Sahabat
Sahabatبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Asalamualaikum & Salam Sejahtera.Sahabat, satu patah kata yang bermaksud tersimpul satu ikatan akrab antara dua insan atau beberapa insan sesama manusia. Dalam persahabatan itu ada ikatan kasih sayang dan saling mengingati saling bersefahaman dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Sabahat, semua kita telah pernah rasai dan detik ini pun ada kita rasakan. Sahabat atau secara ringkasnya ada insan lain yang menjadi kawan, teman kita atau seseorang yang begitu rapat dengan kita. Jika dapat sentiasa ingin bersama sahabat atau dia yang menjadi kawan karib kita. Ada kah rindu dalam persahabatan itu?
Gambar kenangan dengan kawan lama dan kawan baru..
Terserah sejauh mana kekuatan persahabatan anda dengan seseorang atau dengan ramai orang. Semasa remaja kita memang tidak lari dari persahabatan akrab dengan seseorang yang bukan dari kalangan keluarga. Sahabat boleh terjadi antara lelaki sesama lelaki atau dengan kaum wanita dan juga antara wanita dan wanita. Tidak lebih dari hanya terjalin keakraban sefahaman dan sependapat dan tidak melukai antara satu dengan yang lainnya.
Etuza memang ceria sekali bila bersua dengan Cikgu Ariffin Mat Saat.Dia seorang yang mesra dan mudah tersenyum..kelakar dan sentiasa bersemangat, Anda ada sahabat? Jagai dan sentiasalah memupuk nilai persahabatan anda itu, usah menyakiti dengan niat. Sayang jika persahabatan yang terputik itu hancur dengan perasaan saling membenci. Pasti anda akan merasakan hidup sunyi tanpa kawan-kawan di sekeliling. Ingat sekali kita di sakiti dan di bohongi selamanya kita tidak akan dipercayai lagi.
Gambar lagi bersama Cikgu Ariffin Mat Saat di satu majlis ilmu.
Pernah atau tidak saat kita sendirian dalam kesunyian, terasa amat memerlukan teman atau sahabat bersama kita? Dalam kesendirianan kita terkenang saat bersama sahabat itu, bergurau dan ketawa, jalan bersama dan saling membantu tiap masalah yang timbul. Sayang sekali, kehidupan masing-masing membataskan kita sering bersama sahabat yang kita sukai itu.
Sahabat, ya sahabat yang terbaik adalah sahabat yang sentiasa membawa kita ke jalan yang benar, sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang hukum agama, solat bersama dan belajar bersama menuju taqwa. Sayang sekali sahabat seumpama itu tidak pernah akan kekal hingga selamanya dalam kedewasan kita, meliankan adanya permuafakatan adanya kata pemastian bahawa jangan ada perpisahan dalam persahabatan itu.
Bersama Tuan Haji Rosli, orang Melaka..baik orangnyabermotivasi duduk bercerita denganya iniSahabat, ya sahabat yang Etuza ada masa ini ialah anak-anak Etuza, merekalah peneman dan pendengar yang setia kala Etuza bercerita meluahkan sesuatu. Apabila mereka di sisi terasa amat bahagia, melihat mereka gembira tersenyum dan ketawa terasa amat bersyukur pada Allah. Mereka lah anak-anak sahabatku kini. Mereka adalah permata dan aku bebas meluahkan semua perasaan tampa selindung, bahawa mereka adal;ah kesayangan ku dan kebahagiaan ku kini dalam kehidupan ini. Ya Allah peliharalah kasing sayang dalam keluargaku ini. Semoga Engkau rahmati kasih sayang dan kebahagiaan kami sekeluarga. Aamiin.
Alhamdulillah mereka lah permata dan sahabat sejati Etuza.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/11/sahabat.html