Saksi Sprm Jelaskan Mengapa Jho Low Tak Diletak Bawah Bon Jaminan


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa SPRM berjaya menemui bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, dan ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, di luar negara serta merakam percakapan kedua-dua individu.
Perkara itu didedahkan Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain pada hari ke-52 perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Loading… Saksi ke-57 pendakwaan itu berkata Nik Faisal dan Jho Low berjaya ditemui pada 2015, masing-masing di Jakarta, Indonesia, dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).Iklan
“Pihak kami merakamkan percakapan Nik Faisal di Jakarta pada 17 Okt 2015 dan Jho Low di Abu Dhabi pada 27 Nov tahun sama,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff semasa pemeriksaan utama.
Memandangkan SPRM telah berjaya merakam percakapan kedua-dua individu, Rosli berkata pihaknya percaya Nik Faisal dan Jho Low akan kembali ke Malaysia untuk memberikan keterangan.
Ishak: Mengapa kamu tidak meletakkan mereka di bawah bon jaminan?
Rosli: Oleh kerana mereka memberi komitmen, kami yakin mereka akan balik ke Malaysia dan akan memberi kerjasama untuk perbicaraan kes ini. Sebab itu, kami tak meletakkan bon jaminan untuk kedua-dua mereka.
Saksi itu juga berkata siasatan pihaknya mendapati Nik Faisal meninggalkan negara pada 7 Mei 2018 melalui terminal tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Subang manakala Jho Low pula pada 29 Mei 2015 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua individu di pejabat dan alamat kediaman terakhir masing-masing menemui kegagalan.
“Pihak kami juga telah pergi ke pejabat Nik Faisal di Shah Alam pada 21 Mei 2018. Masa pergi, saya mendapati hanya seorang sahaja pekerja di situ yang memberitahu bahawa Nik Faisal ke luar negara dan tidak balik-balik.
“Usaha untuk mengesannya di kediaman di Bangsar juga tidak berjaya. Pegawai saya yang mengesan Jho Low di kediaman di Tanjung Bungah, Pulau Pinang mendapati beliau tiada di situ dan usaha mengesan bapa beliau juga tidak berjaya,” katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati Nik Faisal dan Jho Low tidak pernah kembali ke Malaysia sejak mereka keluar dari negara ini.
Rosli berkata waran tangkap terhadap Nik Faisal dan Jho Low dikeluarkan pada 22 Mei 2018 bagi mendapatkan bantuan Interpol dalam usaha menahan mereka.
Notis merah juga dikeluarkan oleh Interpol terhadap kedua-dua lelaki pada 11 Jun 2018 dan diedarkan kepada negara-negara di mana mereka disyaki bersembunyi, antaranya Hongkong, Macau, Thailand, Indonesia, Myanmar serta China.
Beliau berkata pasport Malaysia atas nama Jho Low telah dibatalkan pada 14 Jun 2018 manakala pasport Nik Faisal dibatalkan pada 25 Julai 2018.
Rosli, yang merupakan pegawai penyiasat kes itu, berkata Jho Low juga memiliki pasport St Kitts dan Nevis.
Ishak: Di manakah kawasan itu?
Rosli: Ia difahamkan di sebelah Amerika Selatan. Maklumat interpol mendapati Jho Low mempunyai PR (pemastautin tetap) di sana.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/saksi-sprm-jelaskan-mengapa-jho-low-tak-diletak-bawah-bon-jaminan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Suruh Saksi Berbohong Mengenai Draf Bank Rm139 Juta Oleh Src

Jho Low Suruh Saksi Berbohong Mengenai Draf Bank Rm139 Juta Oleh Src

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 275 hits
Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah meminta bekas pengurus perhubungan Joanna Yu Ging Ping berbohong untuk tujuan menunaikan tiga keping draf bank bernilai RM139 juta yang dikeluarkan o...
Sprm Temui Rakam Percakapan Jho Low Nik Faisal Di Abu Dhabi Jakarta

Sprm Temui Rakam Percakapan Jho Low Nik Faisal Di Abu Dhabi Jakarta

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 202 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berjaya menemui bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Tae...
Jho Low Said Najib Refused To Close His Ambank Accounts Court Told

Jho Low Said Najib Refused To Close His Ambank Accounts Court Told

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 333 hits
Joanna Yu former AmBank relationship manager was a witness at the Najib Razak trial KUALA LUMPUR A former banker told the High Court today that fugitive businessman Low Taek Jho better known as Jho Low had informed her that Najib Razak did ...
Kit Siang I Ll Never Become A Fugitive Like Jho Low Or Zakir Naik

Kit Siang I Ll Never Become A Fugitive Like Jho Low Or Zakir Naik

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 347 hits
DAP veteran Lim Kit Siang has taken a swipe at controversial preacher Zakir Naik and fugitive businessperson Jho Low Lim said he will not be a fugitive from justice unlike them and had proven himself when he returned to Kuala Lumpur just af...
Joanna Said That Jho Low Said That Najib Said

Joanna Said That Jho Low Said That Najib Said

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 240 hits
A former banker told the High Court here today that fugitive businessman Low Taek Jho or known as Jho Low informed her that Datuk Seri Najib Abdul Razak did not want to close his accounts with AmBank This was revealed by AmBank former relat...
Kes Src 4 Individu Diburu Dipercayai Berada Di Lokasi Sama Dengan Jho Low

Kes Src 4 Individu Diburu Dipercayai Berada Di Lokasi Sama Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 226 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jho Low Gelar Najib Big Boss

Jho Low Gelar Najib Big Boss

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 234 hits
Nama nama kod menggunakan perkataan perkataan pelik seperti Ringgit Malaysia disebut sebagai satay dolar Amerika disebut pie pound British dipanggil chip I am only ciku dan big boss ialah antara beberapa perkara yang menjadi sorotan dalam p...
Witness Interpol Issued Red Notice For Jho Low Src S Nik Faisal In June 2018

Witness Interpol Issued Red Notice For Jho Low Src S Nik Faisal In June 2018

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR The High Court here was told the Interpol issued a red notice for fugitive businessman Low Taek Jho also known as Jho Low on June 11 last year Investigating officer Rosli Hussain 54 of the Malaysian Anti Corruption Commission s...
Jho Low Asks Witness To Lie About Rm139 Million Src Bank Draft

Jho Low Asks Witness To Lie About Rm139 Million Src Bank Draft

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 248 hits
Infamous fugitive businessperson Low Taek Jho better known as Jho Low has requested former AmBank relationship manager Joanna Yu Ging Ping to lie for the purpose of cashing out a bank draft of RM139 million issued by SRC International Sdn B...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia