Saksi Zahid Beri 92 Cek Berjumlah Rm76 9 Juta Kepada Firma Guaman


 

KUALA LUMPUR  -- Sebuah firma guaman menerima 92 cek berjumlah RM76,967,355.41 daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh dua tahun, bagi dana itu disimpan dalam akaun Yayasan Al-Falah untuk tujuan keagamaan dan kebajikan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
B. Muralidharan, 62, rakan kongsi Messrs Lewis & Co mendedahkan kepada mahkaman bahawa semua cek itu kemudiannnya disimpan dalam akaun pelanggan firmanya.
"Saya terima semua cek bukan pada waktu yang sama antara 20 Mei 2016 dan 9 April 2018 daripada Ahmad Zahid di rumahnya di Country Height, Kajang; pejabat Ahmad Zahid, dan firma kami di Bangsar.
"Cek-cek ini adalah bagi pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak (kawasan Palimen Ahmad Zahid). Saya diberitahu sebaik sehaja cek itu diluluskan.. supaya duit itu dimasukkan dalam deposit tetap, supaya faedahnya diperoleh,” katanya.
Muralidharan berkata akaun deposit tetap diletakkan di bawa Yayasan Al-Falah, sebuah yayasan kebajikan yang dimiliki oleh keluarga Zahid, yang mana adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi adalah pengerusi dan pemegang amanahnya.
Peguam cara itu berkata demikian semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Datuk Raja Rozela Raja Toran pada hari ke-33 perbicaraan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu, yang menghadapi tuduhan pecah amanah, rasuah dan tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Berdasarkan kepada kenyataan saksi Muralidharan, pemilik cek berkenaan adalah daripada beberapa syarikat dan individu.
Menjawab soalan mengenai persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Ahmad Zahid berhubung cek-cek berkenaan, saksi itu berkata pada dasarnya beliau diberitahu oleh Ahmad Zahid bahawa ia adalah bagi tujuan keagamaan dan kebajikan.
"Saya seterusnya faham bahawa fail Yayasan Al-Falah turut mengandungi lejar yang menyenaraikan urusan berkaitan dengan pemeriksaan 92 cek… kerani saya Puan Sothilechmy diarah untuk mengekalkan dan mengemaskini lejar itu bagi tujuan audit,” katanya.
Menjawab satu soalan Raja Rozela sama ada Datuk Seri Ahmad Zahid  adalah pemegang amanah Yayasan Al-Falah, Muralidharan menjawab “Tidak”.
Saksi pendakwaan ke-87 itu berkata beliau dilantik mewakili Yayasan Al-Falah apabila beliau menerima kumpulan cek pertama sekitar 2016, namun tiada dokumen yang menyatakan pelantikannya itu, kerana beliau melakukan tugas di Yayasan itu secara 'pro-bono’ (percuma).
“Memang menjadi amalan biasa bagi firma ini untuk bertugas secara ‘pro-bono’ bagi kerja-kerja kebajikan dan ia termasuk bagi kuil atau gereja. Kami tidak buat kerja-kerja perundangan (bagi yayasan itu). Kami cuma kumpul cek dan anggap ia sebagai pihak berkepentingan,” katanya.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/saksi-zahid-beri-92-cek-berjumlah-rm769.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Rm76 9 Juta Firma Guaman Tak Lapor Kepada Pihak Berkuasa

Terima Rm76 9 Juta Firma Guaman Tak Lapor Kepada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 382 hits
1 464 total views 376 views today Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa firma guaman Tetuan Lewis Co tidak melaporkan kepada pihak berkuasa apabila ia menerima RM76 9 juta daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr A...
Saksi Cek Dimasukkan Ke Akaun Yayasan Al Falah Atas Arahan Zahid

Saksi Cek Dimasukkan Ke Akaun Yayasan Al Falah Atas Arahan Zahid

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 274 hits
MALAYSIAKINI Daripada 92 cek bernilai hampir RM77 yang dimasukkan ke akaun pelanggan yang dibuka untuk Yayasan Al Falah di firma guaman tetuan Lewis Co tidak ada satu pun datang daripada Yayasan Al Falah sendiri Menurut rakan kongsi di Lewi...
Sumbangan Politik Rm6 5 Juta Kepada Rosmah Tiada Resit Dari Bn Umno Saksi

Sumbangan Politik Rm6 5 Juta Kepada Rosmah Tiada Resit Dari Bn Umno Saksi

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 257 hits
360 total views 360 views today Seorang ahli perniagaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa tiada sebarang resit diterima daripada Barisan Nasional dan Umno berhubung sumbangan politik berjumlah RM6 5 juta yang telah...
Saksi Bekas Menteri Pendidikan Minta Habuan Rm60 Juta Dari Jepak

Saksi Bekas Menteri Pendidikan Minta Habuan Rm60 Juta Dari Jepak

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 313 hits
Diterbitkan Hari ini 6 57 pmKES ROSMAH Bekas rakan perniagaan Jepak Holdings Sdn Bhd Rayyan Radzwill Abdullah mendakwa Mahdzir Khalid ketika menjadi menteri pendidikan mahu mendapatkan habuan RM60 juta daripada syarikat itu atas kelulusan p...
Skandal Projek Balak Di Pahang Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah Rm3 Juta

Skandal Projek Balak Di Pahang Tiga Individu Di Tahan Terima Rasuah Berjumlah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 543 hits
KUALA LUMPUR Tiga individu ditahan kerana disyaki memberi dan menerima rasuah berjumlah RM3 juta berhubung projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Suspek yang berusia antara 39 dan 73 tahun itu ditahan ketika m...
Pecah Amanah Rm31 Juta Zahid Kekal Mengaku Tak Salah

Pecah Amanah Rm31 Juta Zahid Kekal Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 407 hits
Pasukan pendakwaan membuat permohonan untuk melakukan pindaan ke atas beberapa pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Pindaan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk ...
Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Terima Lebih Rm66 Juta Kata Saksi

Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Terima Lebih Rm66 Juta Kata Saksi

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 326 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa firma guaman Tetuan Lewis Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid H...
Kes Rasuah Rosmah Pembelaan Dakwa Saksi Beri Keterangan Bercanggah Wang Rm1 5 Juta

Kes Rasuah Rosmah Pembelaan Dakwa Saksi Beri Keterangan Bercanggah Wang Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid berlangsung dalam suasana agak tegang apabila pihak pembelaan menggasak saksi dengan mendakwa bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin ...
Kes Jangkitan Covid 19 Di As Hampir Lima Juta

Kes Jangkitan Covid 19 Di As Hampir Lima Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 396 hits
Paris Kes jangkitan Covid 19 di Amerika Syarikat hampir mencecah lima juta dengan 162 425 kematian Selepas AS yang merekodkan 4 99 juta kes Brazil menjadi negara kedua terjejas teruk dengan 3 01 juta kes dan 100 477 kematian India pula bera...
Calls For Reforms Must Be Sincere And Not For Political Mileage Hafiz Hassan

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Refugee Voices In Humanitarian Response

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Hormat Bukan Takut

Felisia V Enda Enda Chord

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom