Safiey Ilias Akan Masuk Pusat Rehabilitasi
Safiey Ilias akan masuk pusat rehabilitasi
“Kalau tak masuk pusat rehabilitasi dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri.”
Demikian kata usahawan kontroversi Safiey Ilias, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias apabila dia dinasihati untuk menjalani rawatan sakit mental dialami di pusat rehabilitasi selama tiga hingga enam bulan.
Safiey berkata, tahap kesihatan mental dialami semakin kronik dan membimbangkan doktor yang merawatnya selama ini.
“Insya-Allah minggu depan saya dah kena masuk pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikiatri, Dr Rafidah yang merawat saya sejak 2015 lagi. Katanya, ia bagus demi masa depan saya.
“Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan bermacam-macam lagi. Jadi, baik bertindak sekarang sebelum menjadi lebih parah. Dia beritahu saya juga, di tempat itu sudah ramai yang sembuh,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Safiey, sepanjang ketiadaan dirinya, segala urusan perniagaan diserahkan sementara pada bapa dan adiknya.
“Saya akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat. Doakan saya. Maafkan saya jika sudah mengecewakan ramai orang.
“Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah,” katanya. HM
Safiey Ilias akan masuk pusat rehabilitasi
Baca Artikel Menarik:
Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/03/safiey-ilias-akan-masuk-pusat-rehabilitasi/