Sains Terbuka Menggagas Dasar Tanpa Keciciran


 
Platform Sains Terbuka Malaysia akan dapat membantu penyelidik memintas kerumitan sistem kawal selia data penyelidikan dan alat-alatnya.PETALING JAYA: Gerakan Sains Terbuka semakin mendapat momentum dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan matlamat mengubah amalan penyelidikan sains dan dalam pada itu menjadi agenda kebangsaan di serata dunia.
Ia ditakrifkan sebagai amalan-amalan untuk meruntuhkan halangan-halangan yang membendung aliran bebas ilmu dalam kalangan para penyelidik dalam semua bidang yang membawa kepada peningkatan impak yang dikaitkan dengan perkongsian dan guna semula lebih meluas, di samping etika penyelidikan.
Ini dipercayai boleh membina keyakinan masyarakat kepada sains dan keandalan hasil-hasil saintifik.
Kemajuan teknologi hari ini lagi memacu gerakan Sains Terbuka lantas mendorong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP), serta para penyelidik Malaysia mendakap anjakan ke arah paradigma baharu itu.
MOSP ditubuhkan oleh Gabungan Sains Terbuka Malaysia, yang terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; KPT; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan universiti-universiti penyelidikan (RU).
Professor Abrizah AbdullahProf Abrizah Abdullah dari MOSP berkata, para penyelidik harus dimudahkan untuk sepenuhnya memanfaatkan amalan-amalan penyelidikan dengan menggabungkan penerbitan ilmiah dan set data.
“Oleh itu, KPT boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan dan mempromosikan MOSP kepada golongan penyelidik dalam ekosistem pendidikan tinggi dengan sasaran untuk meningkatkan kefahaman mengenai Sains Terbuka dan asimilasinya sebagai sebahagian daripada penyelidikan dan kegiatan inovasi,” katanya.
Menurut Abrizah, MOSP perlu meningkatkan kepaduan sistem insentif dan kawal selia yang mentadbir data penyelidikan dan alat-alatnya untuk benar-benar memanfaatkan Sains Terbuka.
“Selaku penyelaras, MOSP akan dapat membantu golongan penyelidik memintas kerumitan sistem itu agar mereka boleh menormalkan amalan-amalan penyelidikan terbuka yang lebih baik, berkongsi kaedah-kaedah dan data serta mempergunakan potensi diri sepenuhnya kerana yakin semua ini akan memajukan kerjaya dan reputasi masing-masing.”
“Ia juga memastikan urus tadbir rekod-rekod sains dan ahli sains daripada proses penerbitan itu sendiri berada di tangan komuniti saintifik dan institusi masing-masing dan bertanggungjawab kepada mereka.
“Ini akhirnya akan menyumbang kepada peningkatan kedudukan dan haluan Malaysia di laluan-laluan dan platform-platform berkaitan penyelidikan di peringkat serantau dan sejagat,” kata Abrizah.
Memandangkan gerakan ini masih agak baharu, Abrizah berkata, para penyelidik boleh membuat keputusan tentang bagaimana untuk memanfaatkannya, termasuk hak seseorang untuk mengakses maklumat tanpa sebarang petunjuk lokasi atau status sosio-ekonomi sebagai penghalang.
“Selain memudahkan kerjasama peringkat sejagat, penyebaran pantas dan kesaksamaan maklumat, keadaan yang menjadikan Sains Terbuka penting adalah kemampuannya melahirkan golongan baharu penyelidik, termasuk ahli sains yang bekerja secara bebas dan penyelidik rakyat; penyebaran penyelidikan bentuk baharu melalui pracetak, pelayan digital dan blog-blog ilmiah; serta cara mengukur reputasi ilmiah yang lebih inklusif dan meluas dengan menggunakan profil, bukannya metrik,” katanya.
Katanya, gerakan ini begitu menonjol ketika wabak Covid-19 melanda kerana ahli sains serata dunia terus-menerus menyebarkan idea, data dan keterangan.
“Ia telah menjadi suatu strategi penting dalam kalangan universiti dan institusi penyelidikan, perpustakaan ilmiah dan penerbit ilmiah untuk mencapai teras misi mereka, iaitu mencipta, menyebar, dan memelihara ilmu untuk manfaat masyarakat,” kata Abrizah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/sains-terbuka-menggagas-dasar-tanpa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melihat Timah Dari Sudut Dasar Siyasah Syariah

Melihat Timah Dari Sudut Dasar Siyasah Syariah

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 347 hits
Fatwa Umar ibnu al Khattab yang menetapkan cukai arak 1 8 dari perniagaan arak di kalangan bukan Islam dijadikan panduan harus mengutip cukai arak jelas bekas Menteri Hal Ehwal Agama PAKATAN HARAPAN itu Persoalannya hari ini ialah bagaimana...
Kapal Hantu Dari Perang Dunia Ii Terangkat Dari Dasar Laut Setelah Aktivitas Vulkanik

Kapal Hantu Dari Perang Dunia Ii Terangkat Dari Dasar Laut Setelah Aktivitas Vulkanik

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 272 hits
Aktivitas dari gunung berapi bawah laut telah membawa dua lusin kapal hantu ke permukaan Samudra Pasifik beberapa dekade setelah tenggelam selama Perang Dunia II
Orang Melaka Jangan Lupa Dasar Politik Cash Is King Inilah Peluang Besar Bagi Orang Melaka Jangan Tertinggal Sampan

Orang Melaka Jangan Lupa Dasar Politik Cash Is King Inilah Peluang Besar Bagi Orang Melaka Jangan Tertinggal Sampan

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 260 hits
Sekurang kurangnya motorsikal Jangan terima basikal Basikal untuk orang Afrika atau Bangladesh Sekurang kurangnya RM1000 satu kepala Jangan happy dengan RM50 atau RM300 atau satu botol minyak masak dengan 5kg beras gred koman Artikel ini ad...
Prinsip Prinsip Dasar Desain Grafis Secara Umum

Prinsip Prinsip Dasar Desain Grafis Secara Umum

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 875 hits
Prinsip Prinsip Dasar Desain Grafis Secara Umum Setiap hal yang dibuat akan terlihat lebih baik apabila dalam pembuatannya memenuhi syarat syarat atau prinsip prinsip tertentu Demikian juga dengan desain grafis Seorang desainer grafis yang ...
Perancang Fizikal Mpfn Lulus Dua Dasar Utama Perancangan Bandar Desa

Perancang Fizikal Mpfn Lulus Dua Dasar Utama Perancangan Bandar Desa

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 202 hits
Majlis Perancang Fizikal Negara ke 39 meluluskan dua dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa Ia melibatkan Rancangan Fizikal Negara Ke 4 dan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara 2 yang disediakan di bawah peru
Ramai Teruja Tengok Wanita Test Kedalaman Blue Pool Sempat Bersantai Pula Di Dasar Perkara Asas Kena Tahu Berenang

Ramai Teruja Tengok Wanita Test Kedalaman Blue Pool Sempat Bersantai Pula Di Dasar Perkara Asas Kena Tahu Berenang

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 437 hits
Bagi pencinta alam semula jadi aktiviti mendaki gunung dan kunjungan ke lokasi air t3rjun ibarat perkara yang wajib untuk dilakukan Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok aksi seorang wanita yang selamba t3rjun ke dalam pool yang jernih ma...
Gagal Majukan Industri Padi Dasar Tanah Berat Sebelah Antara Kebimbangan Berhubung Keselamatan Makanan

Gagal Majukan Industri Padi Dasar Tanah Berat Sebelah Antara Kebimbangan Berhubung Keselamatan Makanan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 162 hits
Pakar berkata masih wujud halangan untuk mencapai sasaran mampu diri yang berpunca daripada kurangnya aktiviti hiliran dengan tumpuan tinggi diberikan kepada tanaman industri Suasana kawasan sawah padi di sebuah perkampungan Sekinchan Kuala...
Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 244 hits
Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran daripada isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negaraPETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Amanah berkata sensitiviti umat pe...
Terengganu Fc Sentiasa Bersifat Terbuka Ceo

Terengganu Fc Sentiasa Bersifat Terbuka Ceo

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 251 hits
KuaIa Lumpur WaIaupun khabar angin bertiup kencang tonggak Terengganu FC FaisaI AbduI HaIim mahu disunting keIab Iuar negara tiada perbincangan Ianjut diteruskan membabitkan pengurusan skuad Penyu Baca Situasi terbabit diakui Ketua Pegawai ...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki