Safawi Dinasihat Jgn Jadi Mcm Ronaldinho Ada Harta Rm428 Juta Tapi Bila Bersara Tinggal Rm26 Dlm Bank
Kisah pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid yang mengaku membeli kereta mewah hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Lebih mencuri tumpuan, gambar yang dikongsikan Safawi bersama kereta ‘sport’ barunya itu turut mendapat reaksi Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ.
Terbaru, kisah tentang Safawi telah mendapat reaksi dari Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa.
“Ambil iktibar daripada Ronaldinho!”
Itu saranan Sadek kepada penyer4ng Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.
Ia susulan cerita terbaru pemain sensasi berasal daru Terengganu itu yang dilihat berbelanja mewah menerusi pembelian kereta baharu, Porsche Cayman 987.
Tak salah nak bergaya mewah tapi..
Menurut Sadek, tiada siapa boleh menghalang sekiranya Safawi mahu bergaya hidup mewah
Namun sebagai pemain bola sepak, dia perlu tahu untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak serta memiliki perancangan strategik untuk persaraannya nanti
” Kita lihat banyak contoh di mana pemain hidup mewah namun selepas tidak lagi bermain, mereka terbeban dengan hutang.
Contoh paling popular dan terbaru adalah pemain bola sepak terkenal, Ronaldinho. Kita tidak mahu Safawi berada dalam situasi sama nanti.
” Bergaya itu tidak salah tetapi perlu beringat juga. Karier bola sepak tidak begitu panjang, jadi sebab itulah ketika dia sedang berada di puncak ketika ini, dia perlu ada rancangan untuk hari tuanya.
” Sebagai pemain muda, dia boleh mengambil nasihat daripada pemain senior di JDT yang banyak meneroka peluang di luar bidang bola sepak seperti hartanah dan perniagaan.
” Tidak salah berseronok ketika waktu muda bagi menjaga imej eksklusif.
” Tetapi pastikan kita dapat terus selesa pada hari tua nanti khususnya kalau tidak lagi terbabit dalam industri bola sepak,” katanya.
Ronaldinho miliki harta RM428 juta, last-last tinggal RM26 dalam bank
Terdahulu, Ronaldinho yang juga pemenang Ballon d’Or pada 2005 dilaporkan memiliki kekayaan 80 juta pound (RM428 juta).
Namun selepas bersara, dia berdepan pelbagai masalah dan dikatakan hanya memiliki 5 pound (RM26) dalam akaun banknya.
Gambar – Ronaldinho dan abangnya dit4han di Paraguay kerana menggunakan d0kumen meragukan.
Sementara itu, legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman melihat kemewahan yang dinikmati Safawi ketika ini dapat menjadi motivasi kepada pemain muda yang lain dalam usaha meningkatkan prestasi masing-masing.
” Dia pemain yang muda tetapi sudah mencapai apa yang dihajatkan.
” Dia boleh menjadi model, bukan sahaja kepada pemain muda tetapi kepada remaja seusianya untuk terus bekerja keras dalam bidang yang diceburi.
” Apa yang Safawi dapat ini juga membuktikan bahawa JDT sentiasa menjaga kebajikan pemain dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada prestasi pemain,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit: asiakini.com
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/05/safawi-dinasihat-jgn-jadi-mcm.html