Saksi Bekas Pengarah Lari Sprm Tak Dapat Dokumen Asal Src


Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau gagal mendapatkan minit mesyuarat asal SRC International Sdn Bhd tahun 2013 kerana bekas pengarah syarikat itu melarikan diri ke luar negara.
Rosli Husain, 54, berkata pada awalnya beliau memberitahu bekas pengerusi Lembaga SRC, Ismee Ismail, untuk mendapatkan minit mesyuarat asal.

Loading… “Saya bertanya kepada Tan Sri Ismee kerana beliau adalah orang yang paling sesuai kerana beliau adalah pengerusi SRC. Bagaimanapun, beliau juga tidak memiliki minit asal. Ini kerana, minit tersebut dicatat oleh Terence Geh, bekas pengarah syarikat SRC yang telah melarikan diri ke luar negara.
“Saya juga telah menghubungi Chee Suwen (setiausaha SRC) tetapi beliau memberitahu beliau bukan lagi setiausaha SRC. Usaha saya gagal, semakan di SRC juga tidak menemui minit mesyuarat asal,” katanya yang merupakan pegawai penyiasat ketika siasatan kes itu pada 2015.Iklan
Saksi pendakwaan ke-57 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-51 perbicaraan kes Najib Razak melibatkan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Beliau berkata pada 18 Julai 2018, beliau memperoleh salinan minit mesyuarat itu daripada Ismee yang ketika itu hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk merekodkan kenyataan.
“Sebelum beliau hadir ke SPRM, saya memesan kepadanya supaya membawa minit mesyuarat yang ada padanya dan ketika berada di SPRM, beliau memberitahu satu set minit mesyuarat itu ada dalam keretanya. 
“Saya pun mengarahkan beliau menyerahkan dokumen itu kepada saya untuk semakan.
“Hasil semakan, saya juga mendapati tiada tandatangan Ismee dalam minit salinan yang dibawanya,” katanya sambil menambah beliau kemudiannya mengarahkan pegawainya untuk membuat salinan terhadap dokumen yang diberikan Ismee.
SPRM perolehi lebih 1,000 dokumen
Rosli berkata, seramai lima orang saksi meninggal dunia sepanjang siasatan kes SRC, iaitu bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri, Allahyarham Azlin Alias; bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Noriah Ahmad; bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman; bekas ketua pegawai pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), (KWAP), Ahmad Norhisham Hassan; dan seorang individu dikenali Izzat Izairi Osman.
Menyentuh mengenai dokumen yang dirampas untuk siasatan kes itu yang bermula pada 2015, saksi itu berkata lebih 1,000 dokumen diperoleh daripada pelbagai pihak termasuk bank, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) ( KWAP), SRC, Ihsan Perdana Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Kementerian Kewangan.
Menurut Rosli, siasatan yang bermula pada 6 Julai 2015 itu turut dibantu oleh pegawai SPRM lain termasuk daripada cawangan SPRM di setiap negeri.
“Siasatan kes SRC ini adalah lanjutan daripada laporan yang dibuat pada 3 Julai 2015 oleh Penolong Pesuruhjaya SPRM, Prem Raj,” kata Rosli.
Ishak: Prem Raj dari bahagian mana di SPRM?
Rosli: Prem Raj pegawai dari bahagian forensik perakaunan.
Ishak: Siasatan kes SRC yang kamu lakukan mengikut Akta apa?
Rosli: Siasatan yang dibuat adalah mengikut Akta SPRM iaitu di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFUA) dan Kanun Keseksaan.
Ketika ditanya sama ada Prem Raj ada berjumpanya untuk menyerahkan dokumen berkaitan SRC pada 6 Julai 2015, Rosli menjawab: “Ada”.
Rosli berkata, dalam perjumpaan itu, Prem Raj menyerahkan tiga buku kesetiausahaan iaitu masing-masing dua untuk SRC dan sebuah lagi milik Gandingan Mentari.
“Semua dokumen yang diterima adalah untuk siasatan awal. Buku secretarial (kesetiausahaan) SRC yang diperoleh itu mengandungi minit mesyuarat pemegang saham dan surat pelantikan,” katanya.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/saksi-bekas-pengarah-lari-sprm-tak-dapat-dokumen-asal-src/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Suruh Saksi Berbohong Mengenai Draf Bank Rm139 Juta Oleh Src

Jho Low Suruh Saksi Berbohong Mengenai Draf Bank Rm139 Juta Oleh Src

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 379 hits
Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah meminta bekas pengurus perhubungan Joanna Yu Ging Ping berbohong untuk tujuan menunaikan tiga keping draf bank bernilai RM139 juta yang dikeluarkan o...
Penghantar Makanan Kritikal Didakwa Dilanggar Lari Abang Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

Penghantar Makanan Kritikal Didakwa Dilanggar Lari Abang Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 327 hits
Malam tadi tular satu hantaran di media sosial yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook Safri Safrina Safri mendakwa bahawa adik lelakinya telah dilanggar ketika menunggang motosikal pada malam 7 Ogos lalu Menurut Safri adiknya itu sebenarn...
Jho Low Guna Istilah Pie Sate Dalam Urusan Src Kata Saksi

Jho Low Guna Istilah Pie Sate Dalam Urusan Src Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho juga dikenali sebagai Jho Low merujuk dolar AS dan ringgit sebagai pie dan sate bila mengendalikan transaks...
Saksi Sprm Jelaskan Mengapa Jho Low Tak Diletak Bawah Bon Jaminan

Saksi Sprm Jelaskan Mengapa Jho Low Tak Diletak Bawah Bon Jaminan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 271 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa SPRM berjaya menemui bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho...
Golkar Tak Masalah Demokrat Gabung Pemerintah Asal Tak Di Beri Kursi Menteri

Golkar Tak Masalah Demokrat Gabung Pemerintah Asal Tak Di Beri Kursi Menteri

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 223 hits
Politisi Partai Golkar Bobby Adhityo Rizaldi mengatakan di level eksekutif perlu pengambilan keputusan yang cepat sedangkan dalam kampanye Pilpres 2019 lalu banyak perbedaan sikap antara pendukung 01 dan 02 Seperti pengelolaan ormas konsep ...
Edarkan Sabu Di Malam Takbiran 3 Pria Asal Madura Diamankan

Edarkan Sabu Di Malam Takbiran 3 Pria Asal Madura Diamankan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 291 hits
Satuan Reserse Narkoba Polres Sampang Madura Jawa Timur mengamankan tiga orang pria asal Kecamatan Jrengik pada Sabtu malam Ketiga pria itu adalah Marsuki warga Desa Plakaran Syamsudin warga Desa Mlakah dan Imam Syafii warga Desa Bencelok J...
Anggota Tim Water Bombing Karhutla Sumatera Asal Rusia Meninggal Dunia

Anggota Tim Water Bombing Karhutla Sumatera Asal Rusia Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 254 hits
Seorang anggota tim water bombing kebakaran hutan dan lahan asal Rusia Andrey Sushakov meninggal dunia akibat penyempitan pembuluh darah Negara asal meminta dilakukan autopsi sebelum mayatnya dipulangkan
Jalan Kaki Ke Jakarta Pendongeng Keliling Asal Indramayu Ingin Bertemu Jokowi

Jalan Kaki Ke Jakarta Pendongeng Keliling Asal Indramayu Ingin Bertemu Jokowi

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 292 hits
Samsudin rela jalan kaki dari kampung halamannya di Indramayu untuk masa depan anak semata wayangnya Sofia yang duduk dibangku SMP sambil mengenyam pendidikan pesantren di Kuningan Dia ingin bertemu dengan Presiden Joko Widodo
Saudi Tawarkan Pembebasan Aktivis Perempuan Asal Keluarga Bungkam Soal Penyiksaan

Saudi Tawarkan Pembebasan Aktivis Perempuan Asal Keluarga Bungkam Soal Penyiksaan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 233 hits
Menurut saudara kandung Hathloul Lina al Hathloul aktivis wanita itu akan dibebaskan jika keluarga menghentikan tuduhan terhadap pemerintah Saudi tentang penyiksaan yang dialami Hathloul
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi