Sah Kerajaan Pn Tumbang Umno Hantar Surat Tamat Kerjasama Dengan Bersatu Dan Pn


 



March 3, 2021 Umno telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Sumber dalaman Umno mengesahkan bahawa surat pemakluman itu telah dihantar kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada 26 Feb lalu.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.
“Ya, surat berkenaan telah dihantar pada 26 Feb lalu, bagi memaklumkan keputusan mesyuarat MT Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.
“Ahli Parlimen Umno juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.
“Bagaimanapun belum ada jawapan balas terhadap surat berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Katanya, surat itu dihantar berdasarkan keputusan MT Umno yang bermesyuarat di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.
Pada 9 Jan lalu, MT Umno dilaporkan sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRU-15.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang sepatutnya diadakan pada 31 Januari lalu.
Menurutnya, cadangan berkenaan adalah antara usul yang diterima MT Umno dalam mesyuarat MT yang diadakan 6 Januari lalu dan ia akan dimasukkan sebagai usul dalam ucapan dasar presiden Umno pada perimpunan agung nanti.
Bagaimanapun Umno terpaksa menangguhkan perhimpunan agung yang dijadualkan pada 31 Janurai lalu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 oleh kerajaan.
Terdahulu bekas Setiausaha Agung Umno dan BN, Annuar Musa meminta penjelasan kepemimpinan Umno sama ada berita menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 adalah benar.
Jelasnya, jika benar Umno berdepan dengan kerugian kerana menghadapi PRU-15 secara bersendirian.
Annuar turut bertanya sama ada Umno berpendapat kebersamaan Umno dalam kerajaan PN ketika ini hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan. –MK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/sah-kerajaan-pn-tumbang-umno-hantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Maslan Dedah Punca Mengapa Umno Hantar Surat Putus Hubungan Dengan Bersatu

Ahmad Maslan Dedah Punca Mengapa Umno Hantar Surat Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 417 hits
March 4 2021 Satu Perjumpaan Khas antara UMNO PPBM dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari 2021 Di dalam pertemuan tersebut Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM YAB Tan Sri Muhyid...
Bersatu Surat Zahid Beri Implikasi Besar Kerjasama Dengan Umno

Bersatu Surat Zahid Beri Implikasi Besar Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 524 hits
malaysiakini comDiterbitkan 4 Mar 2021 10 18 pmMesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Hamzah Zainuddin berkata Bersatu mem...
Sah Umno Buang Bersatu Tolak Jawatan Tpm Pn Bakal Tumbang

Sah Umno Buang Bersatu Tolak Jawatan Tpm Pn Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 376 hits
Krisis perpecahan pakatan longgar dan Kerajaan tiada majoriti Muhyiddin Yassin semakin menggelegak UMNO sudah buat keputusan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO dalam PRU Apakah langkah Muhyiddin seterusnya MengHARAMkan UMNO Jangan terperan...
Umno Nafi Laporan Mkt Tolak Kerjasama Bersatu Pn

Umno Nafi Laporan Mkt Tolak Kerjasama Bersatu Pn

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 416 hits
UMNO menafikan laporan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu menolak kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional pada pillihan raya umum akan datang Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO berk...
Tiada Siapa Pengaruhi Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Kata Mat Hassan

Tiada Siapa Pengaruhi Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Kata Mat Hassan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 466 hits
Keputusan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke 15 tidak dipengaruhi mana mana individu kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Mohamad berkata lebih 100 bahagian menggesa supaya Umno tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan i...
Mat Hasan Keputusan Umno Tolak Kerjasama Bersatu Tidak Dipengaruhi Mana Mana Individu

Mat Hasan Keputusan Umno Tolak Kerjasama Bersatu Tidak Dipengaruhi Mana Mana Individu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 445 hits
420 total views 420 views today Keputusan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke 15 tidak dipengaruhi mana mana individu kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Mohamad berkata lebih 100 bahagian menggesa supaya Umno tidak meneruska...
Lembaga Disiplin Umno Arah Tun Faisal Hantar Surat Tunjuk Sebab

Lembaga Disiplin Umno Arah Tun Faisal Hantar Surat Tunjuk Sebab

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 377 hits
tuncarlos comPUTRAJAYA Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz diminta mengemukakan surat tunjuk sebab serta diarahkan hadir ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO Ini ekoran tindakannya yang membuat kenyataan terbuka menen...
Umno Tetap Dengan Pendirian Tidak Kerjasama Dengan Bersatu

Umno Tetap Dengan Pendirian Tidak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 482 hits
Umno tetap dengan pendirian tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional khasnya Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang kata Ahli Majlis Tertinggi Dr Mohd Puad Zarkashi lapor The Malaysian Insight Katanya perkara itu bukan rahsia lagi ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara