Saiful Apek Berilah Lan Ruang



Pelawak dan pelakon Saiful Apek percaya pasti ada sesuatu yang menyebabkan anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet bersikap agresif sehingga memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan seperti dalam video yang tular semalam.
Apek yang juga anggota kumpulan lawak itu berkata, sepanjang mengenali Lan dia bukanlah seorang yang bersikap panas baran atau cepat melenting.
"Saya percaya ada sesuatu yang dilontarkan kepadanya hingga menyebabkan dia menjadi luar kawalan. Saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh 'haters', tetapi saya berjaya kawal keadaan dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Ia cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.
"Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Vieura 2021 di sini, semalam.
Menurut Apek, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan pihak lain dan sehingga kini belum menghubungi Lan untuk bertanyakan situasi yang berlaku.
"Saya tahu pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi Lan sebab saya kenal sahabat saya. Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dia lalui.
"Saya berkata begini bukan kerana nak menyebelahi kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat 'jatuh hukum'. Kami (Senario) sudah seperti keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan 'sejuk' dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap," katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan penjelasannya mengenai kejadian itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu, Lan dikatakan berselisih faham dengan seorang penghantar makanan di hadapan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur.
Lan juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.
Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/05/saiful-apek-berilah-lan-ruang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dia Bukan Seorang Yang Panas Baran Nafi Back Up Saiful Apek Minta Beri Ruang Buat Lan Pet Pet

Hiburan Dia Bukan Seorang Yang Panas Baran Nafi Back Up Saiful Apek Minta Beri Ruang Buat Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 252 hits
Pelakon dan juga pelawak Saiful Apek yang lebih dikenali sebagai Apek Senario berkata dia sebenarnya tidak tahu menahu mengenai kontroversi yang melibatkan rakan seperjuangan Lan Pet Pet itu tular sehinggalah diberitahu oleh orang lain Ujar...
Lan Solo Dituduh Cantas Peniaga Lain

Lan Solo Dituduh Cantas Peniaga Lain

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 421 hits
Penyanyi Lan Solo menolak dakwaan pembukaan cawangan kedua Solo Borneo Mart di Galaxy Mall Ampang bertujuan mencantas rezeki peniaga lain di situ Lan 36 berkata dia tidak tahu dan tidak pernah diberitahu mengenai kewujudan Pasar Borneo yang...
Berikan Aku Ruang Dan Peluang Untuk Aku Bahagiakan Syurgaku

Berikan Aku Ruang Dan Peluang Untuk Aku Bahagiakan Syurgaku

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 311 hits
Aku dah biasa orang perli aku Sindir aku Tak kawin lagi ke Umur dah tua bro Aku kalau tengok kau asyik dengan mak kau kemana pun Bila nak berdua Itulah memilih sangat Aku hanya boleh tersenyum Mampu cakap doakan aku ye Kau tau aku sedang be...
Terlajak Subuh Lakonan Bell Ngasri Lan Siro

Terlajak Subuh Lakonan Bell Ngasri Lan Siro

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 742 hits
Nantikan telefilem komedi Terlajak Subuh akan disiarkan pada Sabtu ini 1 Mei pukul 9 malam di TV1 JUDUL TERLAJAK SUBUHWAKTU SIARAN Sabtu 1 Mei 2021 9 00 malamSIARAN TV TV1 PENULIS SKRIP MF Kencana Boby WadiPENGARAH Isma YusoofPRODUKSI Kemba...
Kenapa Marah Sangat Tu Lan Pet Pet

Kenapa Marah Sangat Tu Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 221 hits
3 483 total views 3 483 views today Pelawak popular Lan Pet Pet sekali lagi mencuri perhatian apabila tular sebuah video di media sosial memaparkan dia memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan Menerusi video yang dirakam oleh se...
Awat Tu Lan Pet Pet Sampai Nak Bergaduh

Awat Tu Lan Pet Pet Sampai Nak Bergaduh

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 313 hits
Oleh MULANYA disangkakan satu lagi video tular insiden pergaduhan antara pelanggan dan penghantar makanan Bagaimanapun individu dalam video itu bukan orang biasa tetapi seorang pelawak popular Dalam video itu Lan Pet Pet dilihat memukul seo...
Ocbc Akan Semak Semula Keperluan Ruang Pejabat Jumlah Cawangan

Ocbc Akan Semak Semula Keperluan Ruang Pejabat Jumlah Cawangan

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 281 hits
SINGAPURA Bank kedua terbesar di Singapura OCBC akan menyemak keperluan ruang pejabatnya termasuk bilangan cawangan bank yang dimilikinya di tengah tengah perubahan corak kerja yang disebabkan pandemik COVID 19 COVID 19 menunjukkan kepada k...
Video Lan Pet Pet Memukul Penghantar Makanan Jadi Tular

Video Lan Pet Pet Memukul Penghantar Makanan Jadi Tular

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 280 hits
Apahal Lan Pet Pet tu Wartawan HMVIDEO yang tular di media sosial Kuala Lumpur Video pelawak popular Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi M...
Penyelenggara Tes Covid 19 Di Yogyakarta Wajib Sediakan Ruang Isolasi Sementara

Penyelenggara Tes Covid 19 Di Yogyakarta Wajib Sediakan Ruang Isolasi Sementara

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 236 hits
Pemerintah Kota Yogyakarta akan memberlakukan peraturan yang mewajibkan institusi penyelenggara tes Covid 19 mulai dari rapid test antigen swab PCR hingga GeNose untuk menyediakan ruang isolasi sementara
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi