Sakit Kanser Dan Mendapat Giliran Haji



Soalan:
Apakah yang perlu dilakukan bagi pesakit kanser yang telah mendapat giliran bagi mengerjakan haji. Adakah dia perlu tangguhkan dahulu sehingga sudah sembuh atau meneruskan rukun Islam tersebut. Seperti yang diketahui, imun sistem pesakit kanser sangat lemah dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya terdedah di tempat awam semasa mengerjakan haji. Terima kasih.

Jawapan:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser atau barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia. (Lihat Apa Itu Kanser di portal Kementerian Kesihatan Malaysia, https://ift.tt/2HYEZU2)

Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan nas Ilahi di mana Allah SWT berfirman:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)

Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini, menaqalkan kata-kata Imam al-Syafie berkenaan istito’ah: “Kemampuan mempunyai dua jenis:

Seseorang itu mampu dari segi kesihatan di samping mempunyai perbelanjaan untuk menunaikan haji.Seseorang itu tidak mampu dari segi kesihatan akan tetapi dia mampu untuk mengupah orang lain untuk menunaikan haji bagi pihak dirinya.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 4/95)
Perkataan istito’ah pada bahasa bermaksud: “Kemampuan untuk melakukan sesuatu perkara.” (Lihat Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, hlm. 62)

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji disebut: “Kemampuan mempunyai dua jenis, iaitu kemampuan secara langsung dan secara tidak langsung:

Kemampuan secara langsung bermaksud seseorang itu mampu melakukan sendiri ibadah haji dan umrah disebabkan masih berupaya, iaitu badan yang sihat, sanggup menempuh perjalanan dan melakukan kerja-kerja ibadah tersebut tanpa mengalami kemudaratan yang berat dan kesulitan yang tidak mampu ditanggungnya.Kemampuan secara tidak langsung bermaksud seseorang mukallaf yang memiliki harta yang mencukupi untuk mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya sama ada semasa dia masih hidup atau selepas dia meninggal dunia. Hal ini adalah kerana dia sendiri tidak berupaya melakukannya disebabkan tua, berpenyakit dan seumpamanya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/155)
Dr. Usamah bin Ibrahim Filali dalam kertas kerjanya bertajuk “Istito’ah fi al-Haj wa al-Mutaghayyirat al-Mu’asirah” berkata: “Jika (seseorang mukallaf) lemah dengan sebab tua, atau sakit yang tiada peluang untuk sembuh, hendaklah dia mewakilkan kepada orang lain untuk melakukan haji untuknya.”

Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-25, di dalam resolusinya menyebut: “Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti sakit buah pingggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadat haji. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan.”

Manakala Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-21 menyebut: “Kewajipan menunaikan ibadat haji tidak akan gugur bagi golongan berikut: (a) Terlalu tua; (b) Penyakit yang tidak ada harapan sembuh; (c) Penyakit yang teruk. Oleh itu wajib ke atas mereka menggantikan dengan badal haji jika mereka mampu membiayai kos mengerjakan haji semasa hayatnya.”

Kesimpulan

Dalam kes seperti di atas, kanser tersebut perlulah dilihat sudah sampai ke tahap berapa. Sekiranya telah mencapai tahap yang parah dan menyusahkan serta menyukarkan, maka kebiasaannya doktor akan memberi rekomendasi supaya tidak pergi. Disebabkan itulah, pesakit yang seperti ini perlu dilihat secara case by case tahap keadaannya.

Kami lebih cenderung kepada seseorang pesakit seperti ini berbincang dengan pakar perubatan terlebih dahulu bagi menentukan status kebolehan untuk melaksanakan ibadat haji dan ia termasuk dalam maksud istito’ah. Justeru, itu menjadi neraca tentang boleh atau tidak seseorang itu menunaikan ibadat haji.

Niat yang baik untuk melaksanakan ibadat haji adalah amat baik dan diharap diberi pahala. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
“Niat seorang mukmin lebih baik berbanding amalannya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (5942)]

Maksud niat lebih baik berbanding amalan adalah kerana niat tidak akan dimasuki kerosakan, manakala amalan pula boleh dimasuki oleh kerosakan. Adapun yang dimaksudkan dengan kerosakan itu adalah seperti riya’. Perkara ini boleh dilihat daripada kata-kata Abu Sahl dan dikatakan juga bahawa niat tanpa amal boleh menjadi ketaatan. Ini berdasarkan sebuah hadith, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا، كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً
“Barangsiapa yang berazam untuk lakukan kebaikan tetapi dia tidak sempat melakukannya. Maka akan ditulis baginya satu kebaikan.” [Riwayat Muslim (206)]

Untuk itu, mereka mengatakan bahawa amalan yang dilakukan tanpa niat tidaklah menjadi satu ketaatan. (Lihat Syu’ab al-Iman, 176/9)

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada orang yang sakit dari kalangan kita. Saya akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ اشْفِ مَرْضَانَا وَعَافِ مُبْتَلَانَا وَارْحَمْ مَوْتَانَا
“Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.”

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/sakit-kanser-dan-mendapat-giliran-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabinet To Decide On Tabung Haji Dividend

Cabinet To Decide On Tabung Haji Dividend

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR The government will decide tomorrow on payment of dividend to 9 3 million depositors of pilgrims fund Tabung Haji But Prime Minister Dr Mahathir Mohamad suggested it would not be easy to give returns to depositors due to big am...
Isu Ceo Spv Tabung Haji Bukan Islam Berbangsa Cina

Isu Ceo Spv Tabung Haji Bukan Islam Berbangsa Cina

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 441 hits
Oleh Dr Zaharuddin Abd RahmanIni adalah isu terbaru yang dipolitikkan dan dimanipulasi dalam bentuk yang tidak bertanggungjawab sebenarnya Lebih teruk lagi ada yang mengatakan CEO Tabung Haji itu sendiri adalah bukan Islam padahal CEO atau ...
Pm Guarantees Tabung Haji S Hibah Will Be Announced Soon

Pm Guarantees Tabung Haji S Hibah Will Be Announced Soon

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 381 hits
PARLIAMENT Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has guaranteed that Tabung Haji s hibah will be announced soon after a decision by the cabinet He also said the proposal on the restructuring and rejuvenation of TH would be tabled during the ca...
Diduga Gelapkan Dana Jemaah Haji Ustaz Bukhori Ditahan Polisi

Diduga Gelapkan Dana Jemaah Haji Ustaz Bukhori Ditahan Polisi

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 227 hits
Korban melaporkan ustaz Bukhori ke Polda Metro Jaya atas dugaan penipuan perjalanan haji Korban disebut sebut mengalami kerugian mencapai USD 135 000 Kapitra menyebutkan Bukhori baru mengembalikan USD 30 000
Kemenag Gelar Tes Kompetensi Dan Wawancara 381 Calon Petugas Haji

Kemenag Gelar Tes Kompetensi Dan Wawancara 381 Calon Petugas Haji

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 189 hits
Direktur Bina Haji Khoirizi mengatakan seleksi tahap ini diikuti 381 peserta Peserta berasal dari unsur unit eselon 1 Kemenag TNI Polri lembaga instansi lainnya
Hibah Tabung Haji Masih Belum Boleh Diisytiharkan Kata Mujahid Viralhancing

Hibah Tabung Haji Masih Belum Boleh Diisytiharkan Kata Mujahid Viralhancing

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR Bayaran hibah bagi tahun kewangan 2018 kepada pendeposit Tabung Haji akan dimuktamadkan tidak lama lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabu...
Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 347 hits
Zaman kerajaan Pakatan Haprak ni macam macam perkara merugikan boleh berlaku Tak tahu kat mana silapnya kini wang Tabung Haji pula hilang Wang simpanan seorang guru wanita sebuah sekolah berasrama penuh di sini lesap selepas dia menuruti ar...
Mujahid Guan Eng Tak Campurtangan Tabung Haji Ahli Lembaga Pengarah

Mujahid Guan Eng Tak Campurtangan Tabung Haji Ahli Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 277 hits
Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Prof Dr Ashraf Md Hashim mengucapkan terima kasih kepada rakyat negara ini yang prihatin dengan agensi pengurusan ibadah haji umat Islam tersebut Kenyataan penuh beliau di bawah dipercayai berkaitan tuduhan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord