Sajian Warisan Nusantara Buffet Ramadhan Di The Pearl Hotel
Bahang menyambut bulan Ramadhan dah mula terasa, tak sabar menanti tibanya bulan ramadhan, selain berpuasa tentulah teringat2kan bazar Ramadhan sana sini. Hotel-hotel pun membuat pelbagai buffet Ramadhan dan mempromosikan harga-harga untuk pelanggan dengan harga berpatutan. Seri wangi memang sukakan hidangan dan menu-menu yang dihidangkan dengan pelbagai citarasa yang sangat lazat dan enak.
Jom ikut Seri wangi tinjau-tinjau menu buffet Ramadan yang disediakan oleh The Pearl Hotel, KL - Sajian Warisan Nusantara yang menghidangkan lebih 100 juadah yang pasti menggugat selera korang. Dan sambil korang menjamu selera pihak hotel juga mempersembahan musik mendendangkan irama lagu-lagu lama.
Pelbagai menu-menu menarik yang akan dihidangkan sempena di bulan Ramadhan yang pastinya menepati citarasa pelanggan yang berkunjung seperti;
💠PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN💠STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN💠HIDANGAN UTAMA HARIAN💠STESEN ANEKA SUP💠WARUNG ANEKA MEE💠GERAI GULAI KAWAH💠JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT💠GERAI MAKANAN LAMBAK
Sebenarnya banyak lagi menu-menu lain yang menarik dihidangkan.
PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN
Rojak & Pasembur (Timun, Jambu Batu, Sengkuang, Mangga Muda, Buah Nenas, Betik Muda, Jambu Air, Taugeh, Tempe, Tauhu, Biji bijan, Pes Kacang Tanah, Sos Udang Pedas, Kacang Tanah Goreng
STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN
Juadah Istimewa yang disajikan adalah pelbagai Aneka Ulam-ulaman seperti Jering, Kacang Botol, Kacang Panjang, Ulam Raja, Daun Selom, Kobis, Timun, Lobak Merah, Pucuk Gajus, Tomato bersama Ikan Masin Gelama, Ikan Masin Sepat & Ikan Masin Talang
HIDANGAN UTAMA HARIAN
Terdapat 9 Jenis Hidangan Utama akan ditukar setiap hari (Nasi Kukus, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Ikan Selar, Ayam Taucu Pedas, Pajeri Nenas, Sambal Sotong, Pucuk Paku Lemak Cili Padi, Kurma Telur, Tauhu Masak Lemak Putih)
STESEN ANEKA SUPSup Ayam Berempah, Sup Cendawan Berkrim, Sup Asparagus Berkrim & Sup Bebola Ikan
WARUNG ANEKA MEEHidangan Mee yang disajikan dengan pelbagai Aneka Sup & Kondimen tambahan
GERAI GULAI KAWAHGulai Kawah Kambing atau Gulai Kawah Daging
MENU RAMADAN BUFET 2021
JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT
Kambing Golek, Ayam Golek, Ikan Panggang dengan pelbagai Aneka Sos pilihan
GERAI MAKANAN LAMBAK - Makanan Laut yang dilambak
Makanan Laut yang dilambakkkan bersama Campuran Sayuran dan disalut dengan Sos Pedas dan Masam
STESEN SOSEJ PANGGANG ALA JERMAN
Sosej Bawang Putih, Sosej Keju, Sosej ‘Farm House’, Sosej Cendawan dan lain-lain bersama Sos Mustar Biji Sawi, Jeruk Gherkins, Jalapeno, Sos BBQ, Sos Tomato & Sos Cili
STESEN ANEKA PASTA ITALIANO
Pasta Spaghetti Carbonara & Pasta Spaghetti Napolitana
WARUNG GORENG-GORENG
Nugget Ayam, Baji Kentang, Sosej Keju, Popiah, Bebola Ikan, Samosa bersama dengan Sos Cili Thai & Mayonis
STESEN LEBARAN AIDILFITRI
Lemang, Ketupat, Serunding Ayam, Serunding Daging & Nasi Impit
WARUNG BERIANI & MANDI
Nasi Mutiara, Ayam Beriani, Kambing Mandi, Dhal, Jeruk Bawang, Acar Jelatah & Papadom
WARUNG SATE
Sate Ayam, Sate Daging bersama Kuah Kacang Pedas, Timun, Bawang & Nasi Impit
KAUNTER DIM SUM & PAUAneka Dim Sum dan Pau bersama Sos Cili & Kicap Miso Manis
WARUNG MURTABAK
Murtabak Ayam, Murtabak Daging bersama hidangan Kari Ayam, Jeruk Pedas & Dal
SATE CELUP & ANEKA SOS
Bebola Ikan, Bebola Sotong, Bebola Ayam, Bebola Udang, Bebola Udang, Bebola Ketam, Sosej, Jagung Muda, Brokoli, Kek Ikan, Cendawan Butang, Tauhu perisa Makanan Laut, Tauhu Goreng, Tauhu Keju, Kani-Stick, Cendawan Tiram, Kuah Kacang, Minyak Cili, Kicap Soya, Kicap Cili Padi, Kuah Sambal & Kicap Manis
WARUNG SUP “GEAR BOX”Sup ‘Gear Box’, Bawang Goreng, Daun Sup & Kicap Sambal
STESEN PENCUCI MULUT
Aneka Pastri, Kek, Bubur Manis, Aneka Kuih-muih, Aneka jenis Buah Kurma, Biskut Raya, Kuih Raya, Wajik & Dodol
STESEN ABCPelbagai Aneka Ais krim , Ais Kacang ABC, Cendol, Lai Chi Kang & Kondimen
GERAI BUAH-BUAHANBuah Tembikai, Buah Nenas, Buah Tembikai Susu, Buah Betik & Pisang
GERAI MINUMAN
Cincau, Jus Oren, Jus Epal, Sirap Selasih, Sirap Bandung, Barli Manis, Teh Tarik, Nescafe Tarik & Kopi Tarik
Wah...tengok menu-menu tu dah terasa lapar dibuatnya, jika korang berminat bolehlah buat tempahan awal, kalau tidak rugi tau11
Early Bird - Rm88 (dewasa) Normal - Rm118 (pembelian dari 15 mac - 11 april 2021)Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM48warga Emas (80 tahun ke atas)
Untuk tempahan :👇👇👇👇📞016 3318794/016 3319675/012 3890690
Untuk maklumat lanjut
WEBSITEhttps://www.pearl.com.my/
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/thepearlkualalumpur
INSTAGRAMhttps://www.instagram.com/thepearlkl/
#sajianwarisannusantara#buffetramadan2021#thepearlhotelkl#reviewbuffetramadhan#foodieblogger#lifestyleblogger#malaysiablogger#keunggulanwanitacom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2021/04/sajian-warisan-nusantara-buffet.html