Sah Tiada Tpm Dan Rombakan Kabinet Kata Sumber


November 1, 2020 8:33 am

Khabar angin pelbagai media mengenai Muhyiddin Yassin bakal melantik timbalan perdana menteri daripada Umno disahkan sebagai tidak benar.

Spekulasi itu menyebabkan ramai wartawan membanjiri Ibu Pejabat Umno sehingga lewat malam pada Rabu dengan sangkaan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno akan menamakan calon timbalan perdana menteri yang kosong sejak Muhyiddin mengangkat sumpah pada Februari selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malahan ada juga yang menyangka Kabinet akan dirombak selepas ugutan daripada sejumlah pemimpin Umno termasuk presidennya untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Itu adalah sebahagian daripada permainan siber yang menyebabkan media terperangkap. Sebenarnya, tiada tawaran seperti itu (jawatan TPM kepada Umno) daripada perdana menteri,” kata sumber yang mengetahui mengenai perbincangan antara Umno dan Bersatu kepada MalaysiaNow.

Beliau menambah tumpuan kini diberikan kepada belanjawan yang akan dibentangkan Muhyiddin, belanjawan pertama semenjak Covid-19 mengucar-ngacirkan perniagaan sehingga memaksa kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk menyelamatkannya.

Spekulasi pelantikan timbalan perdana menteri timbul ketika ketegangan antara dua pemimpin Umno dan Muhyiddin.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak yang mengetuai Barisan Nasional (BN) sebelum tumbang pada pilihan raya 2018, meningkatkan tekanan kepada perdana menteri agar memberikan lebih banyak jawatan kanan kerajaan kepada parti Melayu itu.

Umno yang mempunyai 39 ahli Parlimen menyokong Muhyiddin untuk membentuk kerajaan selepas kerajaan PH tumbang pada Februari.

Permintaan utama mereka ialah Muhyiddin melantik timbalan perdana menteri, jawatan yang disasarkan ahli politik bercita-cita tinggi dalam sejarah politik Malaysia.

Muhyiddin sendiri merupakan timbalan perdana menteri sebelum dipecat Najib pada 2015 kerana mengkritik cara kerajaan menguruskan skandal 1MDB.


Spekulasi pelantikan timbalan perdana menteri timbul ketika ketegangan antara dua pemimpin Umno dan Muhyiddin.

“Seseorang itu tidak perlu terlalu mempercayai benda karut untuk mengetahui jawatan itu membawa sial,” kata sumber sama. “Tetapi struktur kompleks politik Melayu kadang-kala melihat jawatan No 2 sebagai sangat penting.”

“Begitu sedikit contoh seorang TPM menjadi PM. Sama ada bergaduh dengan bosnya, dipecat atau dalam kes Zahid, kalah pilihan raya,” katanya, merujuk kepada Zahid yang menjadi timbalan perdana menteri kepada Najib selama tiga tahun sebelum BN tumbang pada pilihan raya 2018.

Tambahnya pelantikan ke jawatan TPM “satu resepi yang pasti akan menyebabkan politik menjadi lebih tidak stabil”.

“Dan ia bertentangan dengan arahan pihak istana yang memberi amaran supaya ahli politik untuk tidak menggangu usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19 menerusi ketidakstabilan dan ‘politicking’, ” kata sumber itu, yang pada sebelum ini memberitahu MalaysiaNow tentang ketegangan ketika mesyuarat sulit antara pemimpin utama parti.

Mengambil contoh pada pertemuan itu, Zahid menuntut dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Malah sebelum butiran mengenai pertemuan dibocorkan kepada MalaysiaNow, sekumpulan pemimpin Umno sudah bercakap mengenai “perjanjian lebih baik untuk Umno” di bawah kerajaan PN, termasuk rombakan Kabinet.

Satu kenyataan lewat malam yang dikeluarkan oleh Zahid, selepas mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin tertinggi Umno bagaimanapun memadamkan khabar angin mendakwa ahli majlis tertinggi akan menamakan Zahid sebagai calon tunggal untuk jawatan TPM.

Nama-nama lain yang turut disebut dalam portal-portal berita termasuk Hishammuddin Hussein, Annuar Musa dan Ismail Sabri Yaakob, yang menjawat jawatan penting dalam Kabinet.

Apabila MalaysiaNow cuba mendapatkan mengenai butiran dibincangkan pada Rabu, beberapa pemimpin Umno bertindak mengunci mulut.

“Ia terlalu rumit,” kata salah seorang daripada mereka. “Saya tidak menafikan isu (pelantikan TPM) turut dibincangkan, tetapi kami juga berbincang mengenai cara bagaimana lebih banyak bantuan boleh disalurkan kepada rakyat untuk menghadapi Covid-19.”

Satu sumber peringkat tertinggi Umno berkata, sudah terdapat cakap-cakap dalam kalangan pemimpin tertinggi parti sebarang tindakan Muhyiddin untuk melantik calon Umno ke jawatan TPM hanya akan memecahbelahkan lagi parti itu.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan Muhyiddin mungkin memberikan beberapa bentuk konsesi kepada Umno, tetapi tidak menambah lagi kedudukan Umno dalam Kabinet seperti diminta Zahid dan Najib.

Berita penuh: https://www.malaysianow.com/berita/2020/10/31/tiada-tpm-tiada-rombakan-kabinet-tumpuan-kepada-belanjawan/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/sah-tiada-tpm-dan-rombakan-kabinet-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Diberi Nasihat Salah Kata Sumber Ppbm

Muhyiddin Diberi Nasihat Salah Kata Sumber Ppbm

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 638 hits
Pengkomplot anti Mahathir di sebalik idea darurat kata sumber PPBM Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM tidak tahu menahu mengenai spekulasi meluas cadangan perisytiharan darurat kata seorang pemimpin kanan parti itu Sebaliknya idea itu data...
Rombakan Kabinet Tidak Sesuai Ahmad Jazlan

Rombakan Kabinet Tidak Sesuai Ahmad Jazlan

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 288 hits
PUTRAJAYA Rombakan Kabinet yang menjadi polemik ketika ini disifatkan tidak sesuai dilaksanakan ketika negara sedang berdepan pandemik Covid 19 Pengerusi Biro Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kerajaan sebaliknya p...
Pengkomplot Anti Mahathir Di Sebalik Idea Darurat Kata Sumber Ppbm

Pengkomplot Anti Mahathir Di Sebalik Idea Darurat Kata Sumber Ppbm

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 276 hits
Menurut sumber dalaman PPBM individu tertentu yang menggulingkan Dr Mahathir Mohamad berada di sebalik cadangan perisytiharan darurat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM tidak tahu menahu mengenai spekulasi meluas cadangan perisytiharan dar...
Untung Jangka Pendek Sakit Jangka Panjang Jika Umno Terima Jawatan Tpm Kata Penganalisis

Untung Jangka Pendek Sakit Jangka Panjang Jika Umno Terima Jawatan Tpm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 614 hits
PETALING JAYA Umno akan merosakkan kepentingannya sendiri jika ia menerima jawatan timbalan perdana menteri menurut penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya Ini keuntungan jangka pendek dan kesakitan jangka panjang katan...
Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Para menteri semalam menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jangan meletakkan jawatan beberapa jam selepas Istana Negara menolak cadangan mengisytiharkan darurat daripada Putrajaya kata beberapa sumber Presiden PPBM itu...
Tpm Daripada Umno Imbangi Kabinet Pn

Tpm Daripada Umno Imbangi Kabinet Pn

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 358 hits
UMNO Dulu Kini Selamanya SHAH ALAM Langkah mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin parti UMNO dapat mengimbangi komposisi Kabinet kerajaan Perikatan Nasional yang lebih memihak kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia ...
Mesyuarat Khas Di Putrajaya Esok Cetus Spekulasi Rombakan Kabinet

Mesyuarat Khas Di Putrajaya Esok Cetus Spekulasi Rombakan Kabinet

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 382 hits
SHAH ALAM Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya esok Menurut sumber tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Perdana Mente...
Tiada Rombakan Kabinet Tunggulah Rabu Ini

Tiada Rombakan Kabinet Tunggulah Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 182 hits
Menurut sumber MalaysiaGazette yang enggan dinamakan tidak ada apa apa rombakan hari ini mahupun pada masa terdekat ini Gambar hiasan KUALA LUMPUR Sejak beberapa lepas kecoh konon akan ada pertukaran kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepa...
Muhyiddin Sedang Bincang Rombak Kabinet Kata Laporan

Muhyiddin Sedang Bincang Rombak Kabinet Kata Laporan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 430 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang berbincang mengenai kemungkinan merombak Kabinet dalam usaha menenangkan Umno yang mempertimbangkan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional kata 3 sumber kepada agensi b...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bara Sengketa Masih Menyala

Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan

Topstar359 8 Topstar359 Top 86 By Leia

Fullslotpg 15 May Fullslotpg Top 38 By Kayla

Nakoya1688 27 Nakoya1688 Top 10 By German

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam