Sahruddin Nafi Exco Yang Dipilih Pasukan Muhyiddin


foto sumber internet
ISKANDAR PUTERI, 25 April — Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menafikan wakil rakyat yang dipilih menjadi barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) baru-baru ini adalah ‘pasukan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kesemua 10 Exco itu merupakan pilihannya sendiri, untuk melaksanakan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan rakyat Johor dan mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.

Loading...
“Sebetulnya, untuk kita membela rakyat, tiada team pun. Cuma pasukan exco yang ada di keliling saya ini, 10 Exco yang ada ini merupakan satu pasukan yang saya selesa bekerja dengan mereka.

“Tujuan (mereka dilantik) untuk kita menjaga rakyat Johor nilah, jadi tiadalah team A, team B ni,” kata beliau dalam satu temubual khas di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini semalam.

Dr Sahruddin berkata dengan ada pasukan baru ini, dan dengan kerjasama dengan semua penjawat awam di negeri ini, antara lain adalah untuk memastikan Bangsa Johor iaitu rakyat negeri ini mengecapi keadaan yang aman serta ekonomi yang baik, sekali gus menjadikan taraf hidup mereka lebih baik.


“Inilah team saya, untuk membela nasib rakyat. Sepuluh Exco itulah team saya, untuk membela rakyat,” kata Dr Sahruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa ada antara exco baharu yang dipilih merupakan “Team Muhyiddin” sehingga turut menimbulkan persoalan terdapatnya campur tangan dari Istana.

Dr Sahruddin, yang baharu sahaja dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu, baharu saja mengumumkan barisan exco Johor yang baharu dua hari lepas (Isnin), menyaksikan dua Exco lama digugurkan manakala tiga exco baharu dilantik.

Beliau menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 8 April lepas.

Dua Exco lama yang digugurkan ialah Adun Skudai Tan Hong Pin dan Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang manakala tiga Exco baharu adalah ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi, Adun Tenang Mohd Solihan Badri dan Adun Jementah Tan Chen Choon.

Ketika ditanya mengenai bagaimana dirinya akan berperanan dalam menyeimbangkan hubungan antara kerajaan persekutuan dan Istana terutama dalam menangani beberapa isu berkaitan, Dr Sahruddin berkata beliau berharap hubungan baik yang terjalin diharap dapat mengharmonikan hubungan kedua-duanya.

“Pertamanya, saya menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar agar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan amanah serta tidak mengutamakan kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Johor,” kata beliau.

Dr Sahruddin menambah, di atas keprihatinan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Istana dan rakyat terjalin.

“Sebetulnya perlu ada semak dan imbang. Keseimbangan antara kerajaan persekutuan dan pihak Istana.

“Insya-Allah, segala isu saya akan cuba selesaikan dengan baik,” kata beliau. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/sahruddin-nafi-exco-yang-dipilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Johor Bukan Team Muhyiddin Kata Sahruddin

Exco Johor Bukan Team Muhyiddin Kata Sahruddin

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 408 hits
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menafikan wakil rakyat yang dipilih menjadi barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor baru baru ini adalah pasukan Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebaliknya kesemua 10 Exco itu merupakan p...
Muhyiddin S Aide Reveals Truth Behind Exco Reshuffle To Counter Slander

Muhyiddin S Aide Reveals Truth Behind Exco Reshuffle To Counter Slander

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 317 hits
Marzuki Mohamad felt compelled to set the record straight on the accusation that his boss Bersatu president Muhyiddin Yassin made an eleventh hour U turn which contradicted the cabinet s decision not to reshuffle the Johor executive council...
Barisan Baru Exco Johor Diumum Esok Kata Muhyiddin

Barisan Baru Exco Johor Diumum Esok Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 530 hits
Muhyiddin Yassin bersama Sahruddin Jamal dilaporkan menghadap Sultan Johor untuk menyerahkan senarai barisan exco Johor baru di Istana Pasir Pelangi pagi tadi ISKANDAR PUTERI Barisan exco Johor yang baru dijangka diumumkan esok kata Pengeru...
Rina Nafi Bersatu Bergolak Hubungan Dr M Muhyiddin Baik

Rina Nafi Bersatu Bergolak Hubungan Dr M Muhyiddin Baik

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 795 hits
WAWANCARA Ketua Srikandi Bersatu menafikan dakwaan kepimpinan partinya bergolak
Dr Mahathir Marah Exco Johor Dirombak Muhyiddin Minta Maaf Kata Laporan

Dr Mahathir Marah Exco Johor Dirombak Muhyiddin Minta Maaf Kata Laporan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 697 hits
Dr Mahathir marah exco Johor dirombak Muhyiddin minta maaf kata laporan Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 24
Mahathir And Muhyiddin Clash Over Johor Exco

Mahathir And Muhyiddin Clash Over Johor Exco

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 503 hits
Top PPBM leaders have expressed solidarity with Dr Mahathir Mohamad amid lingering tension between the prime minister and the Johor royal household over the selection of the state cabinet FMT has learnt from reliable sources that the expres...
Bubar 3 Pasukan Khas Demi Tambah Baik Pdrm Kata Muhyiddin

Bubar 3 Pasukan Khas Demi Tambah Baik Pdrm Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 462 hits
Bubar 3 pasukan khas demi tambah baik PDRM kata Muhyiddin Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Apr 2019 8 56PM
Muhyiddin Nafi Wujud Dua Team Dalam Bersatu

Muhyiddin Nafi Wujud Dua Team Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 448 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin foto SYAFIQ AMBAK MUAR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan wujud dua team dalam parti itu dan menegaskan bahawa tiada apa apa masalah dalam hubungan...
Sultan Tiada Kuasa Arah Rombak Exco Pkr Johor

Sultan Tiada Kuasa Arah Rombak Exco Pkr Johor

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 428 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai kuasa mengarahkan rombakan exco mesyuarat kerajaan negeri susulan perletakan jawatan menteri besar Osman Sapian kata Pengerusi PKR Johor Hassan Karim Sebaliknya MP Pasir Gudang memberitahu Mala...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked