Sadis 2 Beradik Mati Kepala Dibenam Dalam Bekas Air Oleh Ibu Sendiri
Di Brooklyn, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana melemaskan anak perempuannya berusia dua tahun dengan membenam kepala mangsa dalam bekas berisi air, dalam kejadian empat tahun lalu.
Lin Li, 28, didakwa di mahkamah pada Jun 2019 atas pertuduhan membunuh dan dua lagi pertuduhan di mana dia menyebabkan kecederaan pada anak perempuannya, Melody Zheng, sehingga meninggal dunia.
Juri juga mendapati Li bersalah di atas pertuduhan yang sama di mana Li membenam kepala anak lelakinya berusia empat tahun ke dalam air, sehari sebelum Melody dibunuh.
Ketika perbicaraan, peguam Li dalam hujah pembelaannya berkata, anak guamnya hidup dalam keadaan terkekan di mana keluarga mereka tinggal di apartmen, terpaksa berkongsi bilik mandi dengan ramai penghuni lain.
Peguam Mario Romano menyifatkan Li sebagai seorang ibu penyayang dan sejak kejadian itu, Li kerap menyalahkan dirinya.
Sebagai ibu, adalah tanggungjawab saya untuk menjaga anak-anak dan saya sangat menyesal di atas kematian anak perempuan saya. Saya buat kesilapan. Kehilangan anak perempuan saya itu benar-benar menyakitkan. Tak kiralah berapa lama kamu (mahkamah) nak sumbat saya di dalam penjara, saya terima dengan reda, kata Li.
Sementara itu, Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez berkata, "Defendan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anaknya, sebaliknya dia menggunakan kaedah yang berbahaya untuk mendisiplinkan mereka sehingga menyebabkan kematian.
"Tiada apa yang boleh mengembalikan semula Melody, tetapi dengan hukuman yang dijatuhkan hari ini, sekurang-sekurangnya dapat memberi keadilan kepada mangsa," katanya.
Difahamkan, pada 13 Mac 2016, Li membawa Melody ke bilik air untuk mendisiplinkannya selepas mendapati mangsa terkencing, dengan membenam kepala anaknya dalam bekas berisi air. Mangsa meronta-ronta tetapi tidak diendahkan oleh Li yang hanya berhenti selepas Melody tidak bergerak.
Li kemudian keluar dari bilik air tanpa memeriksa sama ada anaknya masih hidup atau sebalik. Tidak beberapa lama selepas itu, Li menghubungi talian kecemasan 911.
Polis datang ke lokasi kejadian dan mendapati suami Li sedang memberi bantuan CPR kepada Melody.
Melody kemudian dikejarkan ke Hospital Maimonides dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Bedah siasat mendapati ada kesan lebam yang menunjukkan mangsa direndam dalam air sehingga lemas.
Ketika disoal siasat, Li mengaku telah membenam kepala anaknya dalam besen sebelum keluar meninggalkan mangsa dalam bilik air.
Semasa kejadian itu berlaku, bapa mangsa sedang tidur.
New York Times melaporkan, dua beradik itu sebelum ini tinggal bersama datuk dan nenek mereka di China sebelum dibawa tinggal bersama dengan ibu bapa mereka di Brooklyn, beberapa minggu sebelum Melody dibunuh.
Dalam kenyataan awal Li pada June 2019, Li memberitahu juri yang dia tidak mengawasi Melody dan menafikan dakwaan dia melemaskan anak perempuannya itu sebagai hukuman.
TheReporter
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/03/sadis-2-beradik-mati-kepala-dibenam.html