Sabun Mandi Legend Parrot Botanicals Kini Dengan Haruman Baru
Haruman mandian boleh dijadikan terapi untuk diri bagi menyegarkan minda dan badan. Ianya juga boleh meningkatkan aura positif pada diri. Kini terdapat pelbagai haruman mandian dalam pasaran . Dalam pada ribuan jenama baru mandian yang tumbuh dipasaran terdapat juga jenama legend yang masih mengekalkan produk mandian keluarannya yang pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu.
Sabun Mandi Legend Parrot Botanicals Kini Dengan Haruman Baru
Cik iena kongsikan sabun legend yang pernah menjadi kesukaan Cik iena semasa kecil. Pertama kali Cik iena bau sabun ni memang membuatka perasaan Cik iena terkenangkan zaman kecil kecil. Haruman yang pernah Cik iena kenali suatu ketika dulu.
Wangi sangat bau mandian ni tau, menusuk kekalbu gitu :)
Parrot Botanicals
Sebelum ini ianya dikenali dengan nama Popinjay. Untuk kalangan orang orang lama pasti kenal akan bau sabun ini dan juga pembungkusan sabun buku bewarna hijau. Bukan orang orang lama orang orang tua, golongan kanak kanak yang membesar masa zaman Cik iena pun pasti akan kenal sabun ni.
Masih ingat lagi tak packaging ni? dulu dikenali dengan nama sabun parrot atau popinjay
Kini Popinjay dikenali dengan nama baru iaitu Parrot Botanicals. Hadir dengan beberapa variasi wangian yang pasti membuatkan anda bertambah jatuh hati akan wangiannya. Istimewanya lagi sabun ini keharumannya bertahan sehingga 8 jam. Masih sama seperti dahulu.
Untuk pengetahuan Parrot Botanicals merupakan produk keluaran Thailand yang sudah lebih 70 tahun bertapak dalam industri produk kecantikan dan penjagaan diri. Juga dikenali dengan nama "PArrot Soap" yang merupakan sabun berkualiti tinggi serta menggunakan haruman bunga yang menyenangkan dan bau herba Thai yang sememngya kita tau sangat bagus dalam dunia SPA..
3 Variasi Parrot Botanicals
3 Variasi Parrot Botanicals
Thai Botanical & Herbs
Thai Botanical & Herbs
- Haruman 'legend' yang mempersona
- Gabungan unik dari botani Thai yang membuatkan kulit rasa segar dan harum berpanjangan sehingga 8 jam
tekstur krim mandian lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkanWhite Thanaka
White Thanaka
- Membuatkan kulit lebih segar dan berseri dengan "White Thanaka"
- Haruman berpanjangan sehingga 8 jam
tekstur krim mandian lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
White Sakura
-Haruman segar dengan "White Sakura" yang membuatkan kulit berseri secara semulajadi dengan ketahanan sehingga 8 jam
Tekstur krim mandian yang lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
Untuk ketiga tiga haruman ini anda boleh dapatkan di shopee -> Rangkaian Haruman Parrot Botanicals di Shopee
Bagi katagori Parrot Botanical terdapat beberapa lagi haruman yang masih tiada dipasaran Malaysia. yang ni Cik iena tak pasti kenapa hanya 3 haruman dari koleksi Parrot Botanical yang dijual di pasaran Malaysia. Antara Haruman lain yang available di pasaran Thailand adalah Lily Peach Cool, Botanical Cooling & Thai White Jasmine.
5 Variasi Wangian Parrot Botanicals Nokkaew Bar
5 Variasi Wangian Parrot Botanicals Nokkaew BarThai Botanical & Herbs
Thai Botanical & Herbs
- Pilihan No. 1 yang paling laris di Thailand
- Haruman unik botanical Thai dengan gabungan minyak bunga cengkih dan juga minyak Citronella
White Thanaka
White Thanaka- Haruman menyegarkan dengan "White Thanaka"
- Untuk kulit cerah berseri dan haruman berpanjangan
Thai White Jasmine
Thai White Jasmine- Haruman asli dari "Thai Jasmine"
- Manjakan kulit dengan gabungan dari ekstrak asam jawa
Sweet Pink Rose
Sweet Pink Rose
- Haruman sensasi yang romantik inspirasi dari bunga mawar
- Serlahkan keserian kulit dengan haruman mawar dan juga gabungan aloe vera
White Sakura
White Sakura- Haruman segar "White Sakura"
- Membuatkan kulit berseri kemerahan secara semulajadi (natural pinkish skin)
Untuk kelima-lima haruman ini boleh dapatkan di Shopee --> https://bit.ly/parrot-soapbar
Soap bar ini mempunyai busa yang sangat halus berbanding krim mandian Parrot Botanicals. Secara jujurnya dari kelembutan busa bila dah cuba yang sabun versi asal ni. Cik iena lebih suka busa halus dari sabun ini. Kedua dua jenis sabun mempunyai busa yang banyak namun sabun berbentuk bar ini lebih halus busa nya.
Busa yang lebih halus membuatkan Cik iena jatuh cinta dengan kelembutan busanya ditambah dengan haruman memikat hati
Bagi katagori Parrot Botanicals Nokkaew Bar terdapat beberapa lagi haruman yang masih tiada dipasaran Malaysia. yang ni Cik iena tak pasti kenapa hanya 5 haruman dari koleksi Parrot Botanicals Nokkaew Bar yang dijual di pasaran Malaysia. Antara Haruman lain yang available di pasaran Thailand adalah Frangipani, Scented Wood, Floral & Lily Peach Cool.
Haa macam mana? menarikkan tengok haruman terbaru Sabun legend ni. Meriah tengok warna packaging yang striking dengan pelbagai warna menarik hati. Kalau anda berminat nak dapatkan nak throwback zaman masa kecil kecil dahulu boleh la dapatkan produk mandian terbaru ni.
Boleh dapatkan produk mandian Parrot Botanicals ni di pasaraya ataupun yang suka shopping online beli di Shopee >> https://shope.ee/A9h5mrR86q
VIDEO REVIEW SABUN LEGEND
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://www.parrotnatural.com/en/parrot-botanicals.html
Facebook : Parrot Natural Malaysia
Instagram : @parrot.natural
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2022/11/sabun-mandi-legend-parrot-botanicals.html