Saintis Telah Mencipta Pesawat Seperti Star Trek Yang Terbang Dengan Menggunakan Ion Thrusters Tanpa Bahan Bakar




Saintis telah mengambil langkah kehadapan untuk membuat pesawat masa depan, yang hanya digerakkan oleh pemacu ion daripada menggunakan bahagian bergerak dan bahan bakar seperti pesawat konvensional seperti filem-filem sains fiksyen Star Trek.


Seperti laporan berita yang disiarkan di Nature pada hari ini, sebuah pasukan yang diketuai oleh Steven Barrett dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) menjelaskan bagaimana mereka berjaya mencipta pesawat berkuasa elektroaerodinamik, yang menggunakan tujahan, bermaksud tidak ada kipas atau dipanggil 'propeller' dengan bahan bakar.



"Masa depan penerbangan sudah tidak boleh dihasilkan dengan teknologi turbin dan kipas selepas ini," kata Barrett dalam video di bawah. "Ianya seperti apa yang anda lihat di Star Trek, dengan cahaya biru dan sesuatu yang meluncur di udara dengan senyap."


Kajian ini tidak dapat dilakukan sebelum ini kerana teknologi yang ada tidak cukup maju. Sejak tahun 1921, para saintis tidak berjaya dalam usaha mengembangkan sesuatu yang serupa, yang pernah disalah anggap sebagai teknologi anti graviti. Tetapi sekarang para saintis mengatakan bahawa kunci kepada kemajuan teknologi utama ini sudah ditemui dan membolehkan teknologi ini dicapai.






Dalam ujian mereka dari 2016 hingga 2018, mereka membuat pesawat dengan jarak sayap 5 meter (16 kaki) yang beratnya 2.45 kilogram (5.4 paun). Ia mempunyai sejumlah elektrod tipis yang melintasi sayapnya, dan di bahagian depannya terdapat wayar nipis, sementara di bahagian belakangnya terdapat aerofoil - permukaan melengkung untuk menghasilkan tujahan, seperti pada sayap biasa.


Wayar nipis di bahagian depan mengecas 20.000 volt positif, sementara aerofoil di belakang dicas kepada negatif 20.000 volt, mewujudkan medan elektrik yang kuat. Di bahagian depan, elektron dikeluarkan dari molekul nitrogen di udara untuk menghasilkan ion. Dan apabila ianya memecut ke belakang, ianya menghasilkan tenaga ionik, yang memberikan daya tujahan pesawat.




"Pada dasarnya adalah bahawa jika anda mengionkan udara, yang bermaksud mengeluarkan elektron dari itu, anda dapat melepaskan udara dengan medan elektrik," kata Barrett. "Seperti tindak balas yang kamu dapat jika kamu menggosok belon di kepala lalu membuatkan rambut anda berdiri."


Sepanjang 10 penerbangan ujian, pesawat berjaya terbang sekitar 60 meter (200 kaki) dalam kira-kira 12 saat di dewan yang disewa, dengan kecekapan tujahan sekitar 2.6 peratus. Tetapi apabila kelajuan meningkat, kecekapan sistem meningkat, seperti di pesawat biasa. Secara teorinya, dengan kecepatan 670 batu (1.080 kilometer) sejam, lebih cepat daripada jet penumpang, ia adalah 50 peratus cekap.


Teknik ini serupa dengan bagaimana mesin ion digunakan di beberapa kapal angkasa untuk melakukan perjalanan melalui angkasa. "Terdapat beberapa persamaan yang ketara," kata Barrett. Namun, kapal angkasa tersebut bergantung pada pengionan bahan bakar - seperti gas xenon - untuk menghasilkan daya tujah. Pesawat yang dikembangkan oleh pasukan MIT tidak memerlukan pendorong, sebaliknya hanya bergantung pada wayar nipis dan rak bateri lithium-polimer.


Pada masa ini teknologinya terhad, dengan pesawat prototaip. Tetapi kemungkinan masa depan sangat menarik. Dalam jangka pendek, sistem tujahan ini dapat digunakan untuk menggerakkan drone kecil, menjadikannya hampir senyap kerana mereka tidak akan mempunyai kipas seperti drone biasa.


"Saya tidak dapat pastikan sama ada anda akan dapat melihat pesawat yang besar yang mampu membawa orang dalam masa terdekat, tetapi saya akan sangat teruja jika ianya mampu," kata Barrett dalam video itu.






Ujian pesawat masih diteruskan, dengan pasukan sekarang dapat mengawal pesawat di udara dengan alat kawalan jauh dan bukan hanya terbang dalam garis lurus. Mereka ingin mencuba dan membuang filamen yang tergantung di dalam pesawat, dengan lebih banyak ujian yang akan dilalui pada tahun-tahun mendatang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://johanharith.blogspot.com/2020/12/saintis-telah-mencipta-pesawat-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Ukraina Desak Barat Tetapkan Zona Larangan Terbang Untuk Pesawat Rusia

Presiden Ukraina Desak Barat Tetapkan Zona Larangan Terbang Untuk Pesawat Rusia

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 187 hits
Desakan ini disampaikan sebagai respons atas penembakan yang dilakukan pasukan Rusia di kota Kharkiv
Cek Fakta Video Pesawat Terbang Ini Bukan Serangan Udara Rusia Ke Ukraina

Cek Fakta Video Pesawat Terbang Ini Bukan Serangan Udara Rusia Ke Ukraina

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 150 hits
Video formasi pesawat yang diklaim sebagai serangan udara Rusia terhadap Ukraina adalah keliru Faktanya video itu adalah latihan helikopter militer Rusia terbang di atas Moskow pada 4 Mei 2020
Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Medical Card Insurance

Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Medical Card Insurance

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 167 hits
AssalamualaikumBismillahRamai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah memiliki kad kesihatan atau lebih popular dengan nama medical card Pun begitu malangnya masih ada yang mungkin masih belum faham sepenuhnya tentang bagaimana cara betul...
Harith Melawak Kualiti Kaunter Buka Lapangan Terbang Malaysia Singapura Video

Harith Melawak Kualiti Kaunter Buka Lapangan Terbang Malaysia Singapura Video

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 125 hits
Harith Melawak Kualiti Kaunter Buka Lapangan Terbang Malaysia Singapura VIDEO Klip daripada persembahan komediri bukan tatacara parlimen Demikian jawapan balas pelawak Harith Iskander kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk S...
Penumpang Kapal Terbang Terkejut Nampak Objek Menyerupai Manusia Berjalan Atas Awan

Penumpang Kapal Terbang Terkejut Nampak Objek Menyerupai Manusia Berjalan Atas Awan

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 448 hits
March 2 2022 Beberapa penumpang kapal terbang jadi kaget bila ternampak objek misteri seperti sekumpulan manusia berjalanMISTERI SEKUMPULAN MANUSIA BERJALAN DI AWANVideo ada di bawah sekali Sekumpulan penumpang sebuah kapal terbang telah me...
As Tolak Rayuan Wujudkan Zon Larangan Terbang Rusia Di Ukraine

As Tolak Rayuan Wujudkan Zon Larangan Terbang Rusia Di Ukraine

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 190 hits
Helikopter penyerang Mi 24 bersiap sedia untuk pertempuran di Ukraine kelmarin Khidmat Akhbar Kementerian Pertahanan Rusia EPA EFE KIEV Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mendesak Barat mempertimbangkan pelaksanaan zon larangan terbang ba...
Bulan Depan 3 Maskapai Asing Akan Terbang Ke Bali

Bulan Depan 3 Maskapai Asing Akan Terbang Ke Bali

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 143 hits
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uno mengatakan tiga maskapai asing akan membuka penerbangan ke Bandara I Gusti Ngurah Rai Bali pada Maret 2022 Tiga maskapai tersebut ialah KLM Royal Dutch dari Belanda Scoot Tigerair dari Sin...
Krisis Rusia Ukraine Zelensky Kecam Nato Tolak Zon Larangan Terbang Ukraine

Krisis Rusia Ukraine Zelensky Kecam Nato Tolak Zon Larangan Terbang Ukraine

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 143 hits
Krisis Rusia Ukraine Zelensky kecam NATO tolak zon larangan terbang Ukraine KYIV Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengecam tindakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang menolak zon larangan terbang ke atas negaranya sambil mengataka...
Healife Pusat Rawatan Kesihatan Menggunakan Perubatan Moden Dan Tradisional

Healife Pusat Rawatan Kesihatan Menggunakan Perubatan Moden Dan Tradisional

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 460 hits
hai assalammualaikumHealife Pusat Rawatan Kesihatan Menggunakan Perubatan Moden Dan Tradisional Healife yang ditubuhkan pada 2019 merupakan pusat pertama dan satu satunya di Malaysia yang menggunakan perubatan moden dengan perubatan tradisi...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti