazir sunscreen je nanti :P


Double cleanse > Cleanser > Toner > Serum > Misturiser > Eye Gel


Selain daripada rutin di atas, sesekali saya akan guna juga mask untuk buat terapi muka. Mask sheet adalah kesukaan saya dan brand mask sheet yang paling saya suka adalah Loreal. Tiap kali lepas pakai mask sheet, lelehan cecair yang ada, saya akan jadikan sebagai cecair urutan muka kerana teksturnya yang licin dan tak kesat memang membantu untuk sesi terapi wajah.


Tapi untuk moisturiser dan sunblock, saya sarankan awak guna brand ini kerana saya dah jatuh hati dengan kedua-dua produk daripada jenama >> Hansaegee Nature. Kalau awak ada kulit muka yang bersih dan tiada masalah, alangkah beruntungnya awak. Jaga seeloknya sebelum rosak macam kulit muka saya ya :(


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/01/tips-rutin-harian-penjagaan-muka-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiasi Muka Depan Majalah Cosmopolitan Ahli Ive Borak Tentang Personaliti Mereka

Hiasi Muka Depan Majalah Cosmopolitan Ahli Ive Borak Tentang Personaliti Mereka

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 256 hits
IVE bakal menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan Kesemua enam ahli IVE telah terlibat untuk penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan di mana mereka berborak tentang personaliti mereka tempoh berlatih dan banyak lagi perkar...
Salah Faham Berkaitan Ergonomi

Salah Faham Berkaitan Ergonomi

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 213 hits
Oleh Prof Madya Dr Dian Darina Indah Daruis Dr Nor Kamaliana Khamis Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Ergonomi kian menjadi sebutan sejak pandemik COVID 19 melanda apabila semakin ramai mulai sedar akan ...
Selamat Pengantin Baru Farzana Dan Rauf

Selamat Pengantin Baru Farzana Dan Rauf

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum ALHAMDULILLAH hari ini Sk dan Pak Inche berdua memenuhi undangan walimah dari anak saudara Sk bagi meraikan majlis perkahwinan puterinya Farzana Ya Sk tak salah tulis mak pengantin tu anak saudara Sk jadi pengantinnya tu pan...
Ini Cara Kira Umur Bayi Pramatang Yang Sebenar Baru Senang Ikuti Perkembangan Mereka

Ini Cara Kira Umur Bayi Pramatang Yang Sebenar Baru Senang Ikuti Perkembangan Mereka

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 188 hits
Tahap perkembangan dan tumbesaran bayi tidak cukup bulan adalah berbeza Jom ambil tahu mengenai pelarasan usia dan cara kira umur bayi pramatang yang sebenar bagi memudahkan ibu bapa menilai perkembangan mereka Apa itu pelarasan usia bayi p...
The Colours Of Life Malam Tahun Baru Pd Waterfront Food Truck Park

The Colours Of Life Malam Tahun Baru Pd Waterfront Food Truck Park

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 274 hits
The Colours of Life Malam Tahun Baru PD Waterfront Food Truck Park Malam ni kami pilih untuk tengok apa yang ada kat sini Kawasan Food Truck Park Masa kami sampai hujan Tak berapa nak best Kami pilih tapau aje la pasal semua kerusi di kawas...
Vaksinasi Booster Di Depok Sasar Lansia Sementara Baru Di Rs Universitas Indonesia

Vaksinasi Booster Di Depok Sasar Lansia Sementara Baru Di Rs Universitas Indonesia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 164 hits
Dikatakan Mary bahwa target yang akan disasar untuk vaksin tahap ketiga ini adalah seluruh lansia yang ada di Kota Depok
5 7 Juta Pengundi Baru Kini Boleh Semak Daftar Pemilih

5 7 Juta Pengundi Baru Kini Boleh Semak Daftar Pemilih

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 191 hits
MALAYSIA NOW SPR menyenaraikan empat kaedah bagi pengundi menyemak nama mereka dalam senarai daftar pemilih Pengundi baru berusia 18 tahun ke atas kini boleh membuat semakan nama dalam daftar pemilih yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Pilih...
Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu

Mengapa Baru Sekarang Jadi Isu

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 195 hits
Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID AZAM BAKISAUDARA PENGARANG PADA 2015 Tan Sri Azam Baki memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika itu Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull mengenai urusan pembelian saham oleh...
Calon Keadilan Pru15 Kena Test Kesetiaan Dia Betul Betul Baru Boleh Jad

Calon Keadilan Pru15 Kena Test Kesetiaan Dia Betul Betul Baru Boleh Jad

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 225 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN YB Fahmi Fadzil menegaskan bahawa calon KEADILAN untuk PRU15 perlu di uji kesetiannya terlebih dahulu baru layak untuk menjadi calon
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul