Annuar Musa Tegur Kempen Bn Mesti Matang Biar Rakyat Tentukan


AGENDA DAILY  
Tan Sri Annuar Musa.
Jentera Barisan Nasional (BN) perlu matang sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan biar rakyat menentukan mereka memilih calon yang bertanding, kata Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata semasa berkempen, calon BN perlu memberikan penekanan dan memaklumkan pengundi, tentang usaha-usaha yang akan dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.
“Kempen mesti terarah kepada memberitahu apa yang kita hendak lakukan, daripada memburukkan mana-mana pihak sebab akhirnya bila kita menang, kita kena kerja untuk rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai kempen PRN Melaka itu.
Ahli Parlimen Ketereh itu menghadiri majlis penyampaian bantuan Deepavali Rumah Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons.
Berhubung soal peluang UMNO untuk memenangi PRN Melaka, Annuar berkata terpulang kepada rakyat Melaka untuk menentukannya.
“Jadi UMNO atau parti-parti lain hendaklah bertawakal kepada Allah dan menyerahkan mandat kepada rakyat. Biarlah rakyat yang menentukan.
“Sebagai ahli UMNO, saya doakan agar UMNO menang di tempat-tempat yang UMNO tawarkan diri untuk bertanding,” katanya.
Ketika ditanya sama ada terdapat ruang untuk UMNO dan PAS ‘menyelamatkan’ kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar berkata apa yang telah diputuskan kedua-dua parti itu ketika ini tidak akan kekal selama-lamanya.
“Pada saya ia (keputusan parti menghadapi PRN Melaka secara berasingan) adalah satu perlawanan pramusim dan tidak bermakna kekal seperti itu.
“Memang parti telah membuat pendirian dan kita ikut apa yang diputuskan, namun asasnya (perjuangan) tidak berubah iaitu kita harus berusaha mewujudkan solidariti nasional dan kurangkan konflik dan pertelingkahan,” katanya.
PRN Melaka yang ditetapkan pada 20 Nov ini adalah susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Dalam pilihan raya ini, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan UMNO 20 kerusi, MCA (tujuh) dan MIC (satu).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/annuar-musa-tegur-kempen-bn-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Bn Mesti Matang Elak Burukkan Pihak Lain Annuar Musa

Kempen Bn Mesti Matang Elak Burukkan Pihak Lain Annuar Musa

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 345 hits
Oleh Utusan TV Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengasas Rumah Prihatin Tan Sri Annuar Musa GAMBAR Abd Razak Aid KEMPEN Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka harus dilaksanakan secara matang tanpa perlu memburukkan pi...
Annuar Musa Si Kaki Bodek

Annuar Musa Si Kaki Bodek

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
Annuar Musa Si Kaki BodekOleh yieMEGAMUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja popular di kalangan ahli ahli politik malah beliau turut dikenali di dalam dunia su...
Menyamakan Pulau Pinang Dengan Perjudian Adalah Penghinaan Mufti Negeri Tegur Sanusi Tak Matang

Menyamakan Pulau Pinang Dengan Perjudian Adalah Penghinaan Mufti Negeri Tegur Sanusi Tak Matang

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 243 hits
The ReporterSusulan kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyarankan orang ramai yang ingin membeli nombor ekor di negerinya berkunjung ke Pulau Pinang untuk berbuat demikian kenyataan itu telah mengundang rasa kesal Mufti P...
Biar Kebenaran Ini Mesti Angkara Adudu Papa Zola Digugurkan Dari Filem Boboiboy Akan Datang

Biar Kebenaran Ini Mesti Angkara Adudu Papa Zola Digugurkan Dari Filem Boboiboy Akan Datang

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 303 hits
Biar kebenaran Ini mesti angkara Adudu Papa Zola digugurkan dari filem BoboiBoy akan datangAnimonsta Studio semalam mengumumkan tiada lagi kemunculan watak Papa Zola dalam filem BoboiBoy akan datang selepas pihaknya meneliti pandangan orang...
Malacca Polls Bn Pn Clash Sign Of New Politics Annuar Musa

Malacca Polls Bn Pn Clash Sign Of New Politics Annuar Musa

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 280 hits
MALACCA POLLS The clash between BN and Perikatan Nasional is a sign of new politics in Malaysia said Communications and Multimedia Minister Annuar Musa He said a similar situation was seen in other countries where parties contested on their...
Giant Melabur Rm22 Juta Dengan Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Untuk Membantu Rakyat Malaysia Melawan Inflasi

Giant Melabur Rm22 Juta Dengan Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Untuk Membantu Rakyat Malaysia Melawan Inflasi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraGIANT MELABUR RM 22 JUTA DENGAN KEMPEN HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA UNTUK MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MELAWAN INFLASI Harga rendah bagi barangan keperluan harian sekurang kurangnya setengah tahun Penjimatan ja...
Kerjasama Iqiyi Dan Citf Sempena Kempen Iqiyi Bersama Rakyat Malaysia

Kerjasama Iqiyi Dan Citf Sempena Kempen Iqiyi Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 411 hits
Kerjasama untuk mempercepat usaha imunisasi yang diketuai Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 Lebih 3 000 kandungan Asian percuma buat rakyat Malaysia yang mendapat suntikan vaksin COVID 19 baucer langganan VIP iQiyi bernilai RM1 5 juta sedi...
Tindakan Doj Didalangi Rakyat Malaysia Sendiri

Tindakan Doj Didalangi Rakyat Malaysia Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 281 hits
KOTA BHARU Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS 540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad adalah bersifat polit...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis