Safari Sebenar Di Tabin Wildlife Resort


Assalamualaikum..

MASIH lagi bercerita tentang Media FAM Trip Tawau - Lahad Datu - Sandakan


Gendang gendut tali kecapi,  kenyang perut suka hati. Selepas menikmati makan tengahari di Restoran Dovist, Lahad Datu, kami dibawa ke Tabin Wild Life Resort dengan menaiki van  kerana jalan yang akan kami lalui nanti tidak membolehkan bas untuk masuk dengan selesa.


Tabin Wildlife Resort (TWR) merupakan sebuah rizab hidupan liar yang terletak di bahagian timur Sabah. Ia dianggap sebagai safari hidupan liar yang terbesar di Malaysia dalam kawasan segiempat tepat dengan keluasan 300,000 ekar.


Ia diisytiharkan sebagai Rizab Hidupan Liar pada tahun 1984 disebabkan bilangan besar haiwan yang tinggal di dalamnya. Menurut pemandu van yang membawa kami,  tiada rumah penduduk berdekatan melainkan rumah pekerja ladang dan pekerja resort sahaja.


Sepanjang jalan kami melalui ladang kelapa sawit dan juga tanah tandus yang begitu indah dipayungi langit yang membiru dengan tompokan awan.  Disebabkan jalan yang tidak rata dan berbatu,  perjalanan masuk yang hanya sejauh 27 kilometer memakan masa hampir satu jam.


Ketibaan kami telah disambut meriah oleh staf Tabin Wildlife Resort dengan meletakkan daun pandan yang dijadikan mahkota ringkas ke kepala, diberikan tuala basah yang wangi untuk menyegar wajah dan dihidangkan segelas minuman selamat datang. Kami kemudiannya diminta mengisi beberapa borang khas dan diberikan taklimat ringkas tentang aktiviti dan peraturan sepanjang berada di resort


TWR mempunyai sebanyak 20 unit jungle lodge iaitu 10 unit River Lodge dan 10 unit Hill Lodge di mana Sk telah ditempatkan sebilik dengan Sis Lin di unit River Lodge yang mempunyai balkoni yang mengadap sungai. Keadaan bilik yang amat selesa dan luas serta kelengkapan bilik air yang moden membuatkan Sk lupa bahawa Sk sedang berada jauh dari hiruk pikuk bandar. Setelah seharian tidak mandi hahahaha, lega rasanya dapat membersihkan diri dan mengganti pakaian.


Kami kemudiannya terus ke Tabin Visitor Centre untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang Tabin Wildlife Resort. Di sini kami telah didedahkan dengan hidupan liar yang terdapat di TWR yang mana ia juga berkait dengan bentuk muka bumi timur Sabah yang agak unik


 Kami kemudiannya menikmati makan malam yang disediakan di Sunbird Cafe. Boleh tahan jugaklah masakannya sampai Sk termakan banyak, hahahah. Bukan memang kuat makan ke?? Tak sangka pulak di tengah-tengah rimba ni ada chef yang hebat air tangannya, kan.


 Jam 8.00 malam,  kami menaiki trak khas untuk menjejak haiwan liar di safari sebenar. Menurut Mawi, pemandu pelancong Tabin Wildlife yang membawa kami,  malam itu jika bernasib baik (ke buruk?) mungkin kami akan terserempak dengan gajah namun kami hanya bertemu dengan kucing hutan yang sedang memburu mangsanya serta spesies burung,  monyet dan tupai yang jarang ditemui.


Hari kedua :Seawal jam 5 pagi,  Sk dan Sis Lin telah ke kafeteria untuk menikmati sarapan yang disediakan. Seperti malam tadi, kami sekali lagi menaiki trak khas dan kali ini kami ke Lahar Lumpur Lipad atau dikenali juga sebagai Lipad Mud Volcano. Namun begitu kami perlu menempuh perjalanan sejauh 700 meter dengan berjalan kaki dan mendaki bukit sebelum sampai kawasan lahar lumpur itu.



Rugilah kalau dah sampai ke sini tapi tak mencuba topeng muka asli yang segar dari lava lumpur yang muncul dari permukaan tanah. Pada mulanya,  Sk menyangka lahar lumpur yang keluar tentulah panas atau suam tetapi rupa-rupanya sejuk apabila disentuh.  Bagi memastikan kita mendapatkan lumpur yang bersih,  kita dinasihatkan agar mengambil lumpur baru iaitu yang sedang berbuih kerana ditakuti lumpur lama telah disinggahi haiwan lain dan bercampur dengan najis haiwan.


Puas bertopeng muka,  kami sekali lagi menempuh perjalanan balik dengan berjalan kaki dan kali ini perlu lebih berhati-hati menuruni bukit yang walaupun landai tetapi risau kaki tersadung akar pokok yang melingkar.  Kami terus pulang ke bilik masing-masing untuk membersihkan sendiri sebelum daftar keluar dan dibawa ke Lapangan Terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan.



bersambung...

Tabin Wildlife Holidays Sdn. Bhd.
HQ Office Address:
Lot 11-1, 1st Flr, Blk A, Damai Point, Jln Damai, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Lahad Datu Office Address:
Lot GL 02 Arrival Concourse, Lahad Datu Airport, 91108 Lahad Datu, Sabah, Malaysia

Resort Location:
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia

GPS Location:
5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E
Telephone:
+6 088 267266
Fax:
+6 088 258266
Emergency Contact Number:+6 016 830 6392, +6 016 830 7392, +6 016 810 6490, +6 016 810 6493
General Email:[email protected]
We're On Facebook:Tabin Wildlife Holidays

http://www.tabinwildlife.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/09/safari-sebenar-di-tabin-wildlife-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mud Volcano Tabin Wildlife Lahad Datu

Mud Volcano Tabin Wildlife Lahad Datu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum Kredit gambar Sis LinKisah pagi tadi peserta Media FAM Trip Tawau Lahad Datu Sandakan telah dibawa ke Mud Volcano yang terletak di Tabin Wildlife Lahad Datu Lumpur ini dikatakan keluar disebabkan pergerakan bawah tanah dan m...
Vivo Akan Melancarkan Set Fon Telinga Nirwayar Sebenar Mereka Bersama Sama Dengan Nex 3

Vivo Akan Melancarkan Set Fon Telinga Nirwayar Sebenar Mereka Bersama Sama Dengan Nex 3

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 225 hits
Set fon telingan nirwayar sebenar kini menjadi trend yang agak dahsyat Sejak Apple mengumumkan Apple AirPods berpusu pusu syarikat dari China hadir dengan pelbagai alternatif dengan harga yang jauh lebih murah Kini Vivo juga ingin menyertai...
Punca Sebenar Kes Mejar Zahir Akhirnya Didedahkan

Punca Sebenar Kes Mejar Zahir Akhirnya Didedahkan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 889 hits
KUALA LUMPUR Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang m aut terkena te3mbakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi Rabu lepas menjurus kepada faktor k3ecuaian Punca sebenar kes Mejar Zahir akhirnya didedahkan
Inilah Penampilan Sebenar Avengers Jika Menggunakan Kostum Versi Komik

Inilah Penampilan Sebenar Avengers Jika Menggunakan Kostum Versi Komik

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 290 hits
Selain daripada jalan cerita personaliti dan karakteristik watak antara yang sering dibanding bandingkan oleh peminat filem komik dengan versi sebenar komik adalah kostum dan keterampilannya Sebagai contoh peminat watak Wolverine seringkali...
Sampel Gambar Mod Malam Sebenar Iphone 11 Pro Max Diperlihatkan

Sampel Gambar Mod Malam Sebenar Iphone 11 Pro Max Diperlihatkan

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 501 hits
Peranti Android sejak tahun lepas lagi sudah memperkenalkan fungsi mod malam pada aplikasi kamera mereka Ia dipopularkan oleh Huawei melalui siri Huawei P20 Boleh dikatakan buat pertama kalinya satu fungsi Android yang baru berusia setahun ...
Hayati Agenda Sebenar Penyatuan Ummah

Hayati Agenda Sebenar Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 204 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat menyeru rakyat Malaysia khususnya para pendukung PAS dan Umno untuk menghayati agenda sebenar penyatuan ummah PAS meletakkan asas yang kukuh bersumberkan firman Allah S W T yang bermaksud Dan tolong menolonglah kamu a...
Adu Domba Di Media Sosial Jauh Terpisah Dari Realiti Sebenar Malaysia

Adu Domba Di Media Sosial Jauh Terpisah Dari Realiti Sebenar Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 256 hits
Pada 5 September 2019Sejak dua bulan lalu media sosial Malaysia seolah olah membentuk rohnya yang tersendiri memberikan sebuah gambaran yang salah bahawa kononnya daya pemisah dan pemecah belah sedang bermaharajalela dan giat memporak peran...
Senarai Hotel Resort Di Malaysia Yang Mendapat Sijil Halal

Senarai Hotel Resort Di Malaysia Yang Mendapat Sijil Halal

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 464 hits
As salam Saya tergerak untuk berkongsi dengan pembaca blog saya tentang sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM ataupun badan badan lain yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mengeluarkan persijilan halal kepada mana mana perniagaan ataupun pe...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp