Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Medical Card Insurance


AssalamualaikumBismillah

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah memiliki kad kesihatan atau lebih popular dengan nama ‘medical card‘.

Pun begitu, malangnya masih ada yang mungkin masih belum faham sepenuhnya tentang bagaimana cara betul untuk guna kad insurans perubatan ini apabila perlu

Apa itu insurans perubatan?Insurans perubatan adalah satu tabung caruman yang membolehkan pencarum menerima manfaat berbentuk kewangan jika berlaku sebarang kecemasan kesihatan.
Kecemasan yang dimaksudkan ini termasuklah jika anda mengalami kecederaan, kemalangan atau sebarang keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan dan ubatan

Dengan ini, maka segala atau separuh kos perubatan dalam bentuk rawatan atau ubatan yang kalian terima itu dapat dibiayai oleh insurans yang anda carumkan.
Jika anda ada penyakit kronik pula dan inginkan wang secara ‘lump sum‘, caruman di dalam pelan insurans penyakit kritikal mungkin adalah pilihan yang lebih baik

Kepentingan insurans perubatan dalam kehidupanAda individu yang menyangka bahawa simpanan di dalam tabung atau bank adalah sudah sangat memadai untuk masa depan di hari tua kelak.

Mungkin itu adalah benar jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa diguna terlebih dahulu untuk kegunaan kecemasan jika perlu.

Oleh itu, kita perlu memiliki insurans perubatan dengan tujuan menampung segala perbelanjaan atau kerugian yang harus ditanggung di saat kita jatuh sakit.

Selepas membelinya pula, pemegang polisi haruslah tahu tentang tatacara untuk menggunakan kad kesihatan yang dimiliki agar keadaan tidak menjadi lebih rumit


Bagaimana cara untuk menggunakan 'Medical Card Insurance'?Ia tidaklah semudah pergi ke doktor atau hospital dan menunjukkan kad kesihatan anda untuk mendapatkan rawatan atau ubatan secara percuma.

Ini kerana terdapat beberapa peraturan atau panduan yang semua pemegang polisi insurans perlu tahu sebelum memutuskan untuk menggunakan kad ini.

Untuk pencerahan anda, berikut adalah tatacara kegunaan kad insurans perubatan:


1. Sila kenal pasti penyakit terlebih dahuluSekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan keadaan kesihatan tubuh badan anda, sila kenal pasti penyakit tersebut terlebih dahulu.

Ini kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak termaktub dalam perlindungan insurans tertakluk terma dan syarat syarikat.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa wujud ‘waiting period‘ yang memerlukan satu tempoh matang sebelum boleh guna kecuali jika ada pengecualian

Dalam tempoh tersebut anda tidak boleh menggunakannya. Ini khusus bagi yang baru memiliki kad perubatan. Bagi kes kemalangan pula, tiada waiting period yang dikenakan. Kita boleh terus membuat tuntutan sejurus polisi kita aktif. Sila semak tarikh medical card aktif.


2. Pergi ke pusat perubatan di bawah panelPerlu diketahui bahawa tidak semua klinik, hospital atau farmasi termaktub di bawah panel syarikat insurans yang anda berdaftar dengannya.

Selepas anda kenal pasti lokasi pusat perubatan yang termaktub di bawah kelolaan syarikat insurans, terus pergi ke unit kecemasan rapi untuk memudahkan urusan.

Ia bertujuan memudahkan proses doktor dan anda mendapatkan ‘guarantee letter‘ bagi melancarkan proses untuk anda ‘claim‘ kelak nanti.


3. Bawa bersama medical card dengan andaSetiap kali ingin ‘admit‘ ke dalam wad atau sebarang unit di pusat perubatan, sila bawa bersama kad kesihatan dengan anda ke kaunter pendaftaran.

Jika terlupa atau terhilang kad ini, anda mungkin tidak perlu risau dan hubungi ejen insurans untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan.

Namun ini tidak bermakna segala kos pendaftaran adalah percuma kerana anda mungkin masih perlu membayar wang pendahuluan kepada pihak berkenaan.


4. Buat laporan kepada ejen @ syarikat insuransSelepas menerima rawatan atau ubatan yang diperlukan untuk merawat penyakit yang dialami, proses seterusnya adalah untuk membuat laporan.

Kebiasaannya, pihak pusat perubatan akan menguruskan laporan ini dan dihantarkan kepada ejen atau syarikat insurans yang anda berdaftar dengannya.

Anda cuma perlu berada di dalam mod ‘standby‘ sekiranya pihak berkenaan memerlukan butir, penjelasan atau pencerahan daripada pihak anda.


5. DiscajSebelum discaj keluar daripada pusat perubatan terbabit, ada beberapa dokumen atau resit yang kalian perlu dapatkan untuk urusan lain kelak.

Ia bertujuan memudahkan urusan permohonan segala pembiayaan atau pembayaran kepada anda sesuai dengan polisi yang kalian daftarkan selama ini.

Berikut adalah apa yang anda perlu ada di saat melangkah keluar untuk discaj:

Ringkasan discaj (discharge summary)Bil akhir asli (original final bill)Sijil cuti sakit (medical certificate)Laporan perubatan
Fahami kepentingan & kegunaan insurans perubatan anda!Konklusinya, anda sebagai pemegang polisi itu sendiri perlu benar-benar tahu, peka dan faham mengenai polisi insurans perubatan yang kalian miliki.

Ini kerana terdapat banyak terma dan syarat tersurat dan mungkin tersirat yang wujud ekoran kepelbagaian variasi insurans perubatan di pasaran kini.

Oleh itu, sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan ejen atau syarikat insurans anda untuk segala maklumat, kemas kini dan informasi terbaharu

Sumber : Hello Doktor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/02/cara-guna-medical-card-insurance.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Klaim Rm150 Bantuan Kredit E Wallet Tahun 2022 Mohon Sekarang

Cara Klaim Rm150 Bantuan Kredit E Wallet Tahun 2022 Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 262 hits
Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan Menteri Kewangan Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdu...
4 Cara Pesanan Menu Mcdonald S Untuk Orang Yang Sibuk

4 Cara Pesanan Menu Mcdonald S Untuk Orang Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 201 hits
Fuh Dia punya tajuk memang tak boleh bincang tapi mengikut pengalaman kakak sendiri yang sentiasa sibuk menguruskan anak anak dan anak anak pula memang menggemari hampir semua hidangan McDonald s kakak akui ciri baharu Order Collect yang di...
Cara Buat Profit Dalam Forex Secara Konsisten Dengan Copytrade

Cara Buat Profit Dalam Forex Secara Konsisten Dengan Copytrade

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 192 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat

Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 234 hits
Program Rumah Mesra Rakyat ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang ...
Cara Menjadi Artis Yang Paling Relevan Dengan Zaman Sekarang

Cara Menjadi Artis Yang Paling Relevan Dengan Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 173 hits
Kuncinya memanfaatkan kesempatan sebaik mungkin dari mana pun kesempatan itu datang
Cara Tingkatkan Resolusi Dan Kualiti Gambar

Cara Tingkatkan Resolusi Dan Kualiti Gambar

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 161 hits
Teknologi fotografi 10 tahun lepas mungkin berbeza dengan zaman sekarang Maka gambar yang diambil pada 10 tahun lepas sangatlah berbeza berbanding pada hari ini Mungkin gambar 10 tahun lepas yang diambil menggunakan telefon kabur resolusi r...
Cara Mengaktifkan Mysj Trace Di Mysejahtera Apps

Cara Mengaktifkan Mysj Trace Di Mysejahtera Apps

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 194 hits
Pengesanan kontak ialah proses identifikasi individu individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID 19 Dengan pengaktifan MySJ Trace di...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha