Saksi Inkues Adib Perusuh Serang Pecahkan Cermin Kereta Saya


Bernama  
   
INKUES ADIB | Seorang saksi hari ini menceritakan bagaimana sekumpulan individu menyerang kereta yang dinaikinya ketika kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada awal pagi 27 Nov lalu.

Saksi ke-19, Chan Wei Jie, 24 berkata Perodua Kancil yang dinaikinya dan dipandu bapa saudaranya itu mengalami kerosakan teruk antaranya pada bampar depan selain cermin tingkap dipecahkan.

Katanya, dia dan bapa saudaranya dalam perjalanan pulang dari USJ 16 ke USJ 21 pada 1.15 pagi ketika kejadian.

“Pada mulanya, (perusuh) hanya mengelilingi dan menjerit. Seorang lelaki kemudian memanjat bahagian depan (bonet) kereta,” katanya semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin yang juga pegawai pengendali pada prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Katanya, dia kemudian keluar dari kereta memandangkan ada serpihan (selepas cermin tingkap kereta dipecahkan) dan kemudian berdiri di tepi jalan.

Faten: Semasa anda berbuat demikian, di manakah bapa saudara anda?

Chan: Masih di dalam kereta. Orang ramai berteriak macam-macam ke arah bapa saudara saya. Ada yang menyuruhnya ‘jalan’ dan ada yang meminta ‘berhenti dan turun’.

Faten: Selain berteriak, adakah mereka lakukan apa-apa terhadap kereta?

Chan: Mula-mula tiada, mereka hanya mengelilingi kereta dan menjerit ke arah kami namun selepas bapa saudara saya cuba menghidupkan kereta mereka mula memukul kereta dengan tangan dan kayu.

Chan berkata selepas kumpulan itu berhenti menyerang kereta, tiga individu daripada kumpulan tersebut membantu Chan dan bapa saudaranya masuk semula ke dalam kereta.
Dia juga berkata beberapa individu daripada kumpulan itu kemudian meminta maaf kepadanya dan bapa saudaranya serta meminta mereka membuat laporan polis.

Chan berkata dia dan pak ciknya kemudian terus ke balai polis USJ 8 selepas kejadian.

Katanya sebelum serangan, dia mendengar bunyi kenderaan berlanggar semasa kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) bergerak mengundur.

Menurut saksi tersebut ketika itu keretanya berada pada jarak lima hingga enam buah kenderaan dari trak tersebut.

Faten: Adakah trak (FRT) melanggar kereta anda?

Chan: Ya, kereta saya terpusing 180 darjah (selepas dilanggar oleh trak FRT).

Prosiding inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung 19 Mac.

Setakat ini 19 saksi telah dipanggil memberi keterangan pada prosiding yang bermula 11 Feb lalu.

Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (ERMS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lalu dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami pada 17 Dis di Institut Jantung Negara.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah yang juga pegawai pengendali inkues memberitahu pemberita beliau telah meminta mahkamah membatalkan prosiding pada 4 dan 5 Mac ini kerana permohonan jawatankuasa bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield agar inkues digantung, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac.

Beliau juga berkata pada sesi seterusnya, inkues akan mendengar keterangan ahli patologi dan ahli kimia.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/saksi-inkues-adib-perusuh-serang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Saksi Beritahu Kereta Diserang Perusuh Kuil

Inkues Adib Saksi Beritahu Kereta Diserang Perusuh Kuil

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 282 hits
SHAH ALAM 24 Jamadilakhir 1440H Jumaat Seorang saksi hari ini menceritakan bagaimana sekumpulan individu menyerang kereta yang dinaikinya ketika kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dekat sini pada awal pagi 27 November lalu S...
Bapa Saksi Ke 11 Kemalangan Inkues Adib Ditangguh Ke 2 30 Petang

Bapa Saksi Ke 11 Kemalangan Inkues Adib Ditangguh Ke 2 30 Petang

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 305 hits
Timbalan Pendakwaraya Hamdan Hamzah sebagai pegawai pengendali inkues kematian seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ketika keluar di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor foto FAREEZ FADZIL SHAH ALAM Prosiding inkues kematian Muhamm...
Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 283 hits
TAUFIK SALIMIN 18 Februari 2019 1 26 PM SHAH ALAM Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Nurul Najihah Radzi sempat mengirimkan pesanan melalui Whats
Inkues Adib Mangsa Sangat Kritikal Saksi

Inkues Adib Mangsa Sangat Kritikal Saksi

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 219 hits
TAUFIK SALIMIN 26 Februari 2019 2 18 PM SHAH ALAM Saksi ke 15 prosiding hari ke 10 inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu keadaan a
Inkues Adib Lagi Pendedahan 15 Soalan Yang Sempat Ditanya Dan Dijawab Adib

Inkues Adib Lagi Pendedahan 15 Soalan Yang Sempat Ditanya Dan Dijawab Adib

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 281 hits
Ini merupakan perkembangan terbaru inkues Adib dan ia pendedahan 15 soalan yang diajukan dan sempat dijawab oleh arwah Adib sewaktu sedang dirawat Perkara ini didedahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Syed Shahril Anuar S...
Inkues Adib Penyebab Kematian Yang Sebenarnya

Inkues Adib Penyebab Kematian Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 282 hits
Inkues kematian Allahyarham Adib sudah sampai ke saksi ke 14 tertumpu kpd keterangan pihak perubatan yg terlibat merawat Allahyarham Seperti yg saya terangkan sebelum ini post mortem hanya akan dpt mencadangkan sama ada trauma disebabkan ol...
Kementerian Perumahan Kpkt Dan Keluarga Bantah Permohonan Menggantung Inkues Adib

Kementerian Perumahan Kpkt Dan Keluarga Bantah Permohonan Menggantung Inkues Adib

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 290 hits
Berikutan dengan permohonan jawatankuasa bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung inkues kematian anggota bomba Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT dan anggota keluarga Muhammad Adib telah...
Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

Ada Kesan Tapak Kasut Di Rusuk Kanan Adib Kata Saksi Inkuesadib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 553 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190218 inkues adib kesan tapak kasut jpg fit 600 2C400 ssl 1Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan ang...
Inkues Kematian Muhammad Adib

Inkues Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 329 hits
BANGI 17 Jamadilakhir 1440H Jumaat Sejak awal lagi kita sudah jangka apa akan berlaku kalau dibuat inkues Mereka akan cuba merubah naratif kematian Muhammad Adib kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya Beliau berkata de...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn