Salah Faham Cuma Main Pada Malam Jumaat


Ramai mendakwa kononnya hari Khamis, pada waktu malamnya dianggap sebagai hanya masa yang sesuai untuk pasangan suami isteri 'bermain'. Hakikatnya dalam ajaran Islam, hubungan badan antara suami isteri tidak hanya sekadar melampiaskan nafsu semata-mata melainkan sebagai bentuk ibadah kepada Allah SWT malah dianjurkan berjimak pada mana-mana waktu yang baik.


Gambar hiasan

Islam bukan agama yang mengekang nafsu syahwat manusia, dan bukan pula agama yang memperbolehkan penganutnya untuk mengadakan hubungan seks secara bebas liar, tanpa ikut saluran sah melalui pernikahan.

Pernikahan dalam Islam bukan hanya dipandang dari segi seksual sahaja, bahkan lebih daripada itu, ia merupakan salah satu pintu untuk menuju tahap kesempurnaan serta dapat menghasilkan keturunan yang soleh dan solehah.

Justeru timbul persoalan bilakah waktu terbaik untuk berhubungan badan antara suami isteri mengikut ajaran Islam?

Berikut penjelasannya yang dipetik daripada tulisan Gusnawati Jamaris menerusi portal Paling Unik.

1. Ketika Suami Memerlukannya

Seorang suami dianjurkan untuk mendatangi isterinya di mana ketika itu suami secara tidak sengaja lihat seorang wanita dan dia pun terpikat dengannya. Anjuran ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah RA.

Rasulullah SAW bersabda, "Wanita itu, ketika dilihat seperti syaitan (punya kekuatan goda). Oleh itu, jika ada lelaki melihat wanita yang membuatnya terpikat, hendaknya dia segera mendatangi isterinya. Kerana apa yang ada pada isterinya juga ada pada wanita itu." (Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

"Jika si isteri dipanggil oleh suaminya kerana perlu, maka segeralah datang, walaupun dia sedang memasak." (Riwayat At-Tirmidzi, dan dikatakan hadis Hasan)

2. Waktu Aurat (Sebelum Subuh, Waktu Zuhur, dan Sesudah Isyak)

Berdasarkan dalam surat An-Nur ayat 58, Allah SWT berfirman, "Hai orang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu waktu Zuhur dan sesudah solat Isyak. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. Tiada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain daripada (tiga waktu) itu."

Penjelasan mengenai ayat ini adalah, dahulu para sahabat Nabi SAW terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri pada tiga waktu tersebut.

"Kemudian setelahnya mereka mandi lalu berangkat solat. Kerana itulah Allah SWT memerintahkan agar mereka mendidik anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar peribadi ibu bapa pada tiga waktu tersebut, tanpa izin." (Tafsir Ibn Katsir, 6/83)

3. Akhir Malam, Setelah Tahajud

"Rasulullah SAW tidur awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah masuk waktu sahur, baginda solat witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika ada keinginan, baginda mendatangi isterinya. Apabila mendengar azan Subuh, baginda terus bangun. Jika dalam keadaan junub, baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, hanya berwuduk kemudian keluar menuju solat jamaah." (Riwayat An-Nasa'i)

4. Malam Isnin (Ahad Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, hendaknya engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Isnin. Sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi penghafal al-Quran dan rela terhadap yang telah ditentukan Allah SWT atasnya." [Syeikh Radhiyuddin Abi Nashril Hasan bin Al-Fadl ath-Thabarsi, ulama besar pada abad ke-6, Makarimal-Akhlak, halaman 211]

5. Malam Selasa (Isnin Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Selasa, dan apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal dikurniai kesyahidan dan tidak akan menyimpang daripada kebenaran." [Wasail asy-Syi'ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 84]

6. Malam Khamis (Rabu Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Khamis, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi penguasa yang adil dari para penguasa serta menjadi salah seorang ulama dari para ulama." [Wasail asy-Syi'ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 84]

7. Hari Khamis (Menjelang Zuhur)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada Khamis, sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka syaitan tidak akan mendekatinya, dan ia akan memiliki pemahaman yang sangat (cerdas) kemudian Allah SWT akan menganugerahkan kepadanya keselamatan dalam agama dan dunia." [Wasail asy-Syi'ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 85]

8. Malam Jumaat (Khamis Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Jumaat, dan apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang pemidato / pembahas ulung." [Syeikh Radhiyuddin Abi Nashril Hasan bin Al-Fadl ath-Thabarsi, ulama besar pada abad ke-6, Makarimal-Akhlak, halaman 211]

9. Petang Jumaat (Setelah Asar, Sebelum Maghrib)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada waktu Jumaat petang, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang personaliti yang terkenal atau ilmuwan (ulama)."

10. Malam Sabtu, Setelah Isyak (Akhir Malam/Dekat Subuh)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan jimak dengan isterimu pada akhir malam Jumaat, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang wali (ibdal)."

11. Malam Awal Puasa/Tanggal Satu Ramadhan

Berkenaan dengan hal ini Ali bin Abi Talib RA berkata, "Disunahkan untuk berhubungan badan suami isteri pada malam awal bulan Ramadan." Ini kerana Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 187 telah berfirman: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu…" [Wasail asy-Syi’ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 85]

Demikianlah penjelasan mengenai waktu terbaik untuk berhubungan badan antara suami isteri menurut ajaran Islam serta hikmah kelebihan melakukan jimak pada waktu berkenaan seperti disabdakan Rasulullah SAW.

Apa yang terpenting, berdoalah kepada Allah SWT sebelum dan sesudah melakukan hubungan tersebut, agar dikurniakan keturunan sehingga membawa kebahagiaan menjadi lengkap. Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kemuliaan Hari Dan Malam JumaatPanduan Jimak Yang Betul Bagi Suami Isteri
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/12/salah-faham-cuma-main-pada-malam-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nvidia Menggugurkan Nama Tesla Untuk Mengelak Salah Faham Dengan Jenama Kereta Yang Sama

Nvidia Menggugurkan Nama Tesla Untuk Mengelak Salah Faham Dengan Jenama Kereta Yang Sama

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 267 hits
Jenama kad grafik NVIDIA Tesla dikhaskan untuk kad kad grafik paling berkuasa keluaran syarikat tersebut dan biasanya digunakan oleh pusat data untuk pelbagai tugasan kritikal seperti pengolahan grafik pengiraan aritmetik dan sebagainya Den...
5 Salah Faham Tipikal Mengenai Ikan Laga

5 Salah Faham Tipikal Mengenai Ikan Laga

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1577 hits
Mitos Mengenai Ikan Betta Ikan betta atau pelaga siam dalam bahasa mudah cukup cantik dan menarik Jika di kampung dahulu penulis menangkap ikan ini sendiri di sawah sawah dan paya Mitos Salah Faham Tentang Ikan BettaNamun kini ikan yang dik...
Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai Ron95 Dan Ron97

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai Ron95 Dan Ron97

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 584 hits
Dibawah adalah antara soalan2 yang sering ditanya 1 Adakah minyak jenis RON 95 dan RON 97 boleh dicampur Boleh tiada masalah Jangan campur minyak jenis diesel sudah 2 Selain daripada knock sensor apa lagi cara untuk lawan knock Knock atau a...
Hiburan Jadilah Pengguna Media Sosial Yang Bijak Neelofa Tegur Akaun Palsu Mirip Dirinya Jauhi Salah Faham

Hiburan Jadilah Pengguna Media Sosial Yang Bijak Neelofa Tegur Akaun Palsu Mirip Dirinya Jauhi Salah Faham

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 454 hits
Pengacara serta pelakon Neelofa telah meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu yang menggunakan nama dan foto miliknya di laman twitter Bukan itu sahaja pengguna twitter berkenaan turut mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai Bagi N...
Pkpb Sop Perkhidmatan Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Akan Dibentangkan Sabtu Ini

Pkpb Sop Perkhidmatan Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Akan Dibentangkan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 399 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa SOP jualan pasar malam dan perkhidmatan kedai gunting rambut akan dibentangkan oleh Majlis Keselamatan Negara Sabtu ini Menurutnya pelbagai perkara yang akan dibentangkan pada ...
Protes George Flyod Semakin Parah Washington Umum Lockdown Dua Hari Bermula Malam Ini

Protes George Flyod Semakin Parah Washington Umum Lockdown Dua Hari Bermula Malam Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 319 hits
Perintah Berkurung atau lockdown telah dikuatkuasakan bermula malam ini di ibu negara Amerika Syarikat Washington selama dua hari Datuk Bandar Muriel Bowser mengumumkan perkara berkenaan susulan rusuhan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang ...
Wakil Rakyat Gesa Hadkan Jual Minuman Keras Hingga 9 Malam

Wakil Rakyat Gesa Hadkan Jual Minuman Keras Hingga 9 Malam

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 402 hits
SHAH ALAM 3 JUN Pihak berkuasa tempatan digesa menetapkan undang undang mengehadkan jualan minuman keras di premis niaga sehigga 9 malam sahaja Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr Gunaraj George berkata larangan itu bagi memastikan individu berumu...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar