Saksi Tak Nampak Sumbangan Rm2j Diguna Untuk Umno


Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa tiada transaksi bayaran RM2 juta daripada akaun Tadmansori Holdings Sdn Bhd, yang mana Tengku Adnan Tengku Mansor pemegang saham terbesar di syarikat berkenaan, kepada akaun Umno.
Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhamad Saad Bordani, 37, berkata hasil siasatannya juga ‘tak nampak’ duit itu digunakan untuk Umno atau bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan PRK Kuala Kangsar.

Loading… Disoal Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri mengenai tindakannya selepas Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong memberi keterangan bahawa pembayaran RM2 juta itu sumbangan politik dari syarikat itu kepada Umno, saksi itu berkata, beliau mendapatkan semua dokumen berkaitan transaksi RM2 juta di syarikat Aset Kayamas dan syarikat Tadmansori Holdings
“Hasil siasatan di syarikat Tadmansori Holdings pula ada duit masuk ke Tadmansori (daripada Aset Kayamas) tetapi tiada duit keluar dari Tadmansori Holdings kepada Umno. Saya juga tidak nampak duit itu dibelanjakan untuk PRK (Sungai Besar dan Kuala Kangsar),” katanya pada hari ke-12 perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, pada peringkat awal siasatan, pegawai penyiasat SPRM melakukan penggeledahan di Aset Kayamas dan mendapati tiada transaksi RM2 juta dibuat kepada Umno.
“Kami minta syarikat (Aset Kayamas) serahkan semua dokumen berkaitan transaksi kepada SPRM. 

“Syarikat tahu dokumen berkaitan pembayaran RM2 juta perlu diserahkan kepada SPRM dan sepatutnya dia tahu kita perlukan resit itu.
“Dalam siasatan saya tiada transaksi dari Aset Kayamas kepada Umno sebaliknya duit itu dibayar kepada Tadmansori. Jadi kenapa Umno perlu keluarkan resit sedangkan duit masuk kepada Tadmansori,” katanya apabila Haderiah meminta saksi itu menjelaskan kenyataannya bahawa tiada tindakan lanjut dibuat oleh pegawai penyiasat bagi mendapatkan resit atau dokumen.
Terdahulu, semasa disoal balas peguam Tengku Adnan, Tan Hock Chuan adakah terdapat unsur politik dalam siasatan kes rasuah RM2 juta itu, Muhamad Saad berkata tiada unsur politik dan bukan arahan daripada ‘political master’ dalam siasatan berkenaan.
“Adakah siasatan dijalankan kerana terdapat arahan daripada ‘political master’,” tanya Tan.
“Tidak,” jawab Muhamad Saad.
Pada 2 Julai lepas, saksi pendakwaan keempat, bekas pemandu peribadi kepada Tengku Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diminta oleh bekas menteri Wilayah Persekutuan itu untuk mendepositkan cek berjumlah RM2 juta ke dalam akaun milik syarikat Tadmansori Holdings.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di peringkat kes pendakwaan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan berakhir hari ini dengan 23 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan mahkamah menetapkan 4 Oktober untuk kedua-dua pihak berhujah.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/08/saksi-tak-nampak-sumbangan-rm2j-diguna-untuk-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang

Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM5 juta dipindahkan pada September 2014 daripada akaun Putra Perdana Construction di Allianz Bank ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank untuk memastikan cek y...
Polis Ambil Keterangan 7 Saksi Dalam Kes Tetak Veteran Umno Kelantan

Polis Ambil Keterangan 7 Saksi Dalam Kes Tetak Veteran Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 299 hits
Kamaruddin Abdullah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu selepas ditetak 2 lelaki dengan senjata tajam pada 28 Julai lalu KOTA BHARU Polis sudah mengambil keterangan 7 saksi berkaitan kes menetak Timbalan Pengerusi Vet...
Salinan Resit Bayaran Rm2 Juta Tiada Dalam Buku Resit Umno Saksi

Salinan Resit Bayaran Rm2 Juta Tiada Dalam Buku Resit Umno Saksi

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 207 hits
Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana salinan pendua resit pembayaran RM2 juta yang diberikan Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Chai...
Kesilapan Politik Lalu Satukan Pas Umno Tghh

Kesilapan Politik Lalu Satukan Pas Umno Tghh

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 238 hits
SEPANG Kesilapan politik masa lalu antara Pas dan UMNO menjadi iktibar yang memudahkan kedua dua parti itu kembali bertaut menerusi piagam bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pas dan UMNO pernah berada dalam satu pasuka...
Umno Pas Pas Setuju Hadi Jadi Pm

Umno Pas Pas Setuju Hadi Jadi Pm

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 431 hits
Salah satu syarat yang dikira menjadi roh kepada piagam ta awun siaysi antara Pas dengan Umno nanti ialah muafakat itu telah membuat konsesus jika gabungan itu berjaya memperolehi majoriti dalam pilihan raya umum ke 15 nanti Abdul Hadi Awan...
Otai Umno Kelantan Cedera Ditetak Dikelar

Otai Umno Kelantan Cedera Ditetak Dikelar

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 259 hits
Timbalan Pengerusi Veteran UMNO negeri Datuk Kamarudin Abdullah cedera parah ditetak dan dikelar di dalam sebuah kedai kopi di Jalan Tengku Chik di sini kira kira pukul 7 45 malam tadi Difahamkan beliau yang memakai jubah berwarna putih ber...
Zahid Umno Should Learn From Pas Members Loyalty

Zahid Umno Should Learn From Pas Members Loyalty

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 234 hits
Ahmad Zahid Hamidi sang praises for PAS saying Umno should learn from the Islamic party which was able to instil obedience and loyalty in its members Touching on the amendment of the Federal Constitution to lower the minimum voting age to 1...
Dissolve Umno Over Our Dead Bodies Zahid

Dissolve Umno Over Our Dead Bodies Zahid

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 212 hits
Umno s opponents will have to cross the dead bodies of its party members if they want to try and dissolve the party said its president Ahmad Zahid Hamidi In the name of Malay and Muslim unity do not ask Umno members to jump to Bersatu Do no...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan