Sacha Inchi Produk Kesihatan Superfood Terbaik Penawar Ajaib Untuk Segala Penyakit




Produk Sacha Inchi 'penawar ajaib segala penyakit' kini semakin popular dan diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Apa tidaknya produk kesihatan berasaskan tumbuhan itu dikatakan amat mujarab untuk segala jenis penyakit.
Sacha inchi (Plukenertia volubilis) atau dikenali juga sebagai ‘Sacha Peanut’, ‘Mountain Peanut’ dan ‘Inca Nut’, merupakan tumbuhan yang berasal daripada Selatan Amerika. Pada awalnya, pokok sacha inchi tidak diketahui kewujudannya di Malaysia.
Akan tetapi, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu penanaman pokok sacha inchi dalam kalangan pekebun getah untuk membantu mempertingkatkan tahap ekonomi mereka. 

https://www.youtube.com/watch?v=g2ksSt50BoY
Kini, penanaman pokok sacha inchi semakin galak dijalankan terutamanya di Kelantan untuk memenuhi pasaran luar negara. Di Asia Tenggara, bukan sahaja Malaysia tetapi Thailand, Vietnam dan Kemboja turut menanam pokok sacha inchi secara komersial.
Kandungan Nutrisi
Tahukah anda bahawa sacha inchi ini digelar sebagai ‘superfood’? Hal ini dapat dibuktikan dengan penghasilan produk kesihatan berasaskan daun sacha inchi di pasaran terutamanya di Thailand. Minyak pati cecair dan produk dalam bentuk kapsul telah dikomersialkan dengan sangat meluas di Thailand. Dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi tentang khasiat daun sacha inchi.
Pertama sekali, kandungan nutrisi dalam daun sacha inchi. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan terhadap hampas, biji dan daun sacha inchi, akan tetapi, kajian mengenai kandungan nutrisi dalam daun sacha inchi masih lagi terhad. Satu kajian terhadap 15g daun sacha inchi yang telah dijadikan sebagai ekstrak menunjukkan bahawa daun sacha inchi mengandungi sebatian fenolik, karbohidrat dan protein. 
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun sacha inchi mengandungi 8.02% sebatian fenolik, 91.49% karbohidrat dan 0.49% protein daripada jumlah keseluruhan.
Kandungan Berkhasiat dalam Sachi Inchi

Menurut kajian, daun sacha inchi mengandungi sebatian yang memberikan kesan antioksidan. Sebagai contoh, terpenoid, saponin, dan flavonoid.
Terpenoid dan saponin adalah sebatian yang bertanggungjawab dalam melindungi daripada mikroorganisma jahat. Terpenoid dan saponin acap kali dijadikan sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional kerana mengandungi kesan farmakologi.

https://www.youtube.com/watch?v=VYHQDufo_zM

Kajian menunjukkan saponin menghasilkan kesan antioksidan pada kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan ultraviolet dengan menghalang proses degradasi pada bahagian luar sel. Selain itu, terpenoid dan saponin menghalang proses iritasi dengan menghasilkan kesan anti keradangan. Terpenoid dan saponin juga bertindak sebagai antiseptik untuk merawat luka dan mengeringkan jerawat.

https://www.youtube.com/watch?v=fv3_AzGjV_M&t=4s
Manakala flavonoid pula adalah satu kumpulan kimia dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Flavonoid bertanggungjawab dalam menghasilkan warna dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Flavonoid merupkan antioksidan yang bertindak sebagai pelindung daripada penyakit seperti kanser, neurodegeneratif dan penyakit kardiovaskular.
10 khasiat daun Sacha Inchi kepada Kesihatan
1. Kesan Anti Bakteria
Kajian in vitro menunjukkan bahawa terdapat ekstrak daun sacha inchi dihasilkan untuk melawan bakteria seperti Staphylococcus aureus. Ini kerana ekstrak ini mampu menghalang bakteria Staphylococcus aureus daripada menempel pada pada bahagian epidermis kulit.
Bahagian epidermis kulit sangat penting dalam merawat kulit. Manakala Staphylococcus aureus adalah patogen yang menyebabkan jangkitan. Sekiranya berlaku kecederaan pada kulit, kehadiran Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
2. Kesan Anti Keradangan
Daun sacha inchi mengandungi asid lemak penting yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka. Keradangan adalah tanda dimana badan sedang melawan penyakit ataupun luka. Keradangan adalah mekanisme perlindungan yang normal yang berlaku dalam badan.

Akan tetapi, keradangan yang kronik akan menyebabkan penyakit seperti arthritis. Oleh itu, daun sacha inchi membantu dalam mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka yang disebabkan oleh keadaan keradangan yang kronik.
3. Mengandungi Vitamin A dan Vitamin E
Daun sacha inchi tinggi dengan vitamin A dan vitamin E. Kedua-dua vitamin ini penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Vitamin A merupakan vitamin yang berperanan dalam melindungi kesihatan mata, menguatkan tulang, memastikan pertumbuhan yang sihat dan proses pembiakan semula.

Manakala vitamin E pula merupakan antioksidan yang membantu dalam melindungi sel daripada radikal bebas yang berbahaya, meningkatkan sistem imunisasi dan melindungi daripada penyakit degeneratif.
4. Tinggi Dengan Protein yang Lengkap
Protein merupakan sumber penting bagi menghasilkan tisu, membentuk otot dan mengawal hormon. Protein boleh diperoleh melalui makanan dan ada juga protein dihasilkan oleh tubuh badan kita. Sumber makanan berasaskan haiwan mengandungi protein yang lebih baik daripada protein berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Namun demikian, terdapat golongan vegetarian dimana mereka tidak mengambil makanan dari sumber haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Daun sacha inchi merupakan sumber protein tumbuhan yang lengkap kerana mengandungi sembilan asid amino penting. Ini menjadikan daun sacha inchi merupakan sumber protein terbaik dalam menggantikan protein daripada sumber haiwan.
5. Meningkatkan Sensitiviti Insulin
Daun sacha inchi membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin. Secara spesifik, daun sacha inchi menjadikan insulin lebih sensitif setelah pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak tepu.

Ini bermaksud daun sacha inchi membantu dalam proses pencernaan makanan dan menyerap lebih banyak nutrisi selepas makan. Dengan mekanisme ini, paras gula dalam darah dapat dikawal.
6. Menurunkan Paras Kolesterol
Pengambilan ekstrak daun sacha inchi selama 60 hari dalam uji kajian haiwan menunjukkan bahawa organ hati haiwan tersebut bertambah baik. Ini kerana paras kolesterol dan trigliserida menurun manakala paras kolesterol baik (kolesterol-HDL) meningkatkan.
Manakala dalam kajian yang melibatkan manusia, pengambilan ekstrak daun sacha inchi memberikan kesan yang positif terhadap bacaan lipid mereka.
Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi
7. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Bagi golongan yang ingin menurunkan berat badan, daun sacha inchi dapat membantu untuk memenuhi usaha itu. Ini kerana daun sacha inchi mengandungi protein dan serat yang menjadikan ia sebagai usaha tambahan untuk berdiet. Protein bertindak dalam mengurangkan rasa mengidam dan mengawal selera makan. Manakala, serat pula akan memberikan kesan rasa kenyang lebih lama untuk mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan.
8. Meningkatkan Kesihatan Usus
Walaupun masih tiada lagi kajian yang dijalankan terhadap manusia, terdapat kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa daun sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan usus. Sebagai contoh, satu kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun sacha inchi yang diberikan kepada sekumpulan tikus dengan diet yang tinggi lemak, menghasilkan lebih banyak bakteria baik dalam usus.
Satu kajian yang lain menunjukkan bahawa kesan pengambilan ekstrak daun sacha inchi meningkatkan kesihatan mikroorganisma dalam usus sekumpulan tikus. Seperti yang diketahui, serat merupakan sebatian yang meningkatkan keteraturan dalam sistem penghadaman. Serat ini membantu dalam proses penyahtinjaan dan melindungi daripada keadaan seperti buasir dan diverticulitis, penyakit yang disebabkan oleh jangkitan atau keradangan dalam usus.
9. Melindungi Daripada Penyakit Kanser
Satu kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun sacha inchi mendorong kepada proses apoptosis. Proses apoptosis adalah proses sel mati untuk menyingkirkan sel yang tidak diperlukan atau sel yang tidak normal. Proses ini adalah salah satu langkah untuk melindungi daripada penyakit kanser.
Ekstak daun menghalang HeLa iaitu sel kanser serviks dan A549 iaitu sel tumor daripada tisu paru-paru. Daun sacha inchi menghasilkan kesan anti proliferatif dengan mematikan sel kanser daripada membahagi.
10. Mengandungi Kesan Perlindungan Saraf

Sedarkah anda bahawa daun sacha inchi yang bersaiz kecil mampu meningkatkan keupayaan otak kita. Ini kerana daun sacha inchi mengandungi kesan perlindungan neuron dimana ianya membantu mengurangkan kerentanan terhadap kecederaan akut seperti strok dan kecederaan tulang belakang. Daun sacha inchi juga mampu meningkatkan kesihatan mental dan mengurangkan simptom tekanan jiwa.
Kesimpulan
Pengambilan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan memberikan manfaat kepada kesihatan. Sebagai contoh, meningkatkan kesihatan mental, membekalkan tenaga dan mengelakkan daripada pelbagai penyakit seperti kanser dan kencing manis. Ianya juga akan mengelakkan masalah kesihatan yang berasal daripada pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.

Tambahan pula, makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan lebih murah daripada produk berasaskan haiwan dan lebih mesra alam. Oleh itu, pengambilan daun sacha inchi boleh dijadikan salah satu pilihan dalam diet seharian. Diharapkan agar lebih banyak kajian dijalankan untuk merungkaikan rahsia kesihatan disebalik daun sacha inchi ini.

Justeru, anda dipelawa menggunakan produk ini sebagai pengganti kepada produk lain yang anda gunakan selama ini. Sacha Inchi memang amat mujarab dan terbaik pada masa ini. Sila hubungi talian www.wasap.my/601120682238/OrderSachaInchi untuk info lanjut.

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/sacha-inchi-produk-kesihatan-superfood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Rekomendasi Produk Susu Untuk Lansia Terbaik Dari Sehatq

5 Rekomendasi Produk Susu Untuk Lansia Terbaik Dari Sehatq

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 151 hits
tidak kalah penting dengan susu untuk remaja maupun anak anak untuk masa pertumbuhan Penggunaan susu pada orang tua cenderung memiliki komposisi berbeda dengan jenis susu kebanyakan Hal tersebut disesuaikan dengan tingkat kebutuhan asupan g...
Kyoor Is Cure Gabungan Makanan Superfood Membantu Keseimbangan Kesihatan Secara Menyeluruh

Kyoor Is Cure Gabungan Makanan Superfood Membantu Keseimbangan Kesihatan Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 211 hits
Kyoor Is Cure Gabungan Makanan Superfood Membantu Keseimbangan Kesihatan Secara Menyeluruh Assalamualaikum semua Pernah tak korang alami masalah cepat letih pening kepala kerap jatuh sakit anxiety isomnia dan pelupa aishh zaman sekarang ni ...
Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 216 hits
Walau apa pun alasan serta tujuan PRN Johor diadakan matlamat besarnya tidak lain ialah untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU15 akan datang Untuk itu oleh kerana PRN Johor boleh dianggap sebagai reahersal atau raptai sebelum ketibaan PRU...
Daftar Lagu Noah Peterpan Terbaik Terpopuler Enak Didengar Terbaru

Daftar Lagu Noah Peterpan Terbaik Terpopuler Enak Didengar Terbaru

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 227 hits
Daftar Lagu Noah Peterpan Terbaik Terpopuler Enak Didengar Terbaru Siapa yang tidak kenal dengan salah satu band terpopuler di Indonesia yaitu Noah atau sebelumnya bernama Peterpan dan Topi saat ini mereka beranggotakan 3 orang yaitu Nazril...
Mencari Pelan Jalur Lebar Terbaik Ini Panduan Memilih Pelan Jalur Lebar

Mencari Pelan Jalur Lebar Terbaik Ini Panduan Memilih Pelan Jalur Lebar

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMencari pelan jalur lebar untuk penggunaan internet di rumah atau di pejabat sebenarnya agak sukar Banyak perkara perlu diambil kira terlebih dahulu supaya perkhidmatan jalur lebar atau internet itu dapat ...
Nombor Plate 2 Dan 3 Digit Cepat Habis Ini Cara Terbaik Untuk Dapatkan

Nombor Plate 2 Dan 3 Digit Cepat Habis Ini Cara Terbaik Untuk Dapatkan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 247 hits
Bagi yang mementingkan nombor berbanding huruf dalam memilih nombor pendaftaran kenderaan semestinya anda nak nombor yang cantik dalam kategori special atau golden Tapi malangnya nombor plate 2 dan 3 digit cepat habis Kadang kadang bila mas...
Suap Anak Pakai Tangan Yang Terbaik Cara Bersahaja Ozylnn Dapat Pujian

Suap Anak Pakai Tangan Yang Terbaik Cara Bersahaja Ozylnn Dapat Pujian

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 216 hits
Seorang ibu apa apa mesti akan utamakan anak dulu Tak kisahlah bab makan atau beli apa apa keperluan Begitu jugalah situasinya bagi pelakon Ozylnn Mengakui sifat keibuannya membuatkan dia tidak kisah orang memandang walaupun tengah menyuap ...
Dr Mustafa Mohammed Tahir Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia

Dr Mustafa Mohammed Tahir Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 237 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan satu inspiring story iaitu kisah kejayaan Dr Mustafa Mohammed Tahir yang telah dinobatkan sebagai pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik pada majlis anugerah kesihatan dan pelanc...
Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik Jom Kesana

Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik Jom Kesana

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 177 hits
Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik Jom Kesana PASTINYA anda tidak akan kehabisan tempat menarik untuk dikunjungi sekiranya berada di Melaka negeri yang turut terkenal dengan legenda Hang Tuah Daripada lokasi tarikan pela...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep