Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut


Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. 
Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. 
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ 
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: 
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Sumber : Detik islam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://luvislam92.blogspot.com/2014/03/saintis-membuktikan-nabi-musa-membelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malacca Polls Bn Pn Clash Sign Of New Politics Annuar Musa

Malacca Polls Bn Pn Clash Sign Of New Politics Annuar Musa

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 221 hits
MALACCA POLLS The clash between BN and Perikatan Nasional is a sign of new politics in Malaysia said Communications and Multimedia Minister Annuar Musa He said a similar situation was seen in other countries where parties contested on their...
Annuar Musa Si Kaki Bodek

Annuar Musa Si Kaki Bodek

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 108 hits
Annuar Musa Si Kaki BodekOleh yieMEGAMUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja popular di kalangan ahli ahli politik malah beliau turut dikenali di dalam dunia su...
Annuar Musa Tegur Kempen Bn Mesti Matang Biar Rakyat Tentukan

Annuar Musa Tegur Kempen Bn Mesti Matang Biar Rakyat Tentukan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 150 hits
AGENDA DAILY Tan Sri Annuar Musa Jentera Barisan Nasional perlu matang sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan biar rakyat menentukan mereka memilih calon yang bertanding kata Tan Sri Annuar Musa Menteri Komunikasi da...
Kamera Hilang Dalam Laut 3 Tahun Ditemui Semula

Kamera Hilang Dalam Laut 3 Tahun Ditemui Semula

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 183 hits
Sebuah kamera yang dimilik oleh seorang wanita yang telah hilang di Laut Utara pada 3 tahun telah dijumpai kembali Kamera tersebut merupakan model Fuji milik seorang konsultan alam sekitar Adel Devonshire yang hilang ketika wanita itu menye...
Tambak Laut Bawa Kesan Negatif Kepada Alam Sekitar

Tambak Laut Bawa Kesan Negatif Kepada Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 259 hits
Antara kesan yang paling ketara adalah berlakunya air pasang besar yang lebih kerap dan juga banjir terutamanya di kawasan hulu sungai SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https ww
Kempen Bn Mesti Matang Elak Burukkan Pihak Lain Annuar Musa

Kempen Bn Mesti Matang Elak Burukkan Pihak Lain Annuar Musa

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 310 hits
Oleh Utusan TV Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengasas Rumah Prihatin Tan Sri Annuar Musa GAMBAR Abd Razak Aid KEMPEN Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka harus dilaksanakan secara matang tanpa perlu memburukkan pi...
Kisah Nabi Ibrahim Mengajak Orang Kafir Makan

Kisah Nabi Ibrahim Mengajak Orang Kafir Makan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 319 hits
Digalakkan makan tidak bersendiri Zaman kita sekarang lagi unik Makan ditemani dengan telefon tengok berita tengok yotube facebook jadi makan bersama dengan anak isteri sambil ditemani dengan telefon Kita digalakkan makan bersama dan di man...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch