Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin


Melahirkan anak adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi adalah penting untuk bakal ibu makan dan minum sebelum bersalin. Apa pilihan makanan yang sesuai ya?

Makan & minum sebelum melahirkan anak
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran penting untuk membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan dan menjadikan diri lebih selesa dalam menghadapi kontraksi.
Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun tindakan anda memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan diri berdepan tekanan, mengalami rasa mual, muntah dan sakit kepala.

Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan terhidrat bantu mengelakkan anda daripada mengalami keletihan. Ini kerana keletihan tersebut boleh mengakibatkan proses bersalin menjadi lama dan kontraksi yang kurang efektif.Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin
Pilihan makanan sebelum bersalin (Fasa pertama)
Fasa pertama ini adalah tempoh paling baik untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan nanti.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang dapat memberikan tubuh tenaga serta nutrien diperlukan semasa melahirkan anak.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dan minum dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan gula dalam darah dan tenaga, seperti:
Spageti bolognese Roti gandum dengan sapuan mentega kacang Buah-buah kering dan kacang Bar granola Buah anggur atau beri sejuk beku Makanan untuk dimakan (Fasa kedua)
Apabila memasuki fasa kedua dalam peringkat melahirkan anak, selera anda pastinya akan semakin berkurangan, lebih-lebih lagi jika kontraksi lebih kuat dari masa ke masa.
Sekiranya boleh, kunyahlah sedikit makanan ringan atau yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan.
Sediakan beberapa pilihan makanan seperti buah-buahan atau bar granola dengan campuran buahan kering.
Elakkan makanan ini sebelum bersalin
Secara mudahnya walaupun makanan yang dipilih haruslah berkhasiat dan seimbang, ia mestilah mengikut selera anda.
Pun begitu, ada juga makanan yang harus dielakkan pengambilannya, seperti:
Buah atau jus oren. Keasidan buah ini boleh menyebabkan anda sakit perut atau mengalami sensasi terbakar jika muntah selepas memakannya Gabungan protein dan lemak. Ini melambatkan kadar otot menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada gula. Elakkan makanan seperti stik, kentang goreng atau burger Makanan tinggi gula dan lemak. Pengambilan makanan jenis ini boleh memberikan anda tenaga pantas tetapi menyebabkan keletihan dan mual apabila tenaga meningkat. Hindari makanan seperti donut, pastri atau kek
Minuman sesuai diambil sebelum bersalin
Seperti melakukan aktiviti fizikal yang kuat, anda juga perlu kekal terhidrat semasa melahirkan anak.
Anda mungkin tidak mempunyai selera makan, tetapi pastikan terus minum air antara tempoh kontraksi.
Fasa pertama: Air putih membantu anda kekal hidrat, air rebusan (bone broth) kaya nutrien dan membantu mengatasi loya. Manakala air kelapa mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit – pilihan terbaik untuk mengekalkan hidrasi
Fasa aktif: Air minuman campuran limau nipis membekalkan elektrolit yang diperlukan bagi pengecutan otot rahim
Amalan minum air selusuh sebelum bersalin
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, pastinya pernah mendengar saranan mengenai pengambilan air selusuh. Namun, adakah ia amalan yang sesuai untuk diamalkan?
Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai air selusuh, ia merupakan air yang dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Air ini bukan sahaja diminum tetapi juga disapu pada perut.
Secara amnya, air selusuh ini adalah minuman yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Selain itu, ada juga amalan penyediaan air selusuh dengan merendam akar Fatimah (rose of jericho) – biasanya diperolehi dari Mekah, air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun.
Tidak digalakkan
Buat masa ini masih tiada kajian atau penyelidikan yang dapat membuktikan bahawa air selusuh ini membantu mempermudahkan proses melahirkan anak.
Proses penyediaan air seluruh yang menggunakan bahan seperti akar Fatima atau akar kayu serta herba lain menyebabkan terhasilnya campuran bahan kimia aktif.
Campuran tersebut menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pengambilan air ini tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko kepada ibu hamil seperti:
Penggunaan air ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk melahirkan anak Meminum air selusuh boleh sebabkan kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka Tingkatkan risiko komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan Jika anda tidak pasti mengenai makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-senarai-makanan-yang-disarankan-untuk-ibu-sebelum-masuk-bilik-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsert Justin Bieber Bimbang Ibu Bapa Anak Tak Sempat Bertaubat Sebelum Mati Ustazah Asma Harun

Konsert Justin Bieber Bimbang Ibu Bapa Anak Tak Sempat Bertaubat Sebelum Mati Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 172 hits
Susulan teguran dan nasihat Ustazah Asma Harun terhadap golongan belia bakal menghadiri konsert penyanyi Justin Bieber ramai anak muda termasuk ibu bapa mereka meluahkan rasa tidak puas hati lalu mengecam pendakwah bebas itu Ustazah Asma ba...
Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 172 hits
Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak kanak tersebut Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu Adik Izzat ini menderita dengan penyakit Psorias...
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Rm450

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Rm450

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 260 hits
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK RM450 Kepada ibu warga Sarawak yang baru melahirkan anak kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan satu inisiatif Bantuan Ibu Bersalin Sekiranya layak anda boleh membuat permohonan Disini kami akan...
Hantar Anak Masuk Mrsm Rita Rudaini Kongsi Rasa Seb4k Bangga Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan

Hantar Anak Masuk Mrsm Rita Rudaini Kongsi Rasa Seb4k Bangga Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 328 hits
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa seb4k selepas menghantar anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara Menurut Rita 45 dia yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu mengalir...
Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 182 hits
Ahad baru baru ini saya ada berikan kursus dan latihan keusahawanan kepada anak anak muda di Melaka Kursus asas keusahawanan buat mereka yang baru berhasrat nak berkecimpung dalam dunia perniagaan Mungkin lebih tepat jika saya katakan merek...
Bayi Hampir Lemas Muka Tertutup Selimut Mujurlah Ayah Cepat Masuk Bilik

Bayi Hampir Lemas Muka Tertutup Selimut Mujurlah Ayah Cepat Masuk Bilik

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 141 hits
Detik cemas dilalui seorang bayi yang dirakamkan oleh rakaman kamera litar tertutup di bilik tidur boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil Melalui rakaman tersebut bayi berkenaan hampir lemas akibat terperangkap d...
Bulughul Maram Shalat Doa Ampunan Yang Diajarkan Pada Abu Bakar Dibaca Sebelum Salam

Bulughul Maram Shalat Doa Ampunan Yang Diajarkan Pada Abu Bakar Dibaca Sebelum Salam

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 191 hits
Ini adalah doa yang bisa kita amalkan dibaca di akhir shalat sebelum salam Doanya diajarkan oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam pada sahabat yang mulia Abu Bakar Ash Shiddiq berisi permohonan ampun kepada Allah
Teliti Pelbagai Perkara Sebelum Tamat Mou Kerajaan Ph Kata Muhyiddin

Teliti Pelbagai Perkara Sebelum Tamat Mou Kerajaan Ph Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 174 hits
Muhyiddin Yassin berkata beliau difahamkan pihak pembangkang mahu MoU yang dimeterai kerajaan persekutuan dan PH itu dilanjutkan selepas 31 Julai ini PETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meminta kerajaan meneliti pelbagai perkara...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025