Saifuddin Nasution Buat Komentar Bodoh Pasal Kewangan Kerajaan



Kewangan kerajaan meruncing nak bayar RM600 sebulan, kata PH

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sedang berdepan situasi kewangan meruncing untuk melunaskan pembayaran bantuan bulanan RM600 kepada pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji.

Katanya, pandangannya itu adalah berdasarkan kedudukan harga minyak dunia kini yang berada sekitar AS$30 setong, merudum hampir separuh berbanding ketika Belanjawan 2020 dibentangkan Oktober tahun lalu, iaitu pada AS$62 setong.

“Itu dah separuh daripada anggaran pendapatan kerajaan dari sumber minyak.

”Sekarang ini, dengan harga minyak yang cuma berlegar pada AS$30 setong, hal itu akan menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan dengan begitu besar sekali, mungkin anggaran sekitar RM10 bilion kehilangan hasil kalau harga 'bermain' pada julat sekarang.

“Saya fikir kedudukan kewangan kerajaan sekarang menjadi sangat-sangat runcing,” katanya dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.

Sesi itu dijalankan secara dalam talian sebagai langkah berjaga-jaga ekoran penularan wabak Covid-19.

Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita tentang apakah Pakatan Harapan (PH) yakin kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu membayar insentif RM600 sebulan seperti yang diumumkan semalam.



Ia menjadi kebimbangan berdasarkan maklumat kewangan terakhir sebelum pertukaran kerajaan berlaku.

Mengakui kejatuhan harga minyak itu hanyalah satu daripada banyak faktor lain yang perlu diambil kira, Saifuddin berkata, hal itu sudah cukup menjelaskan betapa “meruncingnya” kedudukan kewangan kerajaan kini.

Berdasarkan pemeriksaan terkini, harga minyak dunia terus mengalami penurunan, dan kini berada pada kadar AS$30.05 setong.

Jangan biar muflis

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan kewangan RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja yang meraih pendapatan bawah RM4,000 sebulan, yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, dengan peruntukan RM120 juta.

"Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke, pula meminta kerajaan membantu syarikat penerbangan bagi memastikan mereka tidak mengalami muflis.

Kata setiausaha organisasi DAP itu, syarikat penerbangan tidak boleh dibiarkan muflis kerana hal itu akan memberikan kesan yang sangat besar buat negara, terutamanya daripada aspek keterhubungan dengan negara lain yang harus dikekalkan sehingga wabak Covid-19 surut nanti.



“Kalau saya masih menteri pengangkutan, apa saya akan buat? Saya akan terus meminta semua syarikat penerbangan bermesyuarat dan minta mereka (cadangkan) terlebih dahulu apakah bentuk pakej bantuan yang boleh diberi untuk mengurangkan kos.

“Syarikat-syarikat penerbangan ini perlu dibantu, kerana kita tak boleh biarkan mana-mana syarikat penerbangan muflis. Itu akan beri implikasi yang sangat besar kepada negara [...]

“Apabila kita kembali pulih nanti (dari wabak Covid-19), kita perlu pastikan sistem pengankutan kita masih kekal dan kita ada keterhubungan (connectivity) yang berterusan dengan negara lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita tentang laporan yang menjangkakan kebanyakan syarikat penerbangan akan muflis menjelang Mei ekoran wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia.

Antara cadangan Loke, dalam masa dua hingga tiga bulan ke hadapan, syarikat-syarikat penerbangan boleh diberikan pinjaman mudah (soft loan) bagi membantu mereka.

Perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa esok, Rabu, 18 Mac, sehinggalah 31 Mac.

Antara lain, sekatan menyeluruh akan dikenakan terhadap semua perjalanan baik yang melibatkan rakyat Malaysia ke luar negara, mahupun pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.


MR :  Kalau kerajaan PN tak beri bantuan PH bising, kalau beri bantuan PH bising juga.. cilake punya PH nak bangkang aje kerja engkau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/saifuddin-nasution-buat-komentar-bodoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Muhyiddin Pm Untuk Orang Melayu Sahaja Atau Rakyat Malaysia Saifuddin Nasution

Terkini Muhyiddin Pm Untuk Orang Melayu Sahaja Atau Rakyat Malaysia Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 302 hits
By 6 March 2020Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata punca utama kerajaan Perikatan Nasional menunda tarikh persidangan Dewan Rakyat adalah tanda Tan Sri Muhyiddin Yassin ...
Pasal Isu Pengisytiharan Harta Macai Ph Juga Bodoh Nak Faham Tuan Ibrahim Jelaskan

Pasal Isu Pengisytiharan Harta Macai Ph Juga Bodoh Nak Faham Tuan Ibrahim Jelaskan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 306 hits
Semua menteri timb menteri MP PAS akan isytihar harta PAS bersetuju agar menteri timbalan menteri dan anggota parlimen parti itu membuat pengisytiharan harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim T...
Kerajaan Suruh Duduk Rumah Dahlah Degil Bodoh Pula

Kerajaan Suruh Duduk Rumah Dahlah Degil Bodoh Pula

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 307 hits
POLIS memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tular seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa di Kedah Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Ji...
Muhyiddin Sakit Kanser Tapi Saifuddin Nasution Sakit Jiwa

Muhyiddin Sakit Kanser Tapi Saifuddin Nasution Sakit Jiwa

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 263 hits
PETALING JAYA Seorang bekas menteri mempertahankan Muhyiddin Yassin selepas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution ketika mengkritik perdana menteri pada satu ceramah minggu lepas menonjolkan ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Kabinet a...
Muhyiddin Lied To The Agong When He Said All Bersatu Mps Back Him Claims Saifuddin Nasution

Muhyiddin Lied To The Agong When He Said All Bersatu Mps Back Him Claims Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 353 hits
Kulim Bandar Baharu MP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has claimed Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin misled the Yang di Pertuan Agong when he informed Istana Negara that all 36 Parti Pribumi Bersatu Malaysia MPs supported his app...
6 Tuntutan Umno Terhadap Kerajaan Muhyiddin

6 Tuntutan Umno Terhadap Kerajaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 374 hits
Umno hari ini mengemukakan enam tuntutan yang perlu diambil tindakan segera oleh kabinet Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin termasuk mengkaji semula siasatan dan pendakwaan kes penyelewengan yang dihentikan pada za...
Dua Cara Nak Daftar Anak Tahun 1 Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Dua Cara Nak Daftar Anak Tahun 1 Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 618 hits
Dua Cara Nak Daftar Anak Tahun 1 Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun ini anak dah berumur 5 atau 6 tahun Boleh lah daftar tahun 1 untuk sesi persekolahan Tahun 2021 dan 2022 Pendaftaran Tahun 1 2021 2022 telah dibuka seja...
Umno Kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional Bersyarat Hingga Pru15

Umno Kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional Bersyarat Hingga Pru15

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 465 hits
Kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi Majlis Kerja Tertinggi UMNO cukup jelas dan terang tentang tentang kerjasama UMNO menyertai kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional Ini disebabkan ada dikalangan pemimpin UMNO ter...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi