Sahur Dengan Kurma Kering
SAHUR DENGAN KURMA KERING.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"Sebaik-baik (makanan) ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Sunan Abi Daud No: 2345) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih.
Sahur dengan kurma kering.
Pengajaran:
1. Bersahur adalah sunnah Rasulullah SAW
2. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering.
3. Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad mensyarahkan hadis ini menyebut: “Pada hadis ini menunjukkan pujian pada sesiapa yang bersahur dengan tamar, kerana pada tamar itu terdapat kekuatan yang tersendiri. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, "Rumah yang tiada tamar padanya, maka akan lapar penghuninya", kerana tamar merupakan makanan asasi yang utama di sisi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa bersahur dengan tamar itu dipuji, kerana perkataan ni'ma (نِعْمَ) ini menunjukkan sighah pujian sebagaimana yang diketahui. (Syarh Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Abd al-Muhsin al-'Abbad, 8/255)
4. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa
5. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fruktosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang
6. Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa
At-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir, dari Uqbah bin Amir RA
أن النبي صلى الله عليه وسلم أخذ حفنة من تمر، فقال: نعم سحورٌ للمسلم
Bahawa Nabi SAW pernah mengambil segenggam kurma, kemudian bersabda, “Ini sebaik-baik hidangan sahur orang Muslim.” (Mu’jam al-Kabir, 17/282)
Jika kita memiliki kurma, selain mengambil nasi bersama ikan dan sayur di waktu sahur, elok juga makan sedikit kurma kering
Kredit : Perkongsian 1 Hari 1 Hadis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2022/04/sahur-dengan-kurma-kering.html