Saksi Nampak Jho Low Dalam Konvoi Kereta Ke Rumah Najib


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 5, 2022 1:39 PM
KES 1MDB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, ahli perniagaan Low Taek Jho - atau Jho Low - berada dalam salah satu kereta konvoi yang menuju ke rumah Najib Razak pada 2011.

Najib merupakan perdana menteri ketika itu.

Bekas pengarah urusan AmBank Bhd, Cheah Tek Kuang, berkata dia sendiri menyertai konvoi berkenaan kerana mahu mendapatkan tandatangan Najib selaku menteri kewangan ketika itu yang mahu membuka akaun bank.

Akaun semasa Najib - yang berakhir dengan nombor 694 - merupakan salah satu aspek utama kes pendakwaan dalam perbicaraan rasuah RM2.28 bilion Najib.

Ketika Najib melihat dari kandang tertuduh, saksi pendakwaan ke-39 itu berkata sebuah kereta datang ke rumahnya pada Jan tahun itu untuk membawa dia ke rumah tertuduh di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

“Apabila kereta datang mengambil saya, ada konvoi dua tiga kereta. Saya berada di dalam kereta bersama pemandu, kereta lain pula ada orang lain.

"Apabila saya tiba di sana (rumah Najib), saya melihat Jho Low di dalam kereta yang lain," kata Cheah semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Apabila peguam bertanya sama ada Jho Low berada di premis rumah Najib, Cheah berkata, dia melihat ahli perniagaan terbabit ada di situ.

Bagaimanapun Cheah memberitahu dia tidak bercakap dengan Jho Low.

Katanya, dia pergi ke bahagian lain rumah itu dan bertemu Najib di situ.

Semalam, Cheah memberi keterangan, semasa di rumah itu Najib memberitahu tujuannya mahu membuka akaun semasa adalah bagi menerima derma AS$100 juta dari Arab Saudi.

Pasukan pembelaan tertuduh sebelum ini telah menunjukkan kepada mahkamah surat didakwa dihantar seorang putera Arab yang mengaku menjanjikan AS$1.17 bilion (RM5.44 bilion) derma kepada Najib.

Prosiding di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan disambung petang ini dan juga esok.

Semasa perbicaraan lain melibatkan rasuah RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 2019, Cheah memberi keterangan bahawa dia bertemu Jho Low di rumah Najib dan mempunyai tanggapan negatif terhadap ahli perniagaan itu kerana sentiasa lewat dan tidak menepati masa dalam mesyuarat.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/saksi-nampak-jho-low-dalam-konvoi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm2 23 Bilion Dimasuk Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkait Jho Low Putera Faisal Kata Saksi

Rm2 23 Bilion Dimasuk Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkait Jho Low Putera Faisal Kata Saksi

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 265 hits
malaysiatoday com September 28 2022 7 43 PMNajib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2 3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama ...
Jho Low Introduced Me To Najib Ex Banker Tells Court

Jho Low Introduced Me To Najib Ex Banker Tells Court

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 255 hits
Former AmBank managing director Cheah Tek Kuang says fugitive financier Low Taek Jho was in one of the cars that had gone to Najib Razak s house KUALA LUMPUR A former AmBank managing director told the High Court in Najib Razak s 1MDB trial ...
New Photos Emerge Jho Low Allegedly Spotted In Macau

New Photos Emerge Jho Low Allegedly Spotted In Macau

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 211 hits
NSTP file picKUALA LUMPUR Journalists Tom Wright and Bradley Hope have posted pictures of what appear to be fugitive businessman Low Taek Jho to substantiate allegations that Malaysia s most wanted fugitive is hiding in China Wright who co ...
Pelarian Red Notice Paling Terkenal Ada Di China Dengan Tiga Pembantunya Wartawan Ini Dedah Di Mana Lokasi Jho Low

Pelarian Red Notice Paling Terkenal Ada Di China Dengan Tiga Pembantunya Wartawan Ini Dedah Di Mana Lokasi Jho Low

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 220 hits
DANIAL HAKIMPelarian paling terkenal dan menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low sekarang dikatakan berada di China Wartawan Bradley Hope mendedahkan individu yang memperoleh red notice itu merayau rayau di pusat beli belah di Macau Penuli...
1mdb Kerajaan Setuju Penyelesaian Jho Low Dengan Amerika Syarikat

1mdb Kerajaan Setuju Penyelesaian Jho Low Dengan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 168 hits
MALAYSIA dipercayai bersetuju berhubung penyelesaian yang telah dibuat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho ataupun Jho Low dengan kerajaan Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB Bagaimanapun tidak dapat dipastikan persetujuan itu dib...
Zeti Akan Dipanggil Sebagai Saksi Dalam Perbicaraan 1mdb Najib

Zeti Akan Dipanggil Sebagai Saksi Dalam Perbicaraan 1mdb Najib

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 177 hits
KUALA LUMPUR Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad Datuk Seri Najib Tun Razak Isu memanggil Zeti untuk memberi keterangan ti...
Fat Leonard Dah Ditangkap Jho Low Bagaimana Pula

Fat Leonard Dah Ditangkap Jho Low Bagaimana Pula

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 330 hits
NEW YORK Ahli perniagaan warga Malaysia Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai Fat Leonard yang melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego awal bulan ini ditahan di Venezuela pagi kelmarin Menurut Perkhidmatan Marsyal Amerika S...
Konvoi Bersama 12 Rakan Remaja Maut Dirempuh Kereta

Konvoi Bersama 12 Rakan Remaja Maut Dirempuh Kereta

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 211 hits
Seorang lelaki maut selepas melanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh kereta semasa perjalanan konvoi sekumpulan motosikal di Kilometer 202 9 Lebuhraya PLUS semalam lapor Sinar Harian Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Sup...
Semoga Tenang Di Sana Abang Rider Konvoi Iringi Sahabat Ke Rumah Abadi

Semoga Tenang Di Sana Abang Rider Konvoi Iringi Sahabat Ke Rumah Abadi

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 244 hits
Umum mengetahui bekerja sebagai seorang penghantar makanan atau mana mana sahaja pekerja sentiasa bermain di jalan raya sememangnya berisiko besar untuk berdepan dengan kemalangan tanpa mengira waktu dan tempat Terbaharu tular sebuah video ...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf