Saksi Ke 13 Tan Sri Ismee Ismail Setuju Wang Rm2 28 Bilion Masuk Ke Akaun Peribadi Najib


 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu wang berjumlah RM2.28 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, mengesahkan perkara itu ketika dirujuk oleh pendakwaan dengan carta aliran jejak wang daripada 1MDB melalui beberapa syarikat dan individu sebelum berakhir dalam akaun peribadi Najib dengan nombor akaun berakhir 694 dan 880.
Saksi pendakwaan ke-13 yang diperiksa semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, dirujuk kepada carta yang menunjukkan jejak aliran wang AS$700 juta daripada dana projek usaha sama 1MDB dan Petrosaudi International Ltd (PSI) berpangkalan di Abu Dhabi yang dipindahkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Melalui beberapa transaksi dalam carta terbabit, Sri Ram menunjukkan salah satu transaksi aliran wang membabitkan Putera Turki Abdullah dari Arab Saudi berjumlah RM30 juta yang dipindahkan masuk ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank milik Najib yang berakhir 694 pada pada 24 Februari dan 14 Jun 2011.
Begitu juga, saksi dirujuk dengan satu lagi transaksi wang berjumlah AS$45 juta yang dipindah masuk ke dalam akaun berakhir nombor 880 milik Najib antara 17 Oktober 2014 dan 10 Disember 2014, yang kemudian disahkan Ismee.
Secara keseluruhan, Sri Ram merumuskan bahawa sejumlah RM2.28 bilion dana dipindah masuk ke dalam akaun Najib antara 2011 dan 2014 dan dipersetujui oleh saksi.
Sri Ram kemudian menyoal Ismee sama ada saksi itu kini hendak menukar pandangannya sebelum ini bahawa Najib tidak memperoleh keuntungan peribadi daripada aliran transaksi berkenaan, ketika disoal oleh peguam bela.
Menjawab pertanyaan itu, Ismee berkata, daripada carta aliran berkenaan, beliau boleh melihat bahawa beberapa dana daripada 1MDB masuk ke dalam akaun Najib.
"Dokumen ini tidak dirujuk kepada saya sebelum ini, daripada dokumen ini kini saya nampak aliran (wang)," katanya.
Ismee memberikan keterangan terhadap Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Ismee bersetuju dengan peguam bela Datuk Hariharan Tara Singh, bahawa pelaburan antara PSI dan 1MDB membabitkan nilai AS$2.5 bilion bukan untuk kepentingan Najib, sebaliknya memberikan keuntungan kepada Kerajaan Malaysia.
Ismee turut bersetuju dengan cadangan Hariharan bahawa projek daripada kerjasama berkenaan bertujuan untuk kepentingan dan keuntungan 1MDB sejajar dengan hasrat syarikat menjalinkan kerjasama antara kerajaan (G2G).
Mahkamah sebelum ini diberitahu, melalui kerjasama itu, 1MDB menyuntik dana berjumlah AS$1 bilion sebagai modal permulaan yang dibayar secara tunai.
Syarikat PSI pula melabur menerusi aset bernilai AS$2 bilion dengan PSI dan 1MDB bersetuju memberikan diskaun pada nilai AS$1.5 billion.
Pada Oktober 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangan beliau, mendedahkan perjanjian usaha sama itu meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/saksi-tan-sri-ismee-ismail-setuju-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1mdb Tan Sri Ismee Ismail Menyifatkan Hubungan Najib Dengan Jho Low Agak Rapat

Kes 1mdb Tan Sri Ismee Ismail Menyifatkan Hubungan Najib Dengan Jho Low Agak Rapat

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad Tan Sri Ismee Ismail menyifatkan Datuk Seri Najib Razak mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low I...
Sri Aman Mp Quits Psb Declares Support For Pm Ismail Sabri

Sri Aman Mp Quits Psb Declares Support For Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 136 hits
Sri Aman MP Datuk Masir Kujat has quit Parti Sarawak Bersatu and declared his support for Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob In a video and two paragraph press statement dated today Masir said he made the decision to quit after c...
Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 218 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBukan kah Perdana Meneri itu datang dari UMNO Bukan kah UMNO musuh PKR dan DAP Namun yang sangat terlihat jelas dan ketara ada lah Rafizi dan DAP bersungguh sungguh menyerang orang yang tiada jawatan dalam heiraki kepim...
Najib Had Declared The Rm2 6 Billion Beforehand Back In 2010

Najib Had Declared The Rm2 6 Billion Beforehand Back In 2010

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 153 hits
Hence Najib did not smuggle the RM2 6 billion into Malaysia illegally or in secret And back in 2010 the Cabinet was fully aware of this RM2 6 billion and no one can claim ignorance or allege that Najib received the RM2 6 billion and smuggle...
Rohana Setuju Pulangkan Usd10 Juta Wang 1mdb Kata Laporan Banyak Duit Siman Ya

Rohana Setuju Pulangkan Usd10 Juta Wang 1mdb Kata Laporan Banyak Duit Siman Ya

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 115 hits
April 13 2022 Rohana Rozhan sebelum ini disiasat SPRM susulan pendedahan bekas ketua operasi Asia Tenggara Goldman Sachs Tim Leissner dalam kes 1MDB di Mahkamah New York PETALING JAYA Bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bh...
Isu Kewangan Sapura Energy Berhad Ds Najib Setuju Untuk Berdebat Dengan Anwar Ibrahim

Isu Kewangan Sapura Energy Berhad Ds Najib Setuju Untuk Berdebat Dengan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 127 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak bersetuju untuk berdebat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad Ahli Parlimen Pekan itu berkata pasukan Anwar dan bekas Ahli Pa...
Najib Received Rm2 28b In 1mdb Funds Ex Board Member

Najib Received Rm2 28b In 1mdb Funds Ex Board Member

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 129 hits
A former 1MDB board member confirmed that a total RM2 28 billion of the Malaysian sovereign wealth fund s monies went into Najib Abdul Razak s bank accounts Ismee Ismail today was agreeing with the prosecution s contention based on multiple...
Terkini Najib Melampau Tuduh Hadi Muhyiddin Mahu Sabotaj Ismail Sabri

Terkini Najib Melampau Tuduh Hadi Muhyiddin Mahu Sabotaj Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 125 hits
Penyokong PAS dan BERSATU nampaknya naik angin dengan Najib Razak Ada antara mereka yang mendakwa Najib melampau kerana mempersoalkan jika Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin mahu menggagalkan MOU antara Ismail Sabri dan Pakatan Harapan supaya ...
Berkenaan Isu Rm2 6 Bilion Derma Arab Saudi

Berkenaan Isu Rm2 6 Bilion Derma Arab Saudi

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 166 hits
Ramai orang berkata kalau betul jumlah RM2 6 bilion yang Najib Razak terima bukan duit curi tetapi derma dari Raja Arab Saudi sebab apa tak tunjukkan bukti Mereka tak faham bukan tugas yang dituduh untuk menunjukkan bukti tetapi terjatuh ke...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional