Saifuddin Bapa Presiden Ibu Tpm Izzah Sukar Kekal Jawatan



KUALA LUMPUR — Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pertemuan selama dua jam dengan Nurul Izzah malam semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan juga pengerusi PKR Pulau Pinang.
Loading...
“Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR... tetapi lebih kepada PH itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

“Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau,” katanya.

Saifuddin berkata Nurul Izzah telah memilih jalan terbaik dengan masih kekal sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh agar boleh terus menyuarakan pandangan menerusi Parlimen.

“Berdasarkan situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan rasa kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

“Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuarakan pendapat jika terus mengekalkan jawatan.

“Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai pengganti bagi jawatan yang dilepaskan Nurul Izzah, Saifuddin berkata Nurul Izzah adalah Naib Presiden yang dipilih maka situasi itu perlu dirujuk kepada perlembangaan parti sama ada kekosongan tersebut boleh diganti secara lantikan oleh presiden parti.

“Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang bercuti sekarang, saya baru memangku dan diminta oleh presiden untuk menjalankan tugas bagi tempoh sehingga setiausaha agung (baharu) dilantik,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata beliau belum menerima surat peletakan jawatan rasmi daripada Nurul Izzah.

Kelmarin, Nurul Izzah mengumumkan meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang serta sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/saifuddin-bapa-presiden-ibu-tpm-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Letak Jawatan Kerana Situasi Politik Dalam Ph Saifuddin

Nurul Izzah Letak Jawatan Kerana Situasi Politik Dalam Ph Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 344 hits
Bernama KUALA LUMPUR Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembangan politik dalam Pakatan Harapan akhir akhir ini Katanya beliau membuat kesimpulan i...
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika Ds Anwar Ibrahim Sedang Bercuti

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 442 hits
Saifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang BercutiSaifuddin Dedahkan Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan Ketika DS Anwar Ibrahim Sedang Bercuti
Nurul Izzah Letak Jawatan Naib Presiden Pkr

Nurul Izzah Letak Jawatan Naib Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 286 hits
17 Disember 2018 3 35 PM KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Baju Sekolah Pilihan Ibu Bapa Selesa Sepanjang Hari

Baju Sekolah Pilihan Ibu Bapa Selesa Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 361 hits
Hi semua Un hari ni baru sempat nak update peristiwa hari Ahad lalu Akibat kesibukkan tugas hujung minggu Un bawa anak anak mencari baju sekolah pilihan kami iaitu jenama Swan Baju Sekolah Pilihan Kami Iaitu Jenama Swan Baju sekolah anak ad...
Ibu Bapa Perlu Tahu Perkara Ini Jika Anak Ingin Tidur Di Rumah Kawan

Ibu Bapa Perlu Tahu Perkara Ini Jika Anak Ingin Tidur Di Rumah Kawan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 423 hits
Setiap ibu bapa ingin melindungi anak dan memastikan mereka sentiasa selamat dan jauh daripada masalah Memastikan anak anda selamat di sekolah atau bersama pengasuh mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan namun ia mungkin akan menja...
Masalah Puting Tenggelam Menyebabkan Ibu Sukar Nak Menyusukan Bayi 10 Cara Ini Boleh Menyusukan Tanpa Masalah

Masalah Puting Tenggelam Menyebabkan Ibu Sukar Nak Menyusukan Bayi 10 Cara Ini Boleh Menyusukan Tanpa Masalah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 597 hits
Saiz dan bentuk puting payudara berbeza mengikut individu Ibu yang memiliki puting tenggelam sering menghadapi masalah kerana kesukaran bayi untuk melekap pada payudara Kaunselor laktasi Noor Fazilah Abdul Rahman memberikan informasi mengen...
Mohamad Hasan Pangku Jawatan Presiden Ismail Sabri Timbalan Presiden

Mohamad Hasan Pangku Jawatan Presiden Ismail Sabri Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 212 hits
Mesyuarat Pengurusan UMNO bersetuju memutuskan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan memangku jawatan Presiden sepanjang Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti bagi memastikan kelancaran gerak kerja parti Dalam satu kenyataa...
Kekal Keamanan Persahabatan Pelbagai Kaum Agama Tpm

Kekal Keamanan Persahabatan Pelbagai Kaum Agama Tpm

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan keamanan dan ikatan persahabatan yang sedia ada dalam kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini Dalam perutusan Hari Krismas yang aka...
Netizen Luah Perasaan Meluat Dengan Perangai Tunang Asyik Merintih Mengalahkan Ibu Bapa Adib

Netizen Luah Perasaan Meluat Dengan Perangai Tunang Asyik Merintih Mengalahkan Ibu Bapa Adib

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1581 hits
Muhammad Adib anggota bomba yang cedera dibelasah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dah mula tunjuk perubahan positif sejak beberapa hari lalu Terbaru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin beritahu beliau yakin ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom

Aktivis Gagal Rayu Mohon Cabar Keputusan Ag Tak Dakwa Muhammad Zamri Vinoth Dan Firdaus Wong

What Are The Chances That Anwar Will Honour His Promise To Raise The Salary Of Civil Servants

Is The Government Getting Paranoid About The Media

Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong